Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, August 22, 2010

SELAMAT HARI LAHIR KHAS UNTUK AYAH MERTUAKU


Assalamualaikum, salam ahad para sahabat….hari nie hari yang amat bermakna, hari ulang tahun kelahiran ayah mertua ayu iaitu HAMIS B ABU yang ke 54 tahun, ayu mendoakan agar beliau sentiasa dalam keadaan sihat waafiat dan dilindungi olehNya.

Hari nie, CITARASA RINDUAN ditutup disebabkan seorang pekerja awal-awal dah minta cuti pulang ke kampungnya, disebabkan hari nie ulang tahun kelahiran ayah, ayah ambil kesempatan untuk bercuti selama sehari.

Kami anak beranak meraikan hari gembira ini dengan menghidangkan menu yang ayah gemari, antaranya

1. mee hoon soto

2. pau sambal

3. air buah-buahan

4. mee goreng

5. roti jala/ kari ayam

6. kek aising perasa strawberry (dibeli dikedai berdekatan)

seronok sangat bila dapat berkumpul, lapan orang kesemuanya, termasuk Umai dan sahabat mieja, kugelarnya adik kerana beliau amat rapat dengan keluarga kami.

Inilah detik yang amat istimewa sepanjang ramadhan berlalu.

PS cari peluang untuk berbuka bersama keluarga sendiri di tenggaroh, mersing…insyallah…pasti akan berkumpul…amin

0 ulasan: