Setiap tahun, pasti ada azam tersemat didadaku..yang pasti berjaya atau tidak bergantung kepada diriku sendiri..
Apa yang ingin ku kongsi dengan kalian, dengan rasa rendah diri..aku berjaya mengecapi azam tahun 2010..syukur…………………
*************************************************
Ku kongsi pengalaman untuk kalian, sebenarnya azamku pada tahun 2010…hanya ingin kurus dan sihat…bunyinya macam mudah kan??? Namun sebenarnya hanya orang yang benar-benar ingin ke arah itu mesti mempunyai semangat yang gitu….lagi-lagi aku nie berada dalam persekitaran yang dipenuhi dengan makanan..
Tergoda??? Siapa kata aku jenis yang kuat azam/iman??? Mulanya aku agak goyang dengan factor persekitaran..namun aku kuatkan azamku, kadangkala tahan jugalah air liur bila lihat customer makan…depan mata jer makanan banyak terhidang, pelbagai warna pulak tu..kus semangat ko…sebelah kedai pula, banyak makanan ringan, air gas mahupun roti yang bermacam aneka warna….
************************************************
Masa tu, aku dah kenal blogger ben ashaari ( aku belum ada blog sendiri), masa aku tulis di wall FB dengan ayat
“Azam nak kurus….”
Ben, dah klik like….wah…bila sifu aku dah bagi respon..takkan aku nak biarkan impian nak kurus macam tu jer, tak boleh main-main nie….
Tapikan. Time tu ben dah bagi sedikit petua dan cara-cara untuk meningkatkan metabolisma badan, macam makan biskut IKO, breakfast OAT, kunyah red bean bila rasa lapar, lakukan senaman ringan seperti ke gym dll…
Benda baru..mana ada hasil, lain lah aku makan ubat kurus macam dr Romzey jual tu….
Lagipun baru beberapa hari aku ubah rutin makan aku kepada saranan ben…belum ada hasil…………..
********************************************************
Pada awal tahun 2010 iaitu pada 9 hb January..renion batch aku telah berjalan…ramai kawan-kawan dah tegur dengan perubahan fizikalku. depa kata badan aku "bommmm...." tu dia...kecewa ko...sedih gile.... sabor jerlah....hehehehe
Nak lihat gambar aku semasa hari raya 2009 pada bulan November? Iaitu 3 bulan sebelum renion dijalankan??

Hehehehehe..agak gebu kan????
Nak tahu berapa berat badanku??? 72 kg….dah iras-iras pelakon syanie kan??? Hehehehe
Sebenarnya, selain factor aku dipenuhi dengan makanan, family en zalie mahupun en zalie sendiri tak pernah menegur sikapku yang suka makan…tak kisah waktu aku kunyah makanan….asal celik mata..makan…makan..
Bila ada order goreng nasi, sambil goreng aku makan sikit, bila customer tak ada order aku makan makanan ringan…mulut 12 jam asyik mengunyah..
Ini kenyataan…bukan omongan kosong…………….
********************************************
Sehinggalah….aku teruskan rutin yang ben telah sarankan…dengan ubah cara kepada arah positif..maksudnya aku lebihkan sayuran dan buah-buahan..makan malam??? Aku tak pernah ambil, kalau kantoi pun hanya balik kampong…mujur juga sebulan sekali 2 jer kesana… Kalau tak makan, merajuk pulak ibunda ku itu….
Oleh kerana aku ke gym seminggu sekali sebab gym berada sejauh 20 minit dari rumah...setiap petang, aku curi-curi masa berjogging…
Kat kawasan felda mana ada taman, pusat rekrasi mahupun tasik untuk aku berjogging!!!..tapi, aku jogging di setiap peringkat rumah peneroka..….
Memang mulanya agak malu…ahli penduduk felda hari-hari menegur sikap aku yang asyik berseluar, berkasut (pakaian jogging)..berlari anak di hadapan rumah mereka…tapi..aku tak peduli..tetap buat hari-hari…malu tolak tepi…
Biasalah, perkara baru,….sendi-sendi agak goyang, lemah ko….rasa nak pitam dan sebagainya..pernah sekali awal pagi, aku berjogging hingga dikejar anjing..hehehehehhe…
Itulah dugaan……Semua halangan aku tak peduli..
Dan hasilnya…
