
Gathering blogger yang dianjurkan olehku saat akhir, hanya sempat jemput sahabat blogger melalui telefon, gara-gara notebookku yang tersangat keuzuran, seminggu sebenarnya peristiwa ini berlalu. Segarnya ingatanku dimajlis itu, ku pinjam Hari bahagia sepupuku Suzie Yana dan suaminya Mail iaitu hari perkahwinan mereka berdua untuk mengeratkan hubungan yang terjalin menjadi reality


(kredit to FB Kasawari kerana gambar ini ku tersenyum sendirian, gelagat yang tidak dapat diungkap dengan kata2)

Anak bujang Sis Lin terlindung dik bunga meja makan, baik dan sopan budaknya... Mengheret DSLR ibu tercinta.. ada aura fotografer.... Blogger Kasawari yang sentiasa ramah dan mesra mengamatkan suasana, walaupun port kami terlalu dekat dengan speaker Live Band sekurangnya kecacatan dilindungi dengan kehadiran Mr Joshua yang sentiasa cool dan tersenyum suami tercinta Sue Joshua, terima kasih buat beliau yang sudi menemani isteri tersayang bersama Rhea yang cute

(kredit to FB Blogger Kasawari, aku ingin kongsikan kecomelan Rhea anak blogger Sue Joshua.. geramnya, Comelkann)


Ini adalah saat akhir pada jam menunjukkan angka 5 petang, tahniah buat blogger Oh Oeya yang berjaya sampai walau 1 jam menghadapi masalah dengan GPS.. hatiku pada asalnya tidak tenang kerana risaukan beliau tersesat, namun bila terpandang senyumannya ku bersyukur akhirnya kak Oeya dihadapan mata...
Terima kasih buat sahabat blogger yang sudi menghangatkan suasana majlis persandingan sepupuku.. Moga ukhwah yang ada terjalin selamanya...
PS: kalau korang nak baca kisah mereka di majlis tersebut hingga ke teratak blogger terkenal si Sedenak sila klik keatas nama2 blogger tersebut



