Assalamualaikum, salam ramadhan kepada sahabat blogger sekalian, walaupun kita dah menjalani ibadat puasa selama 5 hari, namun aku belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada umat islam walau dimana anda berada. Sebelum nie tak sempat nak ucap hanya di FB, ku tahu kalian yang rapat denganku memahami situasiku.
Sebenarnya sudah sekian lama aku tak berblogging….aku rindu nak kongsi tentang CITARASA RINDUAN dan kisah kehidupanku, aku asyik kongsi cerita duka antara aku dengan en zalie tercinta,,,,dan akhirnya berita yang paling kunantikan setelah sekian lama aku tinggalkan kalian, aku sudah boleh berblogging semula…syukur alhamdullilah
En Zalie pun dah pulang ke rumah malam kemarin iaitu 13 hb ogos 2010..syukur doa aku dan orang disekelilingku dimakburkan tuhan…walaupun dugaan yang melanda…aku dihujani dengan ucapan kata-kata semangat dari temanku khususnya ahli keluargaku, keempat-empat orang tua kami dan kalian semua samada yang selalu mengikuti blog CITARASA RINDUAN atau FACEBOOK SITI RAHAYU AB, RAHMAN.
Tiada kata yang indah hanyalah ucapan terima kasih kepada kalian semua….walaupun semangatku kuat, namun bila bersendirian akan tertumpah jua mutiara di hujung anak mataku..bilaku kongsi cerita dengan kalian, ianya satu perasaan yang mungkin anda anggap cerita simpati…namun, bila ku lepaskan ianya melegakan segala beban di dalam hatiku…
Akhir kata, anda semua merupakan sahabat alam mayaku yang paling istimewa…
PS ; ingin ku dedekasikan nama anda…namun ku fikirkan biarlah nama anda tersemat di dada, ianya rahsia…..ada masa ku akan terjah blog dan FB kalian…
4 ulasan:
salam ramadhan k.ayu..semoga mendapat keberkatan atas semua amalan yang dilaksanakan...
Salam Ramadhan Ayu.alhamdulilah dah selamt kembali kerumah bersama sang suamimu..syukur..semoga Ramdahan ni memberi sinar bahagia dlm hidupmu,Amin..
salam ramadhan ayu, Alhamdudillah suami ayu dah boleh balik rumah...moga suami ayu makin sihat yer...selamat berpuasa buat ayu sekeluarga...
welcome back dear fren
Post a Comment