Assalamualaikum, selamat pagi…..semalam tak sempat nak tayang kuih roti jala berinti kat korang, semuanya gara-gara drama Epilog Syurga Cinta, roti jala berintiku tak comel-comel, gelebeh
Bercakap tentang Epilog Syurga Cinta, memang best gile, drama nie yang bersiaran pada 6.30 petang hingga 7.30 malam…. pasti mengganggu tumpuan aku menghadap juadah…tu yang kurang 15 minit aku terus offkan siaran, rugi? Biorlah janji aku dapat menunaikan ibadat berbuka dengan aman
Asalnya aku tersuka kat drama nie gara-gara di ward HIS menjaga En Suami…tu yang hingga kini aku demam ngan drama kegilaan ramai, payah
Yang pasti suka dengan lakonan si cilik Mysara (nama betul aku lupalah…..) dan si Aida (rupa iras-iras dato Siti Nurhaliza), walaupun mereka baru dalam bidang lakonan, namun ciri-ciri wanita terakhir ada kat depa berdua…Mysara walaupun baru berusia 4 tahun namun pandai memainkan karektanya sebagai adik yang sangat muslimah….Comel, cute….adeh…potongan rambut ada macam Nur Umairah anakku…
Yang sangat-sangat membuatkan aku suka tonton drama nie, Umai pasti mencemik bibirnya, cemburu lah tu kat Mysara…….hairan bin Ajaibnya tiap kali drama nie bersiaran Umai lah orang pertama yang jadi reminder kat aku….
“Ibu, citer kakak Mysara ……citer kakak Mysara dah start nie…cepatlah…..”(bak kata pepatah….benci tapi mahu)
PS: hari nie Ujian OSA (Obstructive Sleep Apnoea) di Hospital Sultanah Aminah dari jam 12 Tengahari -12 tengahari pada 25 ogos-26ogos 2010. sekiranya pihak hospital benarkan, aku akan menjaga suamiku disana…Automatiknya, aku akan bercuti sehari dari blogging. Terima kasih…
5 ulasan:
hehehehe,... kita pun layan gak gak.. sesambil masak.. sesambil layan... semalam cucur kita hangit! hehehe... samola kito.. :D
kella...
adeh...sakit perut sis tahan gelak...awak kena buat entry tu...sure ramai nk syer citer awk......
sangat best...awe tak tinggal pun...huhuh..awe dah ikut fesyen cikgu siti..hehe
awe
upload lah pic...sure kamu comel pakai tudung tu...
awe ada ok...jap lagi awe upload kak...heheh
Post a Comment