Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, August 21, 2010

KUIH DONAT TENGGAROH, MERSING


Disebabkan keletihan memandu,badan jadi lesu, lenguh semacam…nasib tak demam ko, teringat mauri-pan kat dapur, baki buat cucur udang semalam. Terfikir pula resepi ibunda JUMIAH RAMLI kuih donatnya yang gebu hingga membuatkan kami sekeluarga kalau balik kampong mesti kenyang sampai malas solat tarawih.

Jom, korang cubalah resepi yang ringkas namun berselera, puas makan…aku jamin korang kekenyangan, bolehlah tukar-tukar juadah dengan jiran sebelah rumah,,,tak gitu…..

Tanpa buang masa, kita belek resepi mudah ini.


Bahan-bahannya

Tepung gandum 400gram

Minyak masak 500gram

Mauri-pan ½ bungkus yang jual seberat 11 gram sebungkus

Garam 1 sudu teh

Gula 2 sudu teh

Susu tepung( ayu gunakan Anmum) 3 sudu teh

Planta 3 sudu teh

Air suam sedikit sahaja

Gula aising halus



Cara-cara membuatnya

1. bubuh air suam ke mauri-pan, biarkan seketika dalam cawan. Masukkan tepung ke bekas untuk mengandum, masukkan planta, gula, garam dan susu tepung berserta mauri pan.

2. Apabila siap mencampurkan kesemua bahan-bahan uli tepung dengan air suam sedikit demi sedikit, uli sehingga adunan menjadi lembut,

3. Mula mengasingkan 1 biji donat dan buat O ditengah-tengahnya, pastikan apabila meletakkan donat ke atas dulang, perlu dijarakkan antara satu sama lain kerana donat akan membesar dari adunan asal.

4. Biarkan seketika, adunan donat itu, Panaskan minyak, apabila minyak masak sudah panas, sederhana api, bertujuan agar donat masak dengan sekata.

5. Apabila warna donat sudah kekuningan, ianya sudah boleh diangkat

6. Sedia untu menaburkan gula aising, sedia untuk di makan seisi keluarga.

SELAMAT MENCUBA

kalau korang nak bubuh coklat atau apa-apa perisa yang korang suka, boleh ajer..janji ikut selera anda..

15 ulasan:

Nour Eyza said...

sedapnya tengok donat tu..
huuu..
teringin pulak..
ermm
*smbil jilat bibir*

Nour Eyza said...
This comment has been removed by the author.
ISZA said...

saya lebih suka donut macam ni dari big apple atau yang seangkatan dengannya..

orang depan rumah ni pandai buat donut tau..

Unknown said...

isk2..comel2 ya donut~

eija_sweetmama said...

ermmm..sedapnya..tp nak wat sndiri malas..hik3..eija selalunya beli donut frozen jerk..terus goreng..heheh..

ZACK ENTRY said...

nampak sedap..=)



latest entry Resepi Tepung Pelita

Mas said...

wah ayu, montok2 donat ayu tu...

Unknown said...

nour

sis, mencuba resepi ibunda, dh 7 tahun berkawin...tak pernah memasak kuih...

sibuk jualan di CITARASA RINDUAN dan Bazzar, tahun nie special sikit..sis turun tangan,heheheeh...

alhamdullilah..akhirnya

Unknown said...

cikgu,

tapikan, terus terang nak kata..ayu suka dunkin donut...

susah nak jumpa kat sini, sbb ayu duduk pendalaman

wow...org depan rumah tu sure selalu hantar kuih utk family cikgu

Unknown said...

alinac

comel....macam empunya diri

gebu+comel....

sis, guna mauri - pan jer....resepi ibunda tercinta

Unknown said...

eija

tahun nie kiranya ayu byk masa terluang, lps sahur mengemas untuk persiapan raya

bila petang, boring tak ada kerja...tu yang nak asah lagi jari jemari yang keras nie...

bior makin lembut gitu...

Unknown said...

zack:

400 gram tepung gandum, dapat 25 biji donut...

nanti sis terjah blog kamu yer

Unknown said...

salam sis Mas

montok-montok, macam ayu nie gak...
baik jari, badan pun macam tu..terlebih kot...(lebih gebussss)

selamat mencuba sis

azieazah said...

Teringin..! Teringin..! Teringin..!

Nak buat, tapi tak penah lagi. hehehe nak kene try nihhh...

Unknown said...

sis azie

wajib...wajib..wajib...

wajib mencuba..pasti berjaya


hehehe