CITARASA RINDUAN

Wednesday, August 18, 2010

KURUS SALAH?, GEMUK LAGI LAH SALAH, susah juga nie


(ikhsan dari goggle, terima kasih en google)

Aku nak tanya pada wanita disana, yang disini pun boleh jawab dengan ikhlas, korang takut gemuk tak?...atau korang yang sedia kurus melidi..teringin nak gemuk tapi tak naik-naik bentuk badan korang, meleper ajer?...

Kalau yang namanya wanita...bila si abang, si tunang atau si suami dah start membebel, suka perli bentuk badan kita, bila lihat hamster, samakan kita dengan binatang spesis tu...atau yang lezer sikit samakan kita dengan anak badak....adoi......kecewa kan....? kan?....

Malah, bila body kita dah start naik atau terlebih `spear tyre`...kita dok susah hati..terus kuatkan azam...pi jogging, pi join poco-poco, berenang lah...masuk gym lah..tak pun yang ada duit lebih, buat rawatan yang depa caj ribu riban...

Risau beb, mana tak risau bila yang tersayang mula nak usya perempuan lain kat belakang kita, atau dah start jeling-jeling anak mak limah yang jual nasi kat bazar ramadhan. Makan ati lah kita.

Akhirnya, bila anak-anak kita minta masakkan makanan, kita dah tamo masak lagi, dah malas nak search internet atau masuk blog ramadhan yang ben dok cadangkan..kesianlah blog masakan yang terkenal macam cik mat gebu, ummi, mamafami, sis yatie....dah tak ada orang nak pi terjah.....(hehehehe, gurau jer yer chef-chef a.k.a sifu masakanku, korang jangan saman aku yer..minta ampun)

Yang jadi masalahnya, bila kita dah berperangai macam tu...akhirnya kita main beli ajer kat luar, sakit perut anak-anak kita,,,,sebab masakan kat bazar dah expied...tak pun beli masakan segera, KFC ker, PIZZA ker, bila dah muak hulur kat kita, kita pula tamo makan, akhirnya membazir..kalau ada ayam boleh gak baling belakang rumah..kalau yang duduk kat flat?....nak campak mana?

Yang body kurus melidi mulalah start nak gemuk ...cuba makan banyak-banyak, masak pelbagai makanan, beli produk gemuk biar cepat naik badan...akhirnya diri sendiri yang merana....mana tak merana, minum produk yang ada kandungan yang berbahaya, yang beracun....terlepeklah badan, badan sakit-sakit....tak dapat berpuasa sebab tak sihat

Bila masuk klinik, doktor caj entah apa-apa.....akhirnya duit yang ada, digunakan buat bayar beli ubat buat cover sakit sebab kesalahan diri sendiri...

Buat wanita disana aku beri cadangan, cukuplah apa yang kita ada sekarang, kalau dahulu kita pernah kurus, sekarang dah beranak pinak, body dah terkeluar sana sini a.k.a gebu atau kasarnya gemuk...Jika anda mula risau ianya mendatangkan penyakit..aku sarankan kurangkan makanan yang manis, yang masin, berlemak, atau berais, ambil makanan yang berkhasiat sahaja....senaman perlu diamalkan.


Buat wanita yang ingin gemuk, janganlah risau...asalkan anda sihat..alhamdullilah, itu dah memadai....buat senaman seminggu 3 kali...dapat jogging kat taman ker, dalam rumah ker dengan anak-anak..tak perlulah menyusahkan diri telan ubat yang bukan-bukan..

Dibulan puasa nie, ambil kesempatan...Insyallah pasti berjaya....kita wanita pasti boleh...


PS: ingatkan orang disini juga, `body awak dah terover gitu....`

6 ulasan:

Nur Hawa Mohd Zin said...

kurus sangat sampai macam penyakit kurus tu bahaya gak, gemok sangt sampai obes pun bahaya, yg pntg sehat dan bahagia..hehe..awe kalu pakwe awe ejek awe gemok..awe ejek dia balik...laki perempuan kene pandai jaga penampilan dan kesihatan...

azieazah said...

Pada Kak Azie, yang penting adalah positif dari semua segi. Pemikiran, cara dan harapan.

Kita kena positif. Jangan rasa gemuk tu penghalang untuk kita ceria, gembira, bahagia dsb. Kita berhak untuk menikmati hidup macam orang lain juga.

Syukur tiada penyakit serius, tapi gemuk sedikit. Ada banyak perkara lain lagi nak fikir selain dari runsing kerana gemuk.. hehehehe

azila said...

betul..yg penting jaga kesihatan..then automatik kecantikan akan dtg:)

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

awe

yang penting kita bersenam..sekurangnya leh hindar penyakit yang kronik

tapikan, kalau gemok sangat pun , hati jadi risau...mana leh sarung baju kebaya lagi.wawawawa

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

sis azie

mesti still mantain good looking n friendly, tu yang senang ati sahaja

suka bersahabat dgn sis.

TQ for shararing info..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

zla:
setuju..jaga kesihatan

ari-ari jogging ngan Umai..adoi..ponat2