Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label SPNB. Show all posts
Showing posts with label SPNB. Show all posts

Friday, June 22, 2012

Model Rumah Mesra Rakyat SPNB

Disebabkan banyak pemintaan berkenaan model rumah mesra rakyat.. ku kongsikan dengan sahabatku yang lain...... Dibawah merupakan model rumah generasi ke2 kawasan Felda Sungai Sayong

Nilai rumah RM65,000.00. Kerajaan membayar RM20,000.00, manakala pemilik rumah perlu membayar baki secara ansuran bernilai RM150.00 pada setiap bulan.....



(auto post, tuan rumah tiada)

Wednesday, May 9, 2012

Rumah Mesra Rakyat SPNB


Akhir-akhir ini aku baru perasan yang rezekiku melimpah ruah, selain rezeki berbentuk RM, kesihatan, rezeki rumah yang tidak kusangka.. tahun 2004 mohon tanah, tahun ini tanah kosong kami yang ditumbuhi lalang diberi rumah...

Hari ini dalam sejarah, perjanjian menandatangi rumah dengan pihak pemaju PSNB (syarikat Perumahan Negara Berhad) , Rumah mesra rakyat yang selama ini ku tunggu akhirnya menjadi kenyataan..

(gambar En Zalie dan peserta Generasi ke 2, F sungai sayong menunggu berita gembira untuk menandatangi surat perjanjian Rumah)

(Dato Halimah Sadique menjadi impian kami bergelar kenyataan bersama wakil SPNB, ketua kampung dan pengerusi GEN 2 Sg Sayong)

(peguam yang bertauliah menguruskan perjanjian bersama 510 permohon)

(Salah seorang permohon yang mendapat surat tawaran rumah mesra Rakyat, sedang menerima surat dari Dato)

(pihak Media dari Sinar Harian, Metro, Berita Harian dan lain-lain membuat liputan, selain itu radio BEST 104.0 turut bersiaran)

Paling bersyukur, dengan bayaran RM 150.00 bulanan, bayaran selama 20-25 tahun sudah mencukupi untuk kami anak beranak mempunyai rumah sendiri.. Alhamdulillah Terima kasih kerajaan....

(gambar wajib.. ahaksss. antara daku dan Dato)