Sebenarnyakan kekawan….. aku tak nak bubuh resepi cucur nie kat sini, bukan apa…setelah mood kemurungan telah berlaku terhadap cucur merundum terlalu jauh hiingga ke dasar lautan..(ewah…berbahasa basi pulak)…aku hilang mood.
Dah kerana aku terlalu teruja nak buat kuih nie, hingga gatai tangan tulis kat wall FB awal2, kawan-kawan dah bertanya apa jadi ngan cucur aku tu?, ya lah…first time aku mencuba resepi ini
Maka,….atas permintaan sahabat dan kakak kesayanganku Puan Elee Mardina nun de
Akhirnya, mood nak update resepi nie datang dengan keghairahan yang melampau-lampau..sabor jer lah
Untuk sis elee ku persembahkan resepi ini untukmu…resepi asal oleh ibu tercinta PUAN JUMIAH BTE RAMLI, terima kasih my ibunda…
Bahan-bahannya
Tepung gandum 600gram
Minyak masak 500gram
Mauri-pan ½ bungkus yang jual seberat 11 gram sebungkus
Garam 1 sudu teh
Telur ayam 1 biji
Tumbuk udang kering 1 sudu the, bawang merah ½ biji dan 2 ulas bawang putih
Planta ½ sudu teh
Tauger 100 gram
Daun kucai 100 gram
Daun sop 50 gram
Air suam ½ liter
Serbuk kunyit atau perwarna kuning , sedikit
Udang basah 500 gram, kalau tukar dengan sayuran atau ikan bilis…boleh ajer
Sos cucur udang
Lada merah 300 gram )
Bawang putih 2 ulas )
Sos cili 2 sudu )
Garam 1/2 sudu the ) kesemuanya perlu di blander hingga lumat
Ajinamoto ½ sudu teh )
Gula 2 sudu )
Air masak 100 m )
Cara-cara membuatnya
- bubuh air suam ke mauri-pan, biarkan seketika dalam cawan. Masukkan tepung ke bekas untuk mengandum, masukkan bahan yang telah ditumbuk, planta,garam, telur, perwarna kuning berserta mauri pan.
- apabila siap mencampurkan kesemua bahan-bahan bubuh air suam sedikit demi sedikit, masukkan daun kucai, tauger dan daun sop
- panaskan minyak masak, buat bulatan untuk 1 biji cucur udang berserta seekor udang satu persatu, pastikan minyak cukup panas
- apabila warna cucur sudah kekuningan, ianya sudah boleh diangkat
- sedia untuk di makan seisi keluarga, jangan lupa hidang berserta sos diatas.
6 ulasan:
Ayu, mungkin akak ketinggalan zaman tapi ini ler first time akak baca resepi cucur udang guna Mauripan, butter dan juga telur. He he he... tapi akan ku cuba jugak. Terima kasih sayang. mwah mwah mwah. Akan akak cuba dan akak akan post. Tapi anak murid mana boleh lawan cikgu, kan? Ha ha ha...
sis elee
itu yang pelik dengan resepi ibunda ayu nie
but, mmg rangup, pic tak seindah kecantikan asli..sama-sama sis
akan ku tunggu...
PS. cikgu kat sini pun first time mencuba resepi ibunda,,
Wahhh sos tu yang tak tahan tuh. Tapi kami orang Utara selalu makan Cucur Udang dengan Kuah Kacang. Kak Azie tak berapa pandai masak sos tu. Selalu buat manjang tak jadi..
Thanks AYU.
sis azie
cubalah, kalau suka manis lebihkan sikit sos...gerenti rasanya membuatkan anak-anak suka
sama macam sis elee...moden betul cucr udang ni... nampak macam menyelerakan yer
kengkawan..
terima kasih ya
Post a Comment