Eeekk, alhamdullilah, kenyang sudah, dapat 6 hari berpuasa. Korang berbuka apa tadi ya?, mesti depan mata terhidang pelbagai menu, dengan air pelbagai warna,lepas berbuka..pakat anak beranak pi terawih…
Nasiblah aku tak kantoi puasa ari nie, lepas cuci langsir dan cermin tingkap, dapatlah dalam 6 tingkat…perut terus buat hal pada jam 12 tengahari, macam lah baru belajor puasa sehari….teruk betul…
Bercerita tentang kantoi puasa, waktu aku berumur 6 tahun, aku dah start belajar puasa, waktu tu memang lambat gak aku boleh tahan nafsu dari makan dan minum, maklumlah bila adik beradik rapat-rapat, gerenti kami adik beradik tak leh tahan godaan.
Seingat aku time aku
Bila aku sebut udang, gerenti korang mesti dah dapat jawap apa kuih peberet aku tu… cucur udang …ibu kalau masak..peeh…meleleq air liurku.kuah sambal dia pun sedap…tak pedas sangat, tak masam sangat, tak manis sangat… sampai sekarang aku yang tak pandai-pandai buat sambal sesedap air tangan ibu……
Bebalik kepada cerita asal, dari pagi sampai ke petang …kiranya aku masih lagi kuat iman..still berpuasa,aku lebih banyak tidur dari main dan bergurau-gurau dengan adik beradik aku…itu yang masih ada tenaga nak teruskan puasa.
Sampailah ke lewat petang, bila ke dapur ibu sedang menggoreng cucur peberet aku tu…harumnya baunya, mana tak harum beb, ada daun kucai dengan tauger tu.. Ya, Allah aku dah tak sabar nak ngapp.. time tu juga, nasib lah ibu ada kat situ, kalau dia tak ada, kantoi puasa aku. Mana taknya, perut buat hal..main lagu keroncong, sampai krukk…krook…bunyinya…
Entah macamana ibu tak ada di sisi aku, rasanya dia pi hantar juadah ke jiran sebelah, biasalah duduk kawasan felda,,kami suka bertukar-tukar juadah, zaman kini..aku dah tak pernah rasa lagi suasana macam dahulu…itulah orang tua kita, suka ambil berkat dibulan ramadhan..sambil merapatkan ikatan kejiranan boleh gak bersedekah…
Yang paling best kami adik beradiklah..boleh rasa pelbagai menu…dulu mana ada bazzar atau makcik-makcik jual makanan kat tepi jalan, tak lakulah kalau jual….orang dahulu memang rajin ke dapur…sediakan makanan kegemaran untuk suami dan anak-anak…sebut ajerlah nak mee goreng ker, nak bubur ker, pengat ker…time tu juga di masak untuk juadah berbuka
Masa ibu tak ada..time tulah adik aku datang ke dapur, umur adik aku time tu 3 tahun, masih menyusu botol..suka-suka jer terus ambil sebiji cucur tu…eik, aku dah tak leh control diri, mana tahan beb…adik aku makan sambil buat muka macam orang kebulur tak pernah makan, dengan mata sepetnya ala-ala cina....sajer bikin ketahanan iman aku kian goyang.
Aku pusing kiri ke kanan, ibu belum balik ke rumah lagi,.maknanya ada peluang nak ngap sebiji dua,,,,,,jeng-jeng tangan kanan aku dah start menggigil, mata tak kedip-kedip pandang atas bawah, kiri dan kanan…melilau..boleh juling jadinya….
Aku teruskan misi….harus makan sebiji…mana pikir masa tu dah hampir-hampir nak berbuka…aku panjangkan langkah lagi..satu..dua…tiga….tangan terus mencapai sasaran…
Air liur dah tak leh control, menjejeh…tak henti-henti beb,…
“Oiii, tak puasa eik?....”
Kepala tak berani nak paling ke belakang, jangan paling…gerenti kena marah, tapi kompius gak, kena ibu tak makin hampir kat aku…waktu tu aku memang belum sempat capai lagi..kiranya tangan kanan hanya sempat capai piring kuih.
Tak boleh jadi nie, terus aku pusing kebelakang, aduh…..kak long aku rupanya yang sergah..ingat ibu, yang paling buatkan wajahku bertukar ke warna hijau,,,,,kak long aku dengan selambanya makan cucur tu tanpa perasaan bersalah….
PS: yang pasti memory itu tetap bersemat dihati…aku berjaya berpuasa pada pertama kali aku mencubanya…
9 ulasan:
selamat berpuasa kak..awe satu hari pun belum dapat lagi..tak sabar nak pose esok..pose sunat ngan pose Ramadhan lain rasanya..
selamat berpuasa sayang....
itulah kan...tak sama kalau kantoi puasa, nak makan pun malu......berani teguk air jer, tu pun jauh2 jgn sampai umai nampak..
Sungguh nostalgia bila kenang perangai sendiri masa kecil di bulan posa, kan?
Perhhh Cucur Udang...! my paberet too...
Cicah dgn Kuah Kacang pun sedap.
sis azie...salam ramadhan
bila dah pulang ke rumah, hati dah lapang...ada jer nak kongsi cerita
bab sambal kacang kan..memang sodap..tapi nak makan lebih2...risau kaki berat (gout)...hehhe
dah dapat makan cucur udang.. ngidamlah ceritanya.. nak yang macam orang dulu2 buat.. orang sekarang buat lain..
alhamdulillah... seronok dengar cerita ayu yang kkembali ceria walaupun hanya yang menanggungnya tahu...
semoga terus tabah yer..
cikgu salam ramadhan
ayu lum dapat makan lagi,
tq sbb selalu beri kata-kata semangat untuk ayu teruskan perjuangan...
hanya yang dah lalui sahaja yang tahu...
terima kasih cikgu......semoga cikgu diberi keberkatan di bulan yang mulia..amin
hehe.. cete Ayu ni mngingatkan akak pnah minum air sejuk time tghari bln pose, pas tu smbung pose balik.. hehe... syhhhhhhhh!
sis sari yusa
ahakss.....gelak panjang nie.....senyap2 eik...dulu mana ada dpat dosa...bebudak...hehehehehe
awe time aritu sakit kat ofis jadi nk mtk permission balik terpaksa cakap 'sakit perut'..jadi terpaksa lah...adoyai..malu mmg malu tapi mereka pangkat abah jek..
Post a Comment