Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, August 26, 2010

(KHAS UNTUK WANITA)JAGA ADAB- buat malu kaum sejenis sahaja


(kredit to mr goggle)

Assalamualaikum, selamat pagi...hari nie dah 16 hari umat islam menunaikan ibadat puasa, pejam celik pejam celik dah nak sambut lebaran, sekejap sahaja masa berlalu,semasa dibulan yang mulia inilah kita diuji dari segi rohani mahupun jasmani. Itulah lumrah kehidupan. Samada kita kuat menangani situasi atau sebaliknya.

Aku nak tegur sikit tentang perangai segelintir wanita… bukanlah arif sangat dalam bab bagi nasihat, mahupun bukan bertujuan nak aibkan sesiapa, maklumlah aku bukan counselor yang diiktiraf tapi, kalau sesama jenis nie baik lah kita sentiasa ingat meningati..

Wanita dikurniakan dengan sifat lemah lembut, penyayang dan berhati sensatif, tapi kalau dah start menengking, mengherdik atau menghina…itu dah dikira melampaui batas.

Kes nie ada kaitan dengan aku, kerana kejadian berlaku di hadapan mataku….

Korang cuba renungkan…(kalau lelaki yang terbaca..maaflah ya, kaumku ini sebenarnya kurnian Illahi yang sangat elok ciptaannya, hanya kadangkala terlebih emosi atau terlupa diri…)

Apek: Adik, saya datang mahu angkat ubat.

Wanita: apek….ini temujanji jam 8 pagi, apa pasal datang jam 1.30 tengahari…apek tak tahu baca ker?...doktor tak ada…dah rehat.

Apek: (menggarukan kepalanya, walaupun dia akui kesilapannya) Anak saya tak boleh hantar, saya tak boleh pandu sendiri, sekarang baru ada senang, boleh angkat itu ubat ker?

Wanita: apek…..tak faham bahasa ker?...doktor sudah balik….apek baliklah….lain kali ikut itu tarikh dan masa, sekarang apek balik, sebulan lagi saya bagi tarikh baru boleh datang.

Apek: Boleh tolong saya ker?...saya sakit

Wanita: (dengan mata dan bahasa kasarnya) lu balik…lu balik……ini bukan tempat suka-suka datang, suka-suka jalan. Sendiri sakit, sendiri tak ikut masa….

Apek: (terlopong mulutnya, menundukkan kepala…)

Rentetan dari peristiwa tersebut, beberapa pesakit yang menunggu doctor bercakap sesama mereka…ada pesakit lelaki tua, membisikan sesuatu pada aku..namun dalam suara yang boleh didengari oleh 2 deret kerusi.

Pakcik: kalau wanita yang suka marah-marah, tak kisahlah datang bulan ker, penat ker, puasa ker,tapi kita satu Negara, cubalah bertutur yang elok-elok….buat malu kaum Melayu sahaja…buat malu kaum awak sahaja…

Aku: (terkejut dengan soalan dari mulut pakcik itu) Saya pun terasa dengan kata-kata wanita itu…nak buat macamana bulan puasa, sabar ajerlah pakcik……ini tempat dia, dia boleh tutur dan buat apa sahaja.

Pakcik: Habis tu? Boleh herdik atau bentak sesiapa ikut suka jer ker, tak kira usia?

Aku: (bukan tamo panjangkan cerita, kerana masa tu pun aku tak kuasa nak layan pekara yang memeningkan kepala…amanahku hanya untuk suami tercinta dan Umai yang memegang buku dikerusi kananku nasibku baik, kebetulan nombor giliran suamiku dipanggil) Maaflah pakcik, nombor giliran suami saya dah tiba, saya pergi dahulu…

PS: bukan susahpun, doctor on call kan ada, penyelesaiannya, apek itu balik ke rumah dengan sebungkus ubatan…abis cerita….satu bangsa satu bahasa......

14 ulasan:

dieya said...

ish.. betul laa.. memang buat malu org melayu + perempuan + Islam pulak tu! kalau ye pun nak suruh apek tu balik, takkan tak boleh cakap baik2.. ish!

Nur Hawa Mohd Zin said...

akak..mereka yang keje macm tu mmg berlagak kak..padahal bukan doc pun..apa salah setakat bagi ubat tu..dah setel, dosa tak dopat, kutuk tak dapat.pahal dapat adalah..kalu awe..awe sound je kak

ct_nurmarlissaa said...

whaoooo..sungguh kurang sopan....

azieazah said...

Kejadian tu ternyata menyimpang dari tema Hari Wanita semalam... huh!

kella said...

ya Allah! cukup terasa kita! kenapa jatuhkan maruah jatuhkan air muka sebegitu! malu kak malu..

semoga kita simpang la dari sifat tinggi diri, sombong..

kella said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

dieya

SIS malu gak time tu, tapi nak dengar apa y berlaku seterusnya....

Unknown said...

awe

itu namanya besor kepala..lebih kuah dr sudu,

biasalah kan....

Unknown said...

sis siti

kurang asam sangat2.....buat malu kaum kita

Unknown said...

sis azie

sangat2 tragis,,,

tema hari wanita ?...rasanya bukan wanita kot, rambut tutup...suara? rabak.....adeh..

Unknown said...

kella,

tapikan,,,,

rata-rata kaum akak semuanya tunduk bawah, malu ngan perempuan tu..

nak jer sis amik video..bubuh dlm fb...sabor ajerlah


nasib apek tua tu dpt ubat, baliklah dia walaupun br kena herdik.....

Nur Hawa Mohd Zin said...

ni awe saiz senduk mana beso...heheh

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

bini sapa la nanti tu

Lelord said...

alahai.....btul la doktor on call an ade...nape la wat camtu malu la weiii