Assalamualaikum, salam kemerdekaan yang ke 53…
Ekkk…….sedapnya ari nie sahur kangkung kampong…Semalam lepak ko, makanan habis dijual…alhamdullilah, rezeki ramadhan…sambil layan pelanggan, sempat pulak mata dok jeling-jeling kat pemuda pemudi yang dok ralit buat bara api untuk sambut kemerdekaan, kata pelanggan yang singgah, malamnya ada pertunjukkan bunga api, bakar BBQ daging kambing dan ayam…peeh…..
Lepas berbuka, mak ngan abah ajak pi shopping pakaian anak-anak pekerja Indon…aku tamo….tengah menyiang sayuran buat niaga ari nie…lagipun aku semalam sempat pi kedai baju deret kedai aku…cari 3 helai baju raya untuk pekerja…kira sattlelah tu….
Lepas siap semua kerja, dok depan tv..temankan en zalie…ingat nak layan malam 31 ogos….tapi yang sadisnya…tv yang tengok aku…..nasib en zalie dah boleh uruskan sendiri makan minumnya..alhamdullilah…kesan pemakaian mesin terapi elektrik yang dihadiahkan oleh abah padanya.
Nie nak lah kongsi sikit kat korang peristiwa semalam, 10 hari diakhir ramadhan…dalam 10 hari terakhir ini kita akan diuji dari sudut keimanan dan ketaqwaan. Korang sendiri tahu 10 terakhir ramadhan kita di galakkan mengamalkan perbuatan yang baik-baik untuk mencari fadhilatnya…jua terdapat 1 malam lailatuqadar…sama-sama kita membuat amalan seperti solat hajat, perbanyakkan membaca al-Quran dan sebagainya…….
Peristiwa yang berlaku pada aku semalam..banyak menguji kesabaran aku, mulanya pilah ke BSN, penuh customer…tak pernah-pernah BSN cawangan F Sungai Sayong ramai pelanggan,,,lepas urusan siap…terus menuju ke MAYBANK, dalam perjalanan abah call…minta ke JOHOR..adeh jam dah jam 10setengah, urusan kat Johor sebelum 12 tengahari…berderau gak hati aku,,sampai bank lagilah ramai pelanggan 3kali ganda ko..………….nasib aku guna mesin..tak lah teperangkap lama didalamnya.
Jam 11.30 terus ambil Umai, tinggalkan en zalie kat umah sekejap…mujur selepas sahur dia dah mandi dan buang air besar,…siap lagi aku pesan memesan agar dia jangan itu ini…begitu begini,,,,,,,,,pesanan gila babai….
Semasa perjalanan ke johor, berlaku kesesakan lalu lintas…dengan jem yang tak tahu nak kata apa….adeh…..sabor jerlah…
Nasib sampai ke johor sebelum masa yang abah tetapkan….lepas siap urusan…aku terus pandu pulang ke rumah semula,,,disitulah kisah bermula,,abah bawa keter kat depan..aku follow belakang, Umai aku minta duduk diam-diam…nasiblah Umai dah faham….
Lalu ikut haiway….dari kempas meuju ke kulaijaya…hujan turun dengan lebatnya….siap ujan putih….aku risau gak, terus buka lampu hujan..pasang waiper sederasnya…….adeh…suasana kanan kiri semuanya putih…..pandu slow-slow…sehinggalah ke tol senai..abah call…dia kena patah semula ke Johor ada urusan yang belum selesai…
Adeh…..dengan keadaan cuaca yang tak elok…aku teruskan pemanduan….ayat al-quran dan zikir jadi peneman……………Umai, tidur dengan nyenyak…alhamdullilah kiranya tak mendatangkan masalah…masa tu macam nak tercabut jantung…adventure betul…..korang yang biasa terperangkap dengan hujan yang putih pasti dapat merasainya saat yang aku lalui..
Sehingga sampai ke Bandar Kulaijaya, area tu mudah ditengelami air bila hujan tak henti selama 3 jam….keadaan bertambah sukar,.,,,bila tayar storm berjalan diatas air….mulalah kenderaan tersasar,,,mujur ku pandu dengan berhemah…teringat skill yang diajar oleh en zalie semasa hujan lebat….
Akhirnya sampai ke kawasan Memorial Park Kulaijaya ( kubur cina daaaa….), hujan turun renyai…alhamdullilah…..aku terlepas dari ujian Allah….
Sampai ke rumah dalam jam 1.30petang, kena bantu semula di kedai…terpikir sejenak peristiwa yang baru ku lalui…ianya benar-benar menguji ibadat puasaku…alhamdullilah sehingga lah waktu berbuka..aku masih tabah dan semangat walau belum dapat berehat untuk membuang penat dan lelah.
Hasilnya, rezeki pada hari itu diperbanyakkan olehNYA, jam 6 petang makanan habis dijual kecuali kuih muih sahaja,….
Sesungguhnya aku tahu bahawa Allah maha kaya….setiap berlaku ada hikmahnya..itulah peristiwa pada 10 terakhir ramadhan yang kulalui.
PS: selagi tak datang puan Period, selagi tu aku berpuasa,,,,,setiap yang berlaku ada nikmatnya…





