Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, August 17, 2010

wahai isteri renungkanlah

Wahai isteri

Suamimu tidaklah semulia rasullulah

Perkahwinan itu membuka tabir rahsia
Suami yang menikahmu tidaklah semulai Rasullulah s.a.w
Tidaklah setaqwa nabi Ibrahim, tidak setabah nabi Ayub
Tidak segagah nabi musa, apatah lagi setampan Nabi Yusof

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
Yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung dan kamu penghuninya
Suami menjadi nahkoda dan kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon dan kamu adalah penonton setianya
Sekiranya suami menjadi bisa, kamulah penawarnya
Seandainya suami bengis dan lidah lancang, kamulah penyabar untuk memperingatkannya

Perkahwinan mengajar kita betapa perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memilik suami yang tidak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpha

Kerana kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna menjaganya
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Kamu hanya wanita akhir zaman yang berusaha menjadi isteri solehah



4 ulasan:

Nur Hawa Mohd Zin said...

kak awe nak amik isi n3 ni blh?

Unknown said...

boleh, nanti sis masukkan entry ttg suami pula...

Nur Hawa Mohd Zin said...

tentang suami yang older entri akak tu ke? awe amik gak..hehehe

Unknown said...

ok....sis alu-alukan