Friday, May 17, 2013

Karstad Fruit Cocktail berkrim


Assalamualaikum dan salam rejab untuk sahabat alam maya sekalian, cuaca yang cantik pastinya kebanyakkan sahabat berpuasa sunat dan mengantikan puasa tahun lepas. Beberapa hari yang lepas daku telah menyediakan percuci mulut dikala cuaca yang agak panas. Lelebih-lebih lagi keluargaku mengemari makanan sejuk selepas menjamu selera.

Nak kongsi dengan korang betapa daku peminat barangan Ayam Brand tak kisahlah kalau kemana-mana pastinya stok santan, sardine, nanas dalam tin dan macam-macam keluaran Ayam Brand menjadi pilihanku, selain barangan keluaran Ayam Brand amat sesuai dengan selera kami sekeluarga, daku mendapati setiap produk Ayam Brand amatlah bermutu tinggi dari segi kualitinya.

Terbaru daku perasan satu produk baru keluaran Ayam Brand iaitu Fruit Cocktail, wowww... mudahnya daku nak menikmati triffle pudding, cocktail bermacam aneka untuk pencuci mulut. Bila melihat keluaran terbaru itu daku terus rembat untuk mencuba. Hasilnya.................
Tara............... 

(Karstad Fruit Cocktail berkrim, hebat tauuuu... tak sampai 10 minit ianya berjaya mengenyangkan daku sekeluarga, siap boleh kongsikan dengan jiran sebelah rumah. Heheheh)


Sebelum daku nak berkongsi resepi hebat ini, molek jika daku kongsikan baru-baru ini pihak Ayam Brand ada membuat satu pertandingan dalam facebook AYAM BRAND hadiahnya lumayan tau antaranya Barangan Sengheng dan pelbagai produk Ayam Brand.

Korang masih ‘konfius’ ya dengan pertandingan itu?, jommm daku kongsikan sedikit maklumat tentang contest tersebut. Korang nak join sila klik sini: http://bit.ly/ABStudent

Setiap episode ada menyediakan pelbagai resepi yang kelakar seterusnya pasti buat kita terliur

  • Will (lakonan Will Quah) adalah pelajar, seorang yang kekok didapur malahan hancur didapur. Bahahahah.. nie dah buat daku gelak tak ingat, so lelaki!
  • Kakaknya Sarah (lakonan Aishah Sinclair) adalah sebaliknya, pandai memasak dan suka didapur
  • Will akan ke Australia untuk menyambung smesternya, dia bimbang jika dia tidak pandai memasak pastinya makanan Malaysia dirindui..
  • Sarah mengambil keputusan untuk membantu Will, tidak mustahil untuk Will menyediakan makanan kegemarannya sendiri.
  • Jommmmmmm.. tonton pengembaran Will dan Sarah, wow.. pasti melucukan
  • Terdapat 12 episode dan 12 resepi lazat


Tonton episode minggu ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan, korang berpeluang untuk memenangi barangan Sengheng dan produk yang lazat dari Ayam Brand. Hadiah berbeza setiap minggu dan semua berpeluang untuk MENANG!!


Resepi Karstad Fruit Cocktail berkrim
Masa hidangan 10minit
Penyedian 2 orang

Bahan-bahannya
-Bahan Kastard
  1. Tepung karstad – 1 cawan
  2. Gula 3 sudu teh
  3. Air – 2 cawan
  4. Santan AYAM BRAND -200ml
  5. Secubit garam
- 1 Tin Fruit Cokctail AYAM BRAND
- 1  Tin susu cair
- gula pasir 1 cawan (larutkan dalam air panas)
- pelbagai buah atau nata dicoco dan lain2 

Cara menyediakan

  • Masak bahan karstad, satukan dalam mangkuk kesemua bahan, kemudian buka api perlahan biarkan karstad masak. Sejukkan
  • Ambil mangkuk hiaskan karstad, satukan sirap fruit cocktail, gula dan susu cair. Hias dengan AYAM BRAND fruit cocktail
  • Sejukkan dalam peti ais,sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba.



13 comments:

  1. mama yana:
    try tau. kalau nak tau. produk ayam brand lain dr produk y lain. ada anggur hijau dll.

    sedap sgt
    kalau bt minuman sejuk pun okey

    ReplyDelete
  2. oke! telan ailio. esok fiza nak buat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. fiza:
      oraittt. boleh bt party kecil-kecilan..
      good luck

      Delete
  3. mmg sedap & mudah sangat untuk disediakan !

    ReplyDelete
  4. Ini cara kakak juga ni Ayu. Bapak kakak suka sebab tu kakak selalu buat.

    ReplyDelete
  5. hurmmm yummy !
    makan sejuk2 sedapp nyeeeeeeee lah hai !

    ReplyDelete
  6. Sedapnya lalu ditekak tu Ayu.... hulur Kat akak semangkuk :D

    ReplyDelete
  7. Ayu, first kuih yg akak belajar sendiri masa umur 18 tahun.. ini lah kuih.. percubaan pertama, custard terlampau banyak.. buang.. kali keempat baru berjaya.. now jadi kesukaan semua.. esok buat best gak kann.. eemmmm

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. PB:
      200ml isipadunya. kalau cawan minum pagi atau ptg mmg banyaknya 200ml

      Delete
  9. lain kali bila nak datang "lagi sekali" ke rumah aku jangan lupa bawak benda ni tau... peberet nih... hahaha

    ReplyDelete