Saturday, April 20, 2013

Resepi Famous amos chocolate chip cookies edisi DERHAKA

"Ibu, dah nak raya ker?
"Eh!! ini bukan biskut raya, tapi biskut pilihanRAYA" kataku, heheh... hampir 8 hari kita rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab untuk negara sebagai rakyat Malaysia khasnya, 5 Mei 2013 adalah hari yang kita nantikan untuk mengundi pemimpin yang sewajarnya memimpin negara kesayangan kita.

Tapikan, daku nak minta jasa baik sahabat alam maya untuk undi daku, Hehehhe... bukan undi pilihanraya ya, tapi undi untuk pertandingan L4 GRANDE MITHSUBSHI ELECTRIC, korang klik LIKE kat page ini,
https://www.facebook.com/advertlets/app_190322544333196
cari daku yang guna nick name CITARASA RINDUAN,  kena klik guna komputer atau laptop jer, telefon bimbit/pintar tak boleh ke link tersebut.

******************
Okey, tutup cerita pilihanraya, kita bercerita pula tentang biskut Choolate chip cookies edisi DERHAKA, apasal aku memandai2 'tiak' derhaka?, sebab tak sampai 5 jam resepi yang ditagkan oleh blogger kak Yatie Sinar kehidupanku di FB, akhirnya biskut rangup ini terhidang dihadapan mataku. Salah satu antara DERHAKAnya adalah:-

  1. bahan-bahan tidak mencukupi
  2. tak sesuai lah namanya chocolate chip, sebab daku letak badam. Bahahhahah....(gelak jahat)
  3. pertama kali daku buat biskut chocolate chip telah diPUJI berulangkali oleh EN ZALIE dan Umai. Yahoo!!

Jom, semak resepi
RESEPI ASAL dari Blog http://yatiememories.blogspot.com/
Resepi derhaka olehku

BAHAN-BAHAN
  1. 1 cawan gula kastor/halus- yatie guna 1/2 cawan je (daku pun 1/2 cawan jugak)
  2. 1 cawan gula perang
  3. 1 cawan mentega (daku guna buttercup, lebihan buat roti/pizza)
  4. 1 cawan minyak
  5. 1 biji telur
  6. 1 sudu besar susu segar (daku guna santan kotak)
  7. 4 cawan tepung gandum
  8. secubit garam
  9. 1 sudu kecil cream of tatar
  10. 1 sudu kecil baking soda
  11. 1/2 cawan walnut cincang
  12. 2 cawan semisweet chocolate chip (daku guna badam, cincang sendiri)
  13. 1 sudu kecil esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, santan dan vanilla hingga sebati
  2. Masukkan tepung gandum, garam, soda bikabonat, walnut dan coklat chip
  3. Adunan memang lembik, sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar, jarak-jarakan sedikit nanti biskut akan mengembang, dulang tak perlu di gris
  4. Bakar pada suhu 175c dalam masa 15-18minit (ikut oven korang)
  5. Setelah biskut perang, angkat, sejukkan atas redai sebelum masuk dalam bekas kedap udara.



( letak jauh-jauh sedikit ya, supaya cookies korang comel jer hasilnya, biskut nie akan mengembang dengan jayanya, seriusss besar koo)

(Eh, lupa nak syer rupa adunan semasa dipukul, suci gitu.. tukang gaul daku semestinya pembantu ajaib, anak daraku Nur Umairah)

(Nak kasi biskut korang sentiasa rangup walau dah sebulan korang buat, kena letak atas redai ya, tunggu sejuk, baru masukkan dalam bekas kedap udara)

SELAMAT MENCUBA





6 comments:

  1. derhaka betul.ni, karang kena sumpah ngan Kak Yatie jadi esbox baru tau, hihi

    ReplyDelete
  2. hah3..lawaklah Seri Kandi Tanah Jauhar ni...tak mainlah sumpah2..kalau Ayu dpt esbok baru, esbok lama tu kena bagi kat akak...bulehhhh...kih3...

    btw, tq sudi cuba sekut pilihanraya ni...mmng sedapkan sekut ni, kalau time raya mmng tak berapa nak makan sbb banyak pilihan..bila buat 1 jenis je ni, mmng kena cakap sedaplah...padahal mmng biskut ni sedap pun....takpe derhaka Ayu, yg penting menjadi dan semestinya sedap...

    ReplyDelete
  3. derhaka , derhaka pun still dapat pujiannnn .. hehe .. btw , salam persahabatan dan perkenalan dari saya :)

    ReplyDelete
  4. sedap sedap..nak try, nak makan. terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ... saya suka buat biskut / kek nih . tapi , blm habis bakar , yg dh siap pun dah ranap kena mkn anak buah ... sadis tul

    ReplyDelete
  6. ayu punya lain sikit dari yang ita pernah buat.. mengembang tak bila dibakar?

    http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2013/07/biskut-famous-amos-norasikin.html

    ReplyDelete