CITARASA RINDUAN

Friday, August 27, 2010

KES ROGOL- semakin menjadi-jadi-

(PICTURE FROM FB)

Aku pening dan serba salah dengan keadaan ahli keluarga era zaman kini, acapkali aku terdengar, terbaca atau berkongsi cerita dengan sesiapa tentang masalah sumbang mahram……

Baru sebentar tadi di tv3 jam 7 malam, menyiarkan berita tentang 5 orang adik beradik perempuan dirogol abang kandungnya sejak berusia seawal 11 tahun sehingga 7 tahun berlalu, ditambah dengan ayah kandungnya yang menagih dadah….. nauzuilla….

Bertambah pilu apabila aku terdengar…………….

  • Abang rogol adik
  • Abah rogol anak
  • Atuk rogol cucu
  • Pak saudara rogol anak sedara

Dimana sifat pengasih dan penyayang mereka-mereka itu?...tak sedar ker merekalah sebenarnya penyelamat bagi pemangsa tersebut. Sudah hilang iman? Apatah lagi sifat segan pada pemangsa tersebut….

Teringat masa aku kecil, tak punya adik beradik lelaki, tapi penuh dengan kasih sayang dari abah dan pakcik saudara lelaki, malahan atuk turut menjaga kebajikan aku, bila aku kata nak makan aiskrim,,sanggup atok pandu Van ikannya ke kedai cik Bibah untuk penuhi kehendak aku. Bila aku demam, dikejutkan doctor Suraya di klinik Senai…begitu besarnya pengorbanan mereka..

Teringat juga, tentang sepupu lelakiku…apabila ada Budak lelaki nakal

yang cuba mengugut atau mengejek aku, sudah semestinya sepupu aku serang penyangak tu semula. Hebat jua aku, dikelilingi lelaki yang sebenarnya bernama lelaki sejati…

Ingatlah para lelaki yang bertopengkan manusia dan bertuhankan nafsu…..perempuan dijadikan dari rusuk lelaki olehNya, renungkanlah…..perempuan jua insan yang lemah yang harus dibimbing kejalan yang benar bukan kejalan penyesatan……

PS: semakin pupus lelaki zaman kini, semakin menjadi-jadi nafsu sarakah mereka…nauzubilla….

8 ulasan:

Nur Hawa Mohd Zin said...

tadi tengok berita abang merogol 5 adik beradik perempuan dia sejak laki tu umur 11 sampai 18 tahun skunk..dan adik perempuan 5tahun pun dia rogol..awe GERAM ngan jantan macam tu...apa nasib adik beradik dia? masa depan? tak tahu ke tanggunjawab anak lelaki terhadap mak dan adik beradik perempuan sangat berat

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

awe

tulah berita yang menjadi entry sis malam nie...

sis terkilan sbb lelaki y dipanggil penyelamat menjadi neraka bg adik beradik mereka...

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe kalu jumpa mamat tu memang aku nak lempang2 dia..tak pun potong jer....awe tak suke kisah macam ni sejak awe sekolah lagi kak...benci sangat...

manusia zaman skunk dah tak kenal agama

cikgu isza said...

salam ayu,
orang dah kata.. segalanya bermula dari rumah tapi ramai yang ambil mudah..
bila jadi kes sana sini menuding jari..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

awe

kalau sis jumpa depa?...sis suruh penyangak yang terlebih ganas pi caul dia balik, bior dia rasa sakit seperti pemangsa yang menderita mengharungi semua kesulitan

semoga klrg kita dijauhkan dr sumbang mahram...amin

Siti Ruhayu Ab Rahman said...
This comment has been removed by the author.
Nur Hawa Mohd Zin said...

alhamdulillah fmily awe tak seperti mereka..sangat sedih

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam cikgu isza

mmg jelas lagi bersuluh, kalau ayah dan ibu tak amil penekanan...maka hancurlah generasi kini....

minta dijauhkan ya cikgu dr family kita..amin