Semalam ibu buat kenduri doa selamat. Adat yang namanya anak2 pastinya mahu membantu, apakah daya secepat manapun rancangan yang namanya manusia, daku sampai apabila tetamu pulang. Terkilan? tidak...... daku dapat mengemas dan mencuci periuk belanga. Bantu apa yang terdaya.
Akhinya jam 8 malam dapatlah daku berehat seketika, namun kunjungan adik beradik dan anak2 saudara secara mengejut membuatkan suasana kembali ceria. Ya! keletihanku hilang begitu sahaja.
Thanks Allah.....
Nikmat tak disangka kannnnn...
Kini pagi jumaat kami riuh sekali, nasi goreng dan cengkodok kentang sarapan yang simple habis dimakan kami semua. Daku memasak dengan penuh kasih sayang untuk keluargaku.
ps: sekejap lagi mahu pulang kerumah.. korang tak kemana2 hari ini?
RESEPI KEK PISANG MUDAH
18 hours ago
3 ulasan:
Seronoknya dapat berkumpul dengan saudara mara di kampung. :)
Soal sapa sampai dulu tak penting. Yang penting cara kita mengisi masa kita bila berada dalam kelompok keluarga. Kehadiran yang dirasai, kata orang.
Syabas AYU.
Rehat lebih sikit yaaa
selamat bergembira di kampung... dpt bayangkan kemerahan bila bkumpul
Post a Comment