Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, August 25, 2010

TAHNIAH, AKU DAPAT ANAK LAGI…


Adeh, bunyi entry bergegar jer, gempaq sudah…macam aku yang bersalin….hehehehehh…..jangan mare yer, okey aku nak habaq kat korang nie, rakan blogger kita Azian Muhammad, baru melahirkan seorang putera pada 22 hb ogos 2010…..11.37 malam,seberat 2.84kg, alhamdullilah, kini beliau sudah memperolehi 2 orang cahaya mata..

Malam semalam dalam jam 7.55 Malam, beliau telah menghantar system pesanan ringkas ke handphoneku…

Salam, selamat berbuka,k.ayu sihat? Harap semuanya ok, just nak bagitahu saya dah selamat bersalin. Baby boy, 2.84 kg 22hb 11.37 malam-azian-

Tahniah ku ucapkan kepada beliau, semoga beliau sihat dan dapat menjaga anaknya dengan baik, maklumlah suaminya pun ringan tulang, senanglah Azian menguruskan si kecil.

Kali pertama dan terakhir bersua dengan beliau,sebelum Azian belum bersalin, dia dan keluarganya datang berkunjung ke CITARASA RINDUAN dan ke rumah CIK MAT GEBU. Tak silap aku 2 minggu sebelum suamiku dimasukkan ke hospital Pakar Putri.

Untuk pergi ke blognya korang klik sini.

PS: tambah lagi budget duit raya……….

2 ulasan:

Nur Hawa Mohd Zin said...

salam kak...tjok gempak je..heheh...tahniah pada yang dapat anak...semoga anak2 mereka membesar dengan sehat dan penuh kasih sayang dan ajaran islam...amin...

~ mana tau akak nak tambah lagi..heheh ~

azieazah said...

Bestnya dapat anak tambahan lak di bulan Ramadhan ni. Mesti tambah meriah raya nanti..

Tahniah tu AZIAN.. Moga anak dan ibu sihat.