Wednesday, April 10, 2013

Zoo Johor sangat onshemmm!!

Boleh tunggang kuda, bayaran RM 3. Kalau tak berani tunggang sorang, ada 2 penjaga yang akan bantu anak-anak atau adik korang.

Umai dan sepupunya Haikal berani punya olang!!. Aku yang dah tua bangka takut ooooo nak layan go kart air, tasik kat Zoo Johor nie dengar katanya kedalamnya bersamaan 3 orang dewasa berdiri.
Makcik memang takut.. Bila 3 budak kecik nie pujuk macamanapun sorrylah. Bo layan!!. Korang berani, korang kena main sendiri. Aku perhatikan jer.
BAahahahahh....
Hah kannnn... kecil-kecil pun boleh kayuh atas air, badan kexil bukan penghalang. Okey mak ngah percaya korang memang boleh lakukan. Kayuh sungguh2 untuk pastikan go kart ini bergerak dengan baik. Bayaran hanya RM 5 untuk 10 minit.
Jommmmm. kita layan binatang pula.. oleh kerana aku terlalu YAKIN memory card dalam dslr aku ada.. akhirnya, pepahamlah sendiri... telefon bimbit jer buat penyelamat.APTB.

Ada ular sawa yang sangat gemok, ungka yang cute, spesis burung yang comel-comel, ada kucing hutan yang sangat menawan warna bulunya. Ada buaya, singa dan macam-macam jenis binatang terdapat disini.

Sebelum balik kita layan tekak, ABC zoo JOhor sangat sedap. Isinya macam2 sampai senak perut aku nak habiskan.

Kesimpulannya, Zoo Johor memang tempat istirehat/riadah yang sangat bagus. Kedudukannya yang betul-betul terletak ditengah bandar, berhadapan masjid Abu Bakar, berjiran dengan Mahad Johor, malahan deruan ombak yag berhampiran buatkan kami sekeluarga terhibur berada di Zoo.

Bayaran sekepala untuk dewasa adalah RM 3, manakala untuk kanak-kanak hanya RM 2.
Bekal makanan tamo risau, makanan kat situ sedap-sedap.

15 comments:

  1. pergh...siap naik go kart air tuh! Gb gi haritu tiket masih rm2. Dah naik singgit eh? Hihhii. Tapi takpe, still sgt murah dan ok la utk zoo johor. Ada tgk sang kancil tak?

    ReplyDelete
  2. hahahaha...balik JB saya nak masuk zoo!

    ReplyDelete
  3. Saya nie nama je org Johor tp xpernah smpai ke sini..uhuhuu

    ReplyDelete
  4. Seronoknya anak2 bawa jln pegi zoo.

    ReplyDelete
  5. First time tahu zoo ada tasik siap boleh ber water go cart..memang ohseeem.

    ReplyDelete
  6. gerammnyerr kt singan tu..rs nk peluk2 jek..hehe

    ReplyDelete
  7. Murahnya tiket masuk Zoo Johor... Zoo Negara last pergi Rm25, Zoo Melaka Rm6.00...

    ReplyDelete
  8. Eh? Dah improve ke zoo johor ayu? Sy ni bukan apa. Serik nak masuk sana. Sbb dulu, ekadaan sy sgt le menyedihkan...huhuhu!

    ReplyDelete
  9. dulu waktu kerja di JB, tak pernah ada keinginan nak pi..hehe

    ReplyDelete
  10. x pernah pg lagi , tp nampak menarik sungguh lah !

    ReplyDelete
  11. beraninya umai hehehe..gud gud.... singa tu tak boleh blaaaa huhuhu takotttttt

    ReplyDelete