Petang nie, aku mencuba pau sambal, kegemaran ibunda tercinta, resepi yang amat mudah, jua ilham dari ibunda JUMIAH RAMLI, resepi ini seperti entry sebelumnya iaitu kuih donut, doh yang senang dan mudah untuk di sediakan oleh para ibu.
Tanpa buang masa kita layan resepi ini, sebelum tu
Bahan-bahannya
Tepung gandum 400gram
Minyak masak 500gram
Mauri-pan ½ bungkus yang jual seberat 11 gram sebungkus
Garam 1 sudu teh
Gula 2 sudu teh
Susu tepung( ayu gunakan Anmum) 3 sudu teh
Planta 3 sudu teh
Air suam sedikit sahaja
Sambal tumis
Lada kering 200 gram
Ikan bilis atau udang kering (ikut kesukaan anda)
Bawang merah 3 biji
Bawang putih 2 biji
Sos cili 2 sudu the
Gula 2 sudu teh
Garam 1 sudu the
Ajinamoto 1 sudu the
Minyak masak 10 gram
Cara-cara membuatnya
- bubuh air suam ke mauri-pan, biarkan seketika dalam cawan. Masukkan tepung ke bekas untuk mengandum, masukkan planta, gula, garam dan susu tepung berserta mauri pan.
- Apabila siap mencampurkan kesemua bahan-bahan uli tepung dengan air suam sedikit demi sedikit, uli sehingga adunan menjadi lembut,
- Mula mengasingkan 1 biji pau, pastikan apabila meletakkan pau ke atas dulang, perlu dijarakkan antara satu sama lain kerana adunan akan membesar dari adunan asal.
- Biarkan seketika, adunan pau itu, Panaskan minyak, apabila minyak masak sudah panas, sederhanakan api, bertujuan agar pau masak dengan sekata.
- Apabila warna pau sudah kekuningan, ianya sudah boleh diangkat dan ditoskan
- Sedia untuk memotong bahagian tengah pau, potong sebelah sahaja, masukkan sambal tumis tersebut, sedia untuk di makan seisi keluarga.
SELAMAT MENCUBA, adunan menghasilkan 26 biji pau sambal
8 ulasan:
salam ayu,
saya teringin yang ibu saya buatkan tapi..
malas pula nak ngada2 nyusahkan dia..
beli jelah walaupun tak sama..
:(
salam cikgu
saya belum ada kesempatan nak rasa air tgn ibunda. hampir 4 bulan lamanya
windu sangat kat beliau
Salam AYU..
donat tu pun Kak Azie belum try lagi. Tapi rasanya pau ni lagi senang dan kena try gak. Anak2 suka ni.
Lagipun orang yg ada anak ramai mcm Kak Azie ni, lebih baik buat sendiri dari beli.
salam dan selamat pagi sis
tak apa sis, ikutkan donut tu lebih senang sbb hanya blander gula...
kalau pau tu....kena masak sambalnya..agak remeh sedikit
apa2 pun ayu wish good luck, air tangan ibu adalah yang terbaik..pasti anak-anak sis suka..
selamat mencuba
tahu tak.. kita sangat suka kuih ini! dah 2 kali beli kat pasar ramadan sebab teringin sangat! tapi... tapi mcm tak semengah je! diorang ni jual cam tak ikhlas je.. isinya ciput je.. taksedap lak tu.. adooi.. rasa tertipu je..
apalah salahnya buat tu biar benar skit.. cukup isi dan rasa semua..
huhuhu..
yang k ayu buat ni sure sedap! sure punya!
ok, pjg umur leh try buat nih! mkn la puas2 hehehe.. tq.. :D
tahu tak.. kita sangat suka kuih ini! dah 2 kali beli kat pasar ramadan sebab teringin sangat! tapi... tapi mcm tak semengah je! diorang ni jual cam tak ikhlas je.. isinya ciput je.. taksedap lak tu.. adooi.. rasa tertipu je..
apalah salahnya buat tu biar benar skit.. cukup isi dan rasa semua..
huhuhu..
yang k ayu buat ni sure sedap! sure punya!
ok, pjg umur leh try buat nih! mkn la puas2 hehehe.. tq.. :D
kella sayang
kesiannya kamu,kalau kamu berjiran..sure sis hantar semangkuk...
sis pun niaga kat bazar, tapi kuih ada org lain yang hantar...memang saiz agak kecil..rasa eik....sabor jerlah kan...
kella, cuba tau......hope menjadi..
sedappnyerr..sy panggil berger malasyia..;)
Post a Comment