Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label TAG. Show all posts
Showing posts with label TAG. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Rehat Berblog..............

Terima kasih teman-teman…………………

Selamat malam,

Seharian aku kurang sihat, tetap gagah jua nak berblogging…..

Pening kepala disebabkan kepalaku ala kepada air hujan, penyakitku ini dah lama…kalau kena hujan..pasti sakit kepala hingga berdenyut-denyut..

Itu yang uruskan citarasa rinduan dengan rasa tak selesa, kalau berdiri lama-lama rasa nampak banyak bintang-bintang..berpinar-pinar, aku bukan tak suka makan ubat..tapi sedang usaha untuk memperolehi cahaya mata…risau ada effect yang melanda..

Nasiblah, sempat hidangkan beberapa entry post kepada kawan-kawan tanda aku tetap dihati kalian..

Terima kasih kepada sahabat yang setia singgah ke blog citarasa rinduan..

  • kepada blogger yang tetap meluahkan komen yang bernas,
  • kepada sahabat blogger yang support blog citarasa rinduan,
  • jua kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca coretanku ini…….(ku tahu walau tiada komen, kalian rajin keluar masuk ke blog biasa-biasa ini

Tiada ucapan lagi yang boleh ku ucapkan untuk kalian,

Sesungguhnya aku menyayangi persahabatan dunia alam maya ini..lebih-lebih lagi blogspot yang banyak memberi jasa sehingga ku kenal beberapa teman-teman dari golongan sederhana-kaya, muda-tua, berpelajaran-berkerjaya……kita sama…tiada beza, meluangkan masa sesame kita…menulis tanda kita suka/kecewa…………….

Yang pasti…tanpa kalian, siapalah ayu-citarasa rinduan????…..


*******************************************

PS:

Ada tag/award yang mungkin tidak sempatku ambil dan selesaikan, bukan tidak sudi…tapi beri masa untuk aku selesaikan di dunia reality, titleku sebagai isteri, ibu, majikan, tukang masak,drive en zalie dan nurse tidak bertauliah, membantutkan masaku……….

Minta jasa kalian tinggalkan url, insyallah..aku singgah dan bawa pulang…

***selamat hari lahir kepada Dato Siti Nurhaliza (penyanyi tersohor Malaysia) Azrah Ayob (Qariah Malaysia/sahabat En Zalie), Anak saudara blogger Cik Mat gebu (Aisha Nabila) dan sesiapa yang menyambut hari kelahiran pada 11.1.11, dengan ucapan semoga anda dipanjangkan usia dan diberi kesejahteraan dunia dan akhirat****

Monday, January 10, 2011

Award dari blogger ERIEN



Sebelum ayu tidur, ayu nak selesaikan satu tag/award yang diberikan oleh erin
http://erienz82.blogspot.com/2011/01/untuk-kenkawan-je-award-from-kak-yan.html

Terima kasih pada erin yang sudi bagi award kat ayu, tak sangka dapat award dari si manis erin……………

Tapikan, ambil award nie bukan senang-senang jer…ada syarat pula, so layan…….

*******************************************



A. Apa yang membuatkan kamu mula blogging?

Sebab ayu join satu pertandingan yang ben anjurkan, 100 Top wanita FB ben Ashaari…lagipun ayu dah terbiasa komen di FB beliau, dan beliau baru 1 bulan mempunyai akaun blogspot, itu yang terus terjebak dalam dunia blogging.

B. Kamu rasa apa perubahan blog kamu dari dulu sampai sekarang?

Banyak perbezaanya, terutama…ayu dapat ramai kenalan…dan paling suka kawan-kawan selalu singgah masuk ke blog citarasa rinduan, walau ayu sibuk dikedai..ayu terhibur dengan pengalaman dan cerita kawan-kawan blog..

C. Apa yang kamu suka pasal Syarafina Zaini?

Baru follow blog beliau..nanti dah kenal…harap-harap terus jatuh suka…hehehe

Salam ziarah Syarifina Zaini, kak follower awak yang ke 350........nice blog..

D. Tag sekurang - kurangnya 3 orang bloggers yang setia.

  1. Ummi AmnaAmzar http://amnaamzar.blogspot.com/
  2. kak lelord
  3. idara http://idalara.blogspot.com/




PS: selamat malam, hujan dah 2 hari tak henti-henti semoga tak lah berlaku kejadian yang buruk, amin....(Layan tv 2, filem bujang lapuk...terus teringat kat blogger AzieAzah..............kak azie...bak sini 20sen..ayu nak aiskrim...hehhehe)


Wednesday, January 5, 2011

Giveaway Edy:Awak Busuk

Salam. Awatlah aku kena tag jer akhir-akhir nie…kiranya awal tahun 2011…hidupku dimeraiahkan oleh TAG ajerlah…

Tapi, demi memeriahkan hidup blog……aku akan pastikan sessi tag yang dibuat oleh kawan-kawan blogger harus ditunaikan….bak kata blogger AA, kalau bukan blogger bantu blogger siapa lagi kan???

Selain kena tag pagi tadi oleh blogger putera2puteri aku kena tag dengan blogger macho iaitu si shafiqrosly…..syafiq nie, walau sibuk mana pun, sure masuk blog aku dan tag aku…thanks so much budak hensom…hehehehe

************************************************

Wokey, jom kita ikut apa pula sessi tag ini, dan hasil terjahanku…akhirnya tuan tanah adalah blogger lelaki…namanya danielzaidi……dia telah menjayakan satu GIVEAWAY yang bertajuk gIVEaWAY Edy:Awak busuk…., dan aku tau...setelah kita kata edy busuk. Si Edy balas...awak wangi........yahooooooooooo..........betulkan edy???

Kalau korang berminat untuk join sama…jom terjah blog danielzaidi ini..sila klik sini

Dan, syarat-syaratnya adalah Korang hanya perlu :

1. Buat 1 entry pasal giveaway ni dengan tajuk "GiveAway EdY : Awak Busuk!"...

(letak banner giveaway pada entry dan pastikan kat entry korang ada link terus ke entry contest ini) –done

2. Jadi follower blog ini... –done

3. WAJIB TAG sekurang-kurangnya seorg blogger LELAKI dan seorg blogger PEREMPUANdan make sure dieorg tahu... –wajib tu….oleh kerana aku dah ramai tag kawan-kawan dalam blogslistku..kali ini aku nak tag

  • blogger yong (alinac lover) dan
  • cikgu iman shah..opsss abgshah

4. Tinggalkan link entry korang kat ruangan comment entry ni...done

Itu sahaja..mudah kan??mmg mudah tapi jangan ambil mudah...

Apa tunggu lagi..

sesiapa pun boleh join...

tak kira anda dah menang sebelum ni, anda masih berpeluang untuk menang lagi...

Tarikh Tutup : 11.59AM pada 12/1/2011

PS: hadiah memang lumayan…minyak wangi…tapi sayang aku tak dapat nak buka gambar….ada problem..dan hasilnya picture not found….

Friday, December 31, 2010

Sorotan 2010, Kenangan ManisKu

Selamat pagi….

Pagi ini ingin ku kongsi dengan kalian. Sorotan kenangan manis yang ku alami sepanjang 2010, ianya banyak kepada diriku dan en zalie

5 hb julai 2010,

Apabila saat itu en zalie membuka matanya selepas 16 hari di ICU pakar putri, Johor ..hanya tuhan yang tahu…saat itu aku dapat melihat senyumannya..walau pelbagai wayar yang terdapat didada, kaki, tangan, hidung, mulut mahupun perutnya..en zalie menangis kegembiraan..(beliau tidak dapat mengeluarkan suara akibat operation trakia (ENT) yang telah dijalankan…aku faham…dia merinduiku..

13 Ogos, 2010

En zalie dapat memanggil namaku…(walau sebulan 7 hari ku menjaga makan, minum, mandinya, keperluannya di Hospital, tiada rasa penat atau letih saat en zalie memanggil Sayang)………Syukur…abang semakin sihat….

Alhamdullilah..hingga saat ini en zalie semakin sembuh….walau 2 kali beliau tidak bernafas dan doctor menyatakan peluang beliau agak tipis …ku tahu semangatnya untuk berjuang dalam hidupnya sangat tinggi

Selamat hari lahir abang, pada esok hari….sayang tetap menyayangiku sampai bila-bila…sejak detik itu….aku semakin kuat untuk menjadi seorang wanita yang kau panggil sayang..

PS: sebenarnya ada seorang blogger yang tag segmen kenangan manis 2010….tapi aku tidak mengingati siapa blogger itu..sila inform padaku..sekiranya blogger itu tersedar aku belum menyiapkan tag ini..

Terima kasih,.,,selamat tahun baru 2011 sahabatku semua..

Tuesday, December 28, 2010

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"

Korang mahukan barangan IKEA RM 111.11 menjadi pelengkap kehidupan anda??

Anda mahukan, blogger yang bakal menjadi doctor menjadi follower anda??

Anda mahukan pengalaman mahupun pengetahuan bakal doctor itu menyinari hidup anda??

1 Hadiah Utama:

Table Lamp IKEA...

10 hadiah saguhati:


Jika mahu……jom join GiveAway beliau, hadiah macam diatas yer…tak susah tau….senang jer, ayu pun dapat tag dari kak lelord a.k.a mamanajlaa..terima kasih yer kak lelord atas tag anda..

Jom kita join GA ini ramai-ramai…..

1. Jadi Followers eqbalzack.com. done

2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"

Blogger eqbal hanya satu.

Bukan dua, tiga mahupun beribu-beribu batu

Ayu join GA sebab ditag oleh mama lelord yang jauh di doha tu

Harap-harap mengeratkan silaturahim antara kita-kitu..

3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com. done

4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu.

Blogger eelobor

5. Tinggalkan link anda pada entry ini. done

Tarikh Tutup:

1.1.11 jam 1.11 pagi

Keputusan:

1.1.11 jam 11.11 pagi

Nampaknya abang eqbal dah suka main angka 1….(abang eq,,itu hari ulang kelahiran en zalie tau……) karang bagi hadiah khas untuk kami yer…hahahahaha…

Saturday, December 18, 2010

Tag dari kella

Kella, terima kasih sebab sudi tag kak, kebetulan kak tak ada aktiviti lain malam ini….so kupersembahkan dengan korang—

25 tentang aku..tak libatkan orang lain yer!!!!…..

  1. aku suka rancangan kelakar, upin ipin, kartun mickey mouse, cat dog pun aku layan
  2. awal pagi aku suka tonton motivasi pagi di tv 3
  3. senaman selebriti pada jam 6.30 pagi merupakan rancangan yang akan ku ikuti setiap aktivitinya.,,siap berkasut dan berseluar sukan..
  4. aku suka baca novel cinta semestinya alaf 21
  5. aku jenis yang terlebih simple
  6. aku sukar nak berdandan dihadapan cermin..hanya sapu krim uv, terus sarung tudung yang seringkasnya
  7. tak punya kasut tinggi yang pelbagai, hanya ada 1…itupun hadiah dari adik ipar semasa hari raya tahun lepas
  8. tak punya handphone canggih apatah lagi yang terkini…baling anjing…sure anjing boleh pengsan
  9. tak punya emas berkoyan-koyan hanya ada rantai basikal dan rantai motosikal
  10. benci pakai helmet, tapi kena pakai juga
  11. tak pernah warnakan rambut, walau suka warna pink
  12. hanya ada en lappy si acer aspire one..kecik, murah…dah banyak berjasa pada ku dah 2 tahun ko….
  13. tak suka bela kuku panjang-panjang walau aku suka lihat kuku orang ada macam-macam warna…pink, oren…wah..glemour ko…
  14. walau aku sedih, aku suka nak lihatkan aku sedang happy..senyum walau dalam hati sangat berat
  15. suka pekara yang melucukan.
  16. suka makan kicap
  17. suka kunyah biskut oat
  18. suka bawa air suling kemana-mana
  19. tak suka tinggalkan en zalie, angkut kemana ku pergi
  20. tak suka bela kucing, walau aku suka belai kucing
  21. tak suka rapat dengan orang yang banyak masalah tentang RM
  22. tak layan perniagaan MLM
  23. suka member blogger dari member reality
  24. tak suka pelanggan yang cepat naik angin,yang hairan tu…aku suka layan, walau aku benci…suka bagi ayat angkat-angkat pada mereka..lepas tu..akan ku percepatkan order makanan…lagi cepat mereka pergi lagi bagus…hehehhe
  25. aku suka kena tag dan terima award…nanti kirimlah lagi..

PS: Agak semput selesaikan tag ini, member punya hal…no problem…(sebenarnya 25 pekara yang best ttg aku, oleh kerana aku tamo korang anggap aku syok sendiri...so...campur aduk lah yer...heheheh)

Friday, December 17, 2010

My Header Contest tag dari Cikgu Jaja

Salam…

Terima kasih kepada cikgu jaja yang sudi tag ayu untuk join contest my header contest

Sebenarnya terharu bila cikgu jaja tag ayu, maklumlah..header citarasa rinduan pun agak simple…hanya memaparkan gambar pekerja citarasa rinduan…tak pulak ayu edit biar menarik gitu..hehehe

Gambar diambil kebetulan, sewaktu lepas ayu belanjer bawang-barang kedai….masa tu, tiada customer….so..kami ambil rancangan nak tangkap gambar buat kenangan….

So, untuk tag seterusnya ayu suka serahkan contest ini kepada:-

  1. Kella
  2. kalamhati
  3. Kak MM

Header blogger yang aku tag tu..memang cun tau...Untuk join contest ini sila klik sini

Wednesday, November 3, 2010

AKU KEMBALI


Hah!!!!…aku kena tag dari ajim green…sebenarnya dia tag aku malam semalam..semasa aku berblogging dimalam hari…aku nie memang ada masa berblogging pada waktu malam sahaja….

Waktu lain aku sibuk uruskan citarasa rinduan,,,,kalau korang nak tag aku atau join contest korang habaq awal-awal yer…(itupun kalau ada yang sudi…hehehehehe, blogger cincai macam aku…ada yang nak kawan ker?)

Mana tau….kang aku terpepas pandang. Bab komen pun..aku akan komen blog kawan-kawan terbaru sahaja…bukan apa….ramai blog yang aku ikuti…tak silap ada 300 blogger…nak kejar satu-satu blog tak sempat ko…..(tak tidur malam gamaknya..heheheh)

Kali ini tag dari ajim agak senang….hanya senaraikan posying yang aku yang paling best dan nyatakan sebabnya

Jom aku selesaikan tugasan..

Entry yang paling best adalah------ kerana--------

  1. http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/05/cinta-monyet-ku.htmlKerana entry ini buatkan aku tersenyum sendiri
  2. http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/08/pau-sambal-tenggaroh-mersing.htmlKerana entry ini buatkan aku terpaku yang aku pandai masak pau sambal
  3. http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/05/hadiah-dari-100-top-ben-ashaari-fb.htmlKerana entry ini buatkan aku teringat kisah aku menang contest buat julung kalinya
  4. http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/05/edisi-terjah-ke-teratak-cmg.htmlKerana entry ini aku dapat terjah ke rumah blogger yang paling hebat dengan blogger-blogger lain
  5. http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/06/terima-kasih-para-sahabat.htmlKerana entry ini aku tahu korang semua ikhlas bersahabat dengan aku

Kena tag blogger yang tengah blogging masa ini…iaitu

  1. http://www.borakkosong.com/
  2. http://jajazack.blogspot.com/ cikgu jaja
  3. http://ummi-alifya.blogspot.com/


harap-harap blogger 3 orang tu ambil tag ini dengan senang hati....

terima kasih ajim green….kerana tag ini aku mengulang semula entry yang lama…maklumlah….aku belum setahun berblog…bulan January 2011 genap setahun aku berblogging…tapi dah ada kawan yang boleh memberi pandangan dan menyelesaikan setiap masalah yang aku hadapi



PS: tanpa korang siapalah aku???????