Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, August 5, 2010

BULAN PUASA BAKAL MENJELANG

Alhamdullilah, bulan ramadhan bakal menjelang….tidak terfikir akan bulan mulia yang dinantikan oleh umat islam di seluruh dunia itu kian menghampiri….hinggalah aku membaca akhbar metro Jumaat ( ada iklan duit dalam kotak minyak wangi tajaan One drop Perfume sempena lebaran)…

Time lihat iklan tersebut didada akhbar, tersenyum sipu sebab aku pernah memenangi minyak wangi selebriti semasa pertandingan Top Wanita FB Ben Ashaari. Terima kasih sekali lagi kepada Ben Ashaari yang banyak membuka mata dan mindaku tentang blogging, hinggalah dapat mengenali Abang Ee, Cik Mat Gebu, Cikgu Isza, Ayie Johor, Sis yatie, Sis Ummi dan para blogger yang lain yang bagiku otai-otai belaka…

Perasaan untuk menyambut bulan lebaran belum dirasai, memandangkan keadaan suamiku yang belum dapat berjalan seperti dahulu kala, hanya sempat bergurau senda di telefon dengan adik beradikku, yang mana aku inginkan sponser baju raya, beg raya, kasut raya dan keperluan raya yang lain (agak-agaklah…..gurauan mungkin boleh menjadi kenyataan) hahahahha……bolehkan Kak long dan Uda?

Mengikut doctor, suamiku akan mengambil masa beberapa bulan dihospital, memandangkan suamiku belum boleh berdiri secar normal. Ada effect di kaki kanannya seperti dijangkiti kuman. Hanya memakan antibiotic secara air yang dimasukkan ke uratnya dan menelannya melalui ubat jenis pil.

Apa yang perlu kulakukan sekarang, hanya menaikkan semula semangat suamiku menempuhi dugaan yang sedang berlaku kepada dirinya.

PS : ada sesiapa yang boleh hantar ketupat raya kehospital lebaran nanti?....


(ENTRY ADALAH BERJADUAL, UPDATE 30HB JULAI 2010, MAAF SEKIRANYA KOMEN ANDA TIDAK DIBALAS OLEH SAYA)

6 ulasan:

Lelord said...

hehehehe kalau akak g jb leh singgah :)

ISZA said...

salam ayu,
kalau dekat.. ingin rasanya segalanya dikongsi bersama...

saya doakan ayu sekeluarga akan sentiasa beroleh kesejahteraan..

kella said...

Semoga ada sinar baru Ramadhan ini.,'

InsyaAllah..

takecare! :)

Unknown said...

insya'allah ayu....

akak dgn b'besar hati akan hantar ketupat utk ayu n zalie raya nnti....insya'allah...

Nur Hawa Mohd Zin said...

heheh...hantar lemang blh? hehe...InysAllah kalu awe pergi JB raya ni awe datang ye kak

eija_sweetmama said...

kalau la eija dok JB..insyaallah bole singgah hantar ketupat..hhehe..semoga bulan rahmat bulan mulia yg akan dtg ini Allah limpahkan rezeki & permudahkan kehidupan ayu sekeluarga..AMIN