CITARASA RINDUAN

Monday, August 23, 2010

KARIPAP INTI AYAM

Assalamualaikum, selamat malam……alhamdullilah, dah 13 hari kita berpuasa,syukur kerana kita diberi peluang sehari lagi untuk menunaikan ibadat puasa…semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki

Hari nie kan hari ulang tahun perkahwinan aku yang ke tujuh, tujuh tahun menjadi suri kepada MOHAMAD RAZALI HAMIS, suka duka adalah rencah kehidupan…alhamdullilah jodoh kami kuat, masih bersama,…semoga panjang jodoh kami kekal hingga ke hujung hayat..amin

Hari niekan, tak adalah menu istimewa nak kongsi ngan korang…hanya menguji kemahiran yang tak betapa sempurna untuk diri sendiri..akhirnya terhasillah karipap inti ayam, resepi nie aku ambil dari sis Mas (duniaku)…terima kasih sis Mas, tapikan adalah aku derhaka sedikit..bukan niat nak menambah-nambah atau mengolah resepi…tapikan…aku kekurangan rencah di peti ais…itu yang terolah sedikit dari resepi asal…minta maaf sis Mas

Untuk kulit karipap inti ayam ini aku perolehi dari ibunda JUMIAH RAMLI terima kasih bonda,.


Jom kita semak sedikit resepi mudah ini

Bahan-bahannya

Kulit(tepung)

Tepung gandum 400gram

Minyak masak 10gram dipanaskan

Planta 2 sudu the dipanaskan diatas api

Air Garam suam

Inti Ayam

Keledek dan kentang 5 biji (dipotong dadu)

Serbuk kari ayam 1 bungkus RM 0.60

Bawang merah 3 biji blander

Bawang putih 2 biji blander

Ikan bilis atau udang kering (secukup rasa) blander

Garam 1 sudu teh

Ajinamoto 1 sudu teh

Gula 1 sudu teh

Isi ayam (bahagian dada) dipotong dadu

Daun kari

Daun sop

Minyak masak 10gram

Sedikit air


Cara-cara membuatnya

Kulit

  1. masukkan tepung gandum ke dalam bekas,tuang minyak dan planta pastikan masih panas, ianya pasti menghasilkan kulit karipap yang rangup
  2. uli tepung tersebut, masukkan air garam suam sedikit demi sedikit
  3. apabila sudah sekata dan lembut, buat bulatan untuk menghasilkan sebiji kulit karipap, ulang hingga habis.

Inti ayam

  1. panaskan minyak, masukkan daun kari, tumis bawang merah,putih dan ikan bilis/udang kering hingga naik bau, masukkan serbuk kari ayam.
  2. masukkan kentang/keledek/isi ayam, gaulkan dengan garam, ajinamoto, garam dan sedikit air
  3. tunggu hingga isi karipap itu empuk, perlahankan api, masukkan daun sop..apabila sudah empuk dan kering matikan api. Sejukkan inti ayam ini supaya inti tidak cepat basi.

Cara menjadikan sebiji karipap

  1. ambil sebiji kulit karipap, leperkan dengan mengelek mengunakan roll,
  2. masukkan isi inti ayam –terpulang anda samada isi dibubuh sedikit atau banyak,
  3. bentuk sama ada dengan kreativiti sendiri atau pencetak.
  4. panaskan minyak masak, apabila minyak panas, perlahankan api baru masukkan satu persatu karipap yang sudah terhasil
  5. apabila karipap masak kekuningan, angkat dan sedia untuk dihidang

SELAMAT MENCUBA

12 ulasan:

azieazah said...

AYUUUUU...

kita baru jer baca resipi tu kat blog MAS dah plan nak buat inti yg ada telur rebus tu, dia dah buat duluuuu... tak aci laaarrrr.. wuaaaa!

ini tak boleh jadi, Kak Azie kena buat jugak..hehehehe

Nur Hawa Mohd Zin said...

singgah walau sakit kepala

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

sis azie

hahahahha...sakit perut ayu tahan gelak nie

cuba sis..kreadit to sis MAS DUNIAKU

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

awe

banyakkan rehat sayang..

semoga segera sembuh, kamu kepenatan sbb persembahan itu hari kot.....

Nur Hawa Mohd Zin said...

tq kak mungkin kot..pastu tadi kat ofis penat jugak...huhuh

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

yer..kamu pi kluar masuk opis..turun naik mahkamah...

istirehat sayang

cikgu isza said...

selamat ulangtahun..
semoga cekal mengharungi ujian yang mendatang dan berbahagia selalu hendaknya..

gebu jer nampak karipap tu.. :D

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

cikgu

terima kasih atas doa cikgu terhadap hubungan kami

bab gebu tukan..kalau minyak plus planta...lagi-lagi yang masih panas...sure menjadi, ranggup jer

mas said...

salam ayu, dah buat yer karipap inti sedap tu...nampak cantik2 karipap ayu tu...memang sedap kan ....maceh yer mencuba...
selamat ulangtahun untuk ayu dan suami...moga rumahtangga kalian kekal abadi selamanya...moga bahagia selalu dan sentiasa dirahmati, diberkati Allah sentiasa...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam sis

tq yer sebab sharing resepi..ayu terpaksa derhaka sikit....sebab en suami tak leh makan daging lembu dan telur...

minta maaf eik...heheheheh

terima kasih atas ucapan dan doa sis itu yang pasti ayu bersyukur berkawan dengan sis.....

PS : sukar nak cari sahabat yang terbaik dialam reality...akhirnya bertemu jodoh.....terima kasih sis

kella said...

amboi... makin jadi2 nih...
gerenti kalau kita jumpa mesti dpt makan best2 kan.. hehehe..

selamat pagi k ayu..

selamat berpuasa.. :)

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

selamat pagi kellaku sayang

adeh....makin lama makin panasss...makin sejuk....hahahahha.....

insyallah..sis pun ingin sekali mengenali kamu