Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label budaya. Show all posts
Showing posts with label budaya. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

Cerita majlis persandingan Wani dan Faiz


Alhamdullilah, perjalanan kami ke Dewan Serbaguna Caah,Daerah Labis  Segamat berjalan dengan lancar..

Tiba ke dewan dalam jam 11.20 pagi, agak awal atau tidak, sekurangnya kami tak perlu meredah jem atau dapatlah aku kenal sepupu MIL dan sedara maranya secara aman.. hehehe time tu pengantin belum tiba kan…




Bila sampai awal, semestinya tetamu kurang dan semestinya aku dapat cuci mata dalam dewan ini.. makanan memang super sedap… aku makan nasi minyak akhirnya.. sedapp..


Pelamin masih kosong?... super cantik bukan?? Sangat berseri dengan tema warna pink



Bila pelamin kosong, Jangan pening.. aku dan umai boleh posing sendiri tanpa gangguan.. hahahhahaha



Aksi umai semakin liar jadinya.. aku mau ciummmmm di jelirnya lidah!!.. anak kamu bikin ibu sakit perut.. kredit to my En Zalie…


Nak memperkenalkan ayam goreng segamat yang sangat rangup. Enak dan lazat, kalah ayam goreng popular.. heheheh.. KLFC.. mungkin hanya ada di segamat sahaja.. (untuk makluman korang aku tapau dalam 6 ketul.. heheheh) 

 Untuk tempahan catering atau tempahan buat majlis keraian korang boleh call no 012-7618452..



Inilah tuan rumah (ayah pengantin) namanya  Alias Bin Alime (orang tiak nama glemornya Alias Risda, berbaju puple)



Manakala ini pula isteri Alias a.k.a sepupu mak mertuaku iaitu Hawa Binti Ya`acob (paling kanan berbaju puple dalam gambar), sibuk beliau melayan tetamu yang hadir. Bila cik Hawa tanya siapa aku? Aku jawab menantu Ros isteri arwah Hamis.. hehehhee.. guna nama tu mudah betul orang nak kenal aku… maklumlah suamiku anak tunggal


Mak mertuaku Puan Rosliah Bakar yang seronok berbual dengan sepupunya, lama tak bersua, sepupunya ada yang ibubapanya tinggal di tanah arab.. bila perhatikan wajah mereka.. aduhai.. lawa2 lah.. 

Perhatikan majlis mereka banyak kebetulan ( MIL pakai baju tema ala2 menepati kehendak pengantin puple colour, aku pun ala2 gak, pink colour.. hehehe)



Dan agaknya rezekiku, dapat juga tunggu pengantin sampai, kereta antic yang tersadai di kawasan dewan semasa ketibaan aku, malah ku dah agak dari awal2 lagi inilah kereta yang bakal membawa pengantin kesingahsana..

Betul!! Tekaan aku benar… hehehhe jeng-jeng jom kita lihat raja sehari yang sedondon berbaju pink



Yehahhhhh!! Lihatlah kepadanan mempelai.. sama cantik sama kacak.. aku suka!!



Gurau-gurau sewaktu hendak masuk ke dalam dewan.. indahnya panaroma yang ku tonton melalui kamera cikaiku..

Moga bahagia buat mempelai  (Nursyazwani Binti Alias dan Mohamad Faiz Bin zainal) Wani dan Faiz.. Ku doakan rumahtangga yang dibina kekal ke akhir hayat dengan diserikan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah




Kumpulan kompang yang sangat kreatif, tak silap aku kumpulan kompang ini dari sekolah keb Melayu Raya, gurunya adalah pengasas kumpulan ini..

Aku cuba google dalam internet, ini you tube persembahan yang sangat menarik