Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label EDISI JELAJAH BLOG. Show all posts
Showing posts with label EDISI JELAJAH BLOG. Show all posts

Monday, October 4, 2010

BEN BUKA BLOGLIST BAGI BULAN OKTOBER......apa lagi join ler...

Assalamualaikum…

Tekejut tak nampak aku tengahari nie?…heheheh, jangan tak caya yer…. malam karang aku kongsi ngan korang sebab apa, aku ada masa nak blogging!!!!….tunggu yer………

Sebenarnya, aku nak kongsi ngan korang tentang bloglist yang dianjurkan oleh BEN ASHAARI tu, dia buka lagi untuk bulan ini….jom…join sama-sama…jangan lambat2….tempoh sampai malam nie jer 12 tengahmalam…

Syarat-syarat macam biasa…korang buat macam nie yer;-


PS: tak rugi join bloglist ben ashaari..berbaloi-baloi…(kalau blogger lama pun leh join juga, tak gitu ben?)

Monday, September 6, 2010

BERITA PANAS......KERANA BEN ASHAARI?


Nie ada satu lagi citer panas yang ingin aku kongsi dengan korang...

Blog cincai macam aku nie dikatakan mantap oleh si Ben Ashaari?...bior betul?......aku terkejut gak dengan apa yang dikatakan olehnya...panass.......

Akhirnya...aku gali...dan gali.....sampai kehujung dunia ketemui...dan hasilnya..




Alhamdullilah, dalam jam 5 - 6 pagi...ramai blogger atau slient rider yang skodeng blog cincai seperti aku ini...

Terima kasih banyak-banyak lah ben.....setiap idea ko memang terbaik....dan jutaan terima kasih kepada sahabat yang sudi jelajah blog CITARASA RINDUAN...

Aku akui...sebelum ini...perkataan blogging, entry, nuffnang, tegar atau sewaktu dengannya...bukan dalam kamus hidupku....terus terang...aku tak tahu apa maksud blogspot.....

Hanya Allah yang tahu, betapa aku bertuah dalam menimba setiap ilmu yang kutuntut dari sahabat sekalian....lebih-lebih lagi kepada CIK MAT GEBU yang menjadi pengomen pertama dalam blog CITARASA RINTebalDUAN...

Untuk makluman semua...blog aku telah di jelajah sempena Edisi Aidilfitri oleh Ben Ashaari pada pagi tadi.....(jam 5 pagi)...





PS: tanpa anda siapalah CITARASA RINDUAN......Selamat berblogging dan Selamat hari Raya

JELAJAH BLOG AIDILFITRI BERSAMA CITARASA RINDUAN


Assalamualaikum...lewat malam nie, sempat lagi buat 1 entry...nie entry yang amat penting tau...jom pakat ramai-ramai kita join jelajah blog aidilfitri yang ben ashaari buat nie...

Mudah jer,,, tak payah nak pening kepala..korang ikut jer syarat yang dia buat, janji....hari raya kita akan diraikan dengan suasana yang amat meriah, sebelum kenal dunia blogger nie jumpa sahabat dan keluarga dalam dunia reality jer...sekarang dah ada blog...senang diorang nak tahu cerita sensasi sempena aidilfitri yang kita raikan bersama keluarga tersayang, tak gitu?...kan..kan....

Syarat-syaratnya mudah jer:-

  1. Header blog Ben ashaari-DONE
  2. Tajuk - JELAJAH BLOG AIDILFITRI BERSAMA -DONE
  3. Kad raya online berserta ucapan raya ..Boleh buat sendiri kad .. lagi kreatif lagi bagus..-DONE
  4. Biskut raya untuk hidangan tetamu ke blog anda ( sila google dan jgn lupa beri kredit pada pemilik gambar tersebut )-DONE




Sebelum tu nak ucapkan salam aidilfitri kepada semua pengunjung blog CITARASA RINDUAN,
Mohon kemaafan andai selama ayu berblogging terkasar bahasa, maklumlah...semua manusia tak lari dari kesilapan...maaf zahir dan batin

Akhir kata SELAMAT HARI RAYA, berhati-hati di jalanraya.

IKHLAS DARI
http://ruhayurazali.blogspot.com




Untuk lebaran ini, biskut raya Ayu tak dapat nak tunjukkan kat u all...maklumlah belum siap lagi..tapikan....untuk popia serunding nie memang ada dirumah untuk hidangan di hari lebaran nanti....
Ayu order banyak sikit..khas untuk open house ke 4 nanti...bersamaan 13 hb september 2010
SILALAH JEMPUT KE RUMAH...



PS; Cepat join edisi aidilfitri ini, sure korang puas hati...berbaloi-baloi...........

Wednesday, September 1, 2010

HADIAH KHAS UNTUK KORANG..............


Sape nak hadiah sempena raya?, angkat tangan………… (awat tak der yang angkat tangan nie?) adeh…..ni memang adiah khas untuk yang teristimewa….kiranya limited edition tau, dah..dah….tak yah nak angkat tangan sekarang, dah terlambat….heheheheh

Nak tau aku nak bagi kat sapa hadiah-hadiah tu ?.............jeng…jeng……..

Hadiah tu khas untuk pekerja indon aku yang balik ke kampong halaman esok bersamaan 2 september 2010…kapal terbang dari batam ke cilacap Indonesia, jam 2.30 petang, bolehlah depa nak agihkan cenderhati kat anak-anak atau sanak saudara…

Tiap-tiap tahun depa dapat simpan wang untuk pulang menyambut perayaan kat kampong depa….rezeki depa…boleh simpan wang lebih untuk dikongsi bersama anak saudara…amin

Depa balik selama sebulan, maksudnya…untuk CITARASA RINDUAN. Selepas seminggu meraikan syawal, kami tetap akan meneruskan urusniaga….walaupun pekerja tak mencukupi..namun, kami anak beranak akan meneruskan perniagaan…

PS: BEST gak dapat follow depa balik indon…………………..raya di sana...disana.....hehehhehe

Sunday, August 15, 2010

KATEGORI BLOGLIST BEN ASHAARI-JOM KEKAWAN KITA JOIN-




Dah lama tak berblogging, bila update nampak si ben buat kategori blog, aku nie dah ler jenis semua masyuk....korang pun gerenti nak join gak kan.....so, apa lagi....jom kita sesama join kategori blog ben ashaari....

senang dan mudah aje nak join bloglist ben nie,ikut dia punya syarat, hanya buat entri yang mudah2....yang tak peningkan korang, yerlah...kalau korang nak memasak pun poning kepala.......hah, apalagi jom serang CITARASA RINDUAN atau bazar di F sg sayong depan BANK SIMPANAN NASIONAL...kami sediakan pelbagai juadah, bukan aje kuih muih, pengat, bubur nasi ambeng, nasi ayam, lauk pauk, dan yang best sekali m
ee bandung CITARASA RINDUAN pun ada....(lalalal
al...baik punya promote gitu....)

opss..apa lagi jom reramai kita join,
untuk blog CITARASA RINDUAN, Aku rasa......personal lah lebih baik......untuk mudahkan korang nak membacanya....
TQ EN BEN.....


Saturday, June 19, 2010

BLOGGER BARU- KORANG NAK BERADA DALAM BLOG LIST BEN?


Selamat malam..

Ni aku amik kesempAtan kepada blogger baru yang belum dijelajah atau belum lagi ada di dalam bloglist BEN AHAARI

jOM...kita gunakan kesempatan yang beliau berikan...maklumlah...bagi aku, dengan adanya peluang yang ada...menaikkan lagi semangat blogger baru untuk aktif berblog..jangan risau...sure korang dapat pelbagai manfaat...bukan sahaja dapat kawan blogger baru,.malah kawan-kawan blogger lain akan singgah ke blog korang

Jangan lepaskan peluang yang ada..sila KLIK SINI

PS: BEN, guna nama pasukan bola pula (maklumlah tengah demam bola)

Wednesday, May 19, 2010

JELAJAH BLOG VERSI 4.0

Assalamualaikum....selamat pagi rabu para sahabat...sekarang kan...blog ayu pun ala-ala popular gitu...gara-gara dijelajah dengan si Ben Ashaari tu.....yer lah kan,,.baru 4 bulan ayu berblog..tiba-tiba dah ada 148 follower...kira okeylah tu kan.....mana tahu 1 masa dan ketika jadi macam ben... sehingga beribu-ribu follower..tu dia, meletop ko.....

Sekarang nie Ben buat edidi jelajah 4.0.......hah!!! memang best macam-macam idea pakcik tu....terus terang nak kata...otak ben tu memang power...sepower body dia...eik..apa yang aku memuji sangat nie....Eik....ala malas nak bebel-bebel pepagi rabu nie...kita teruskan jer niat yang murni nie.....Ops... ada Syara-syaratnya....so...enjoy (aku memang suka main syarat2....hasilnya mesti lumayan..tak gitu?)

Nama blog nie, ayu gelarkan CITARASA RINDUAN... nak tau, pasal apa ayu bubuh nama tu....jawapannya....mengenai sebuah KEDAI MAKAN yang berada di laluan kulai-bandar tenggara, Johor....Kedai makan nie dah beoperasi selama 16 tahun...kira kedai generasi a.k.a warisan....makanan terdiri dari sarapan pagi, makanan tengahari, petang dan malam...paling polular sah-sah MEE BANDUNG CITARASA RINDUAN...siap, ayu jual PASTE BANDUNG lagi...nak tempah boleh jer....janji beri alamat dan onkosnya.....

tapi, kan........ blog ayu nie banyak kepada luahan perasaan dan ala-ala syok sendiri gitu...tak apalah...sekurang-kurangnya korang dpat gak layan mood aku ala-ala tersedih...terbz..tersuka...yang pasti ayu berblog dapat manfaatnya.....selain tambah kenalan..dapat gak, geng-geng tukang masak.....
(ben, panjang sangat ker?.....baCa jer lah ben...Ayu pun tau gak membebel......kikikikik)

Nie, syarat-syarat untuk korang yang nak join vesi 4.0.....dan...nak join KLIK SINI

1 ) Header BEN ASHAARI BLOG -done

2) Berikan nama samaran anda dan nama blog anda ... Ceritakan latar belakang blog anda .. Lagi panjang lagi bagusssss ... -done

3) Dari mana anda tau mengenai Segmen ini- blog ben..

Sunday, May 9, 2010

Kurasakan Something...: aku TUKANG MAKAN yang terbaekk!


PSSTT.............
mai kita jogging n lepak kat blog seorang blogger yang paling sempoi dan hensom
dalam blog dia tak ada iklan
tak ada chat
memang sejuk mata memandang
tapi..yang paling best
dia masih bujang,..
paras rupanya iras2 dan ala2 norman hakim..
tapi
Abg eq lebih hensom...
kikikikiki

Nak tengok tak apa yang buatkan aku nak syer ngan korang...
mai ler....
KLIK kat bawah


Monday, April 19, 2010

JELAJAH BLOG POTOGRAFER


Puas aku pujuk seorang sahabat untuk memberanikan diri dalam dunia photografer agar lebih jauh lagi...............aku tawarkan diri aku sendiri untuk promote blog sahabat nie...

Bagi aku, sahabat nie boleh pergi jauh,,,,,,,walaupun mempunyai kerjaya yang tetap namun, memiliki keupayaan yang luar biasa apabila shoot sesebuah gambar...photografer adalah kerja sampingan beliau, sebenarnya beliau hanya suka2 memilih bidang potografer, dan lebih gemar memilih suasana kampung untuk `menembak`....

Beliau yang aku maksudkan adalah....AZLIEAYES.. sahabat atau lebih senang kupanggil abang...kami dari kecil berkawan sehingga sekarang walaupun mempunyai keluarga masing2....

Untuk korang........tolonglah beri komen membina diatas usaha beliau untuk pergi lebih jauh dalam bidang yang beliau sukai...

Untuk tempahan dan pertanyaan sila ke web nyer sendiri,,,,
SILA KLIK ANTZLY STUDIO

Thursday, April 8, 2010

KAU DIHATIKU

Semangat betul perasaan aku ari nie, mana tak nyer, bukan aku ada terima anugerah berita harian, atau aku menang apa2 pertandingan, apatah lagi dapat bb ker,...hanya kerana ko (geng blogger), yang buatkan aku seolah2 sedar yang masih ramai lagi yang ingin berkawan dengan ku....(ala2 riak pun ada)...

Mana aku tak keruan, bila aku join GB jer. komen entry aku sampai berbelas2...sebelum nie, adalah 1,2 yang komen...namun, aku rasa iktulah kebaikan bila join GB...bab follower jangan cakap...7 org follower untuk petang tadi...(peeh, kalau lah aku tahu, dari dulu dah join GB...) ayat2 jujur tau.......

kalau si Ben tu dah ada org yang cari dia di opis , or member seopis yang call tak mempercayai yang ben dah popular......aku pun ada kena tempias sikit kot.....(hu3x, ayat2 jakun nie)...

Alamak, entry kali nie merrepek sungguh, kalau aku jawab exam gerenti kantoi.....Sebenarnya, aku pun nak buat edisi jelajah blog........sebelum nie aku dah promote beberapa blog kawan-kawan, kali nie aku nak promote blog seorang kakak, yang baru aku tahu, dia suka baca entry aku..selain dia suka entry dari Ben dan Mat gebu..

Blognya simple, templet pun okey...............cuma kurang follower, maklumlah dia pun baru sebulan berblog..........Dia dah banyak kali buat entry untuk dijelajah oleh Ben, namum menghadapi masalah untuk publish........aku doakan agar korang sudi2 lah bantu dia untuk meneruskan niatnya untuk berblog........Orang baru nie...bak peribahasa...KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN...........

Untuk memudahkan korang mengenali kak ismaliana korang klik sahaja kaudihatiku

P\S: Kak Lia nie, rupanya sekampung aku, yang buat kelakar tu dia kenal melalui blog Ben Ashaari, kecilnya dunia

Sunday, April 4, 2010

TAK KENAL MAKA TAK CINTA


Salam untuk semua kawan2 blogger dan pada kawan2 yang sudi nak jelajah blog aku nie, petang2 nie baru aku ada peluang nak online, selain pelanggan yang ramai singgah ke kedai makan kami, aku pun sibuk dengan tempahan paste bandung.. alhamdullilah tak dinafikan bila aku dah berblog nie bertambah2 rezeki..


Pada korang yang belum ada blog bagi aku korang boleh mulakan menulis dgn perlahan2, dulu aku pun tak terpikir satu hari aku akan ada blog. Tertarik dengan kesungguhan BEN ASHAARI yang hari2 buat 5,6 entry aku pun mulalah belajar satu persatu..awalnya aku berblog pada 7hb januari 20010..sehinggalah sekarang aku dah ada 110 entry..(walaupun tak der lah ilmiah sangat entry aku, namun aku suka meluahkan perasaan kat blog nie..) bak kata seorang kawan umah ko, ko punya sukalah....tulis selagi ko rasa puas...terima kasih sokongan suami dan sahabat2ku.


Firstly aku berblog aku terus join pertandingan top 100 wanita Ben Ashaari..tak sangka gak aku dengan penuh semangat, terus terima jer..rasanya tak layak gak sbb ramai yg cerdik cendiakawan yang join pertandingan tu. Namun dah tuah aku..akhirnya selepas berminggu2 aku tempuhi setiap saringan..aku berjaya bergelar JUARA.. pada yang tak caya tu korang klik jer sini.


Bila dah lama aku berblog satu persatu yang follower.. alhamdullilah..sehingga aku jatuh cinta dengan blog korang..Dan terima kasih yang tak terhingga untuk Ben Ashaari kerana pelbagai ideanya untuk membantu kawan2 yang baru berblog.. tanpa ben..siapalah agaknya yg sudi follow blog ayu....Nie aku copy dan paste apa yang ben promotekan blog aku nie...




Jelajah Blog : Citarasa Rinduan

Siti Ruhayu Ab Rahman , tokey restoran yang popular area Kulai Jaya ( kan Ayu ? ) ... Sebut nama restorannya , semua orang kenal ... Begitu juga blognya .. Aku doakan satu hari nanti , blognya sama naik dengan restorannya .. Amin ..

Siti Rahayu aka Ayu ni aku kenal lama dah . . di FB lagi .. rajin benar mengomen di blog aku ... Skang ni dah jadi best friend blogger lama ,MAT GEBU .. Tak kenal MAT GEBU ??? Rugiii ... ini orang sangat popular dalam dunia masakan di internet nih ... tak caya ? Cuba google ... search nama MAT GEBU ... lari tajuk lak..salah promosi ..

Ok .. blog Ayu ni , seperti blog blogger yang lain banyak menceritakan kisah hidupnya.. rutin hariannya yang mana bagi aku boleh dikatakan padat ...Tapi kira aku respek dia masih boleh berblog lagi ! Kiranya tiada alasan baginya untuk tidak berblog .. Bagusss sekali ... Semangat gini yang perlu diterapkan pada blogger blogger baru ..

OK ... kalau teringin nak makan mee rebusnya yang popular di area Kulai jaya ni , aku syorkan korang g jengok n kenal tokey restoran ni .. hehe .. mana la tau kan .. kot kot leh singgah ... heheh

Jom singah >> CITARASA RINDUAN

P/S : Ayu juga adalah juara pertandingan julung kali BEN ASHAARI BLOG anjurkan .. TOP 100 WANITA FB BEN ASHAARI ...

terima kasih kepada yang baru folow blog CITARASA RINDUAN ini, korang memang best...aku doakan satu ari kita boleh bersua untuk merapatkan hubungan persaudaraan...yang paling best (pagi 3hb april 2010) aku baru pasang visitor..dari angka 0- 289 alhamdullilah..KORANG MEMANG BEST...

Saturday, April 3, 2010

ZURASSHOPE

untuk pertama kalinya aku nak promote blog kak Zuraidah Mohd. sebelum nie ada gak promote blog kawan aku yang jadi fotografe dan sorang lagi buat florex..

Dalam blog kak zuraidah nie banyak promosi tentang jualan kesihatan..pada yang berminat korang jengahlah yer...

http://zurasshoppe-uda.blogspot.com/?spref=fb

SAYA MAHU BLOG SAYA DIJELAJAH OLEH BEN ASHAARI




Bab jelajah nie memang aku paling suka....mana taknya bila jer ben dah promote ke blognya..aku tak leh lepaskan peluang nak dia jelajah blog aku ke seantera dunia( tu dia...power ayat aku malam nie kalah menteri...)

Okeylah kepada Ben Ashaari, saya mahu blog saya dijelajah oleh ben ashaari kerana

  1. saya mahukan blog saya di kenali oleh otai2x blogger
  2. saya mahu info yang saya kongsi, dimaanfaat bersama
  3. walaupun saya masih baru, nak gak terima komen dari otai2x blogger agar saya tak syok sendiri..
  4. semoga pelbagai maklumat di kongsi bersama2

Untuk kawan2 yang follow blog aku, korang juga boleh minta ben merialisasikan impian..(alah2 pogram reliti pulak..) caranya mudah.. klik jer lah...