Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, August 24, 2010

HIBURAN ADALAH ERTI KEMERDEKAAN?


Seminggu lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 tahun, jesteru itu kita sebagai pewaris Negara pasti menyambut dengan pelbagai cara..ada yang menunjukkan erti kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing, di premis atau rumah dan sebagainya. Adakah itu sudah mencukupi?

Begitu juga dengan stesen tv atau media, mereka berlumba-lumba mencari altenatif untuk menarik perhatian penonton, samada dengan dekumentari, drama pendek tentang kemerdekaan atau hiburan nyanyian dari artis yang mendengdangkan lagu patrotik mahupun lagu-lagu santai. Setujukan kalian?

Aku begitu bangga, sebagai anak Malaysia kita kaya dengan kemewahan hasil dari penat lelah datok mayang kita yang berjuang untuk menegakkan kemedekaan..

Namun, aku terkilan dengan pewaris era kini, yang menganggap remeh atas perjuangan mereka, bagi mereka merdeka adalah hari cuti yang hanya disambut di tempat-tempat istirehat seperti kawasan air terjun, pantai dan sebagainya ataupun, merdeka hanya disambut di hadapan jam yang menunjukkan detik 12 tengahmalam pada setiap 31 ogos dengan pekikkan dan lolongan kemudian disusuli dengan hiburan semata-mata..

Ada yang lebih merdeka, melakukan perbuatan haram seperti menonggak minuman keras, hubungan seks atau sebagainya, Nauzubbilla……itulah reality era kini,,

Bunyinya agak menggerunkan, namun itulah yang berlaku era kini…

PS: pandang wajah anak-anak kita, adik kita, saudara kita……pupuklah erti kemerdekaan yang sebenar agar mereka tahu susah payah datuk moyang kita menegakkan kemerdekaan. Itulah cara agar menunjukkan kita ingin merdeka dari dibelenggu masalah social pewaris Negara…MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA

5 ulasan:

kella said...

Yess!! Merdeka! Merdeka! Merdeka..

letakkan ke tepi sinis sinisan pertikaian kemerdekaan ni..

sendiri tanamkan dan pupuk dalam diri cintakan negara! sayangkan Malaysia..

i love Malaysia! so much!

kella said...

Selamat Pagi... :)

Unknown said...

selamat pagi sayang

wow..semangat adik sis nie...

i like u., n love Malaysia

azieazah said...

Sudah semakin kurang semangat patriotik pada generasi sekarang kan?

Unknown said...

sis azie...

yang ayu nampak dan dengar...depa suka lepak kat pantai....bt bising....bt maksiat.....sedih sangat..

hiburan adalah hari merdeka bg mereka