Wednesday, May 22, 2013

Resepi Pavlova Pertama Kali Buat ianya menjadi, HOREY!!

Korang suka dessert yang berkhasiat? masam manis rasanya, cantik dan ceria kejadiannya?, apa kata korang cuba resepi pavlova mudah ini, ada 3 lapisan untuk dessert iaitu terdiri dari meringue (lapisan bawah), cream (lapisan tengah) dan topping adalah buahan (hiasan atas), Tadi aku kata mudah? sebab apa? antaranya:

  1. masa membakar tidak terlalu lama
  2. kerja2 mixes juga hanya sekejap
  3. buahan segar elok untuk kesihatan korang
  4. korang tak perlu pening2 tambat hati orang yang korang sayang, sebab korang dah terro buat pavlova (ingat, orang lelaki nie suka benor makan makanan si isteri, jadi belajarlah buat sendiri ya, sambil2 tu bacalah ayat2 Al Quran yang pendek2 atau cukuplah korang berzikir)

Nampak tu buahan segar yang menarik hati dan selera korang? hah!! carilah buahan yang masam-masam untuk digandingkan dengan lapisan bawah yang agak manis. Sejuk jer tekak bila dessert ini dimasukkan dalam peti ais, hidang time cuaca panas, peeh!!!

Panjang pula mukadimah malam ini, sebenarnya resepi pavlova tak banyak, kalau korang nak tahu inilah resepinya. Jommm layan

BAHAN-BAHANNYA

(lapisan bawah/ meringue)

  •  5 biji telur putih  ( jangan sampai kuning telur terikut ya)
  • 150g gula pasir
  • 1/2 sudu teh cuka masakkan (ala cuka yang buat sos atau sambal nasi ayam tu)
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1/2 esen vanilla
(lapisan tengah)
  • 250g whipping cream (daku guna jenama RICH'S)
(hiasan atas)
  • strawberry ( ingat lagi entry sebelum nie? daku dapat banyak cendermata dari CH?), anggur, tomato, buah Apple hijau. Kalau nak tambah kiwi ker, buah limau ker boleh jer, janji yang masam gitu

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan dahulu oven korang letak suhu 160c selama 1 jam (tujuannya agar meringue dibakar dengan  mudah dan cantik)
  2. Lapisan bawah/ meringue : putar telur putih hingga berbuih dan kental ( 5 minit) dengan kelajuan mixes yang paling tinggi, kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi, jika nak tahu ianya dah okey, cuit dengan jari, jika gula tak ada bergentil atau kasar maksudnya meringue korang menjadi, matikan mixes, masukkan cuka, tepung jagung dan esen vanilla dengan guna spatula godak satu hala sahaja. 
  3. Ambil kertas minyak, letak atas loyang sudukan meringue, kalau nak buat pavlova kecil-kecil boleh, besar-besar pun boleh ikut suka. Masa sudukan meringue tepi kena tebal, dalam bagi lekuk sedikit nanti senang nak topping, Sedia untuk dibakar dengan suhu 140c selama 15-20 minit
  4. Bila sudah masak, (luar kekuningan, dalam gebu) korang biarkan meringue pada suhu bilik.
  5. Sedia untuk topping
  6. Lapisan tengah : putar whipping cream dengan kelajuan sederhana diikuti kelajuan tinggi hingga cream berbentuk seperti gumpalan awan... ewah! tetiba daku teringat lagu awan nano.
  7. Topping atas : potong kecil buahan segar. (itu aje)
  8. Hias pavlova korang, apabila lapisan meringue dah sejuk, sudukan lapisan tengah. Tak payah tebal-tebal atau nipis sangat ya, kemudian tabur atau soleklah dengan buah-buahan kesukaan korang ya
  9. Sejukkan dalam peti ais, kemudian boleh dihidangkan.
  10. Selamat mencuba

 ( meringue yang belum dibakar)

(sudah sejuk, sudah boleh dimakan)



13 comments:

  1. Sedapnye..bestnye akak! nanti nak trt juga buat sendiri!

    ReplyDelete
  2. sunah:

    try tau dik.. bahan pun simplejer kan

    ReplyDelete
  3. Terer nya ayu..tapi kita kurang gemar makan pavlova ni, huhu..Mungkin satu hari nak jugak buat la..

    ReplyDelete
  4. Owh senang je buat pavlova ni rupanye...
    Ada masa nnti nak try jgkla buat sendiri.
    Tq share resepi

    ReplyDelete
  5. Teena x pernah pun rasa paplova, cmne eh rasa dia?

    ReplyDelete
  6. Ya tak ya.... baca ayat quran sambil buat air dan memasak dan hembus pada makanan itu satu idea yang bernas....

    ReplyDelete
  7. Mmg takut nak try pavlova nie.. Tp ayu buat menjadi nak try jugaklah

    ReplyDelete
  8. wahhh.. tahniah..
    entah bila nak merasa pavlova tuh...

    ReplyDelete
  9. lagi banyak buah yg diltak atas tu,lagi cantik dan meriah,kan...

    ReplyDelete
  10. tahniah ayu ..
    nie buat abang makin suka
    nak buat ... memang nampak mudah
    kena cari mood
    sbb akak memang bab2 cake dan seumpamanya nie selalu fail ..
    sebab tuu x berani buat huhuh

    ReplyDelete
  11. zila aja yg lum buat..penyakit M tu la tu..mintak akak sikit je la ada lg tak

    ReplyDelete