Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label benci. Show all posts
Showing posts with label benci. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Hoi!!!!


Aku bukan jenis pemarah. Apatah lagi nak hangin satu badan tak bersebab......
Semalam bila ke blog sinar Raudah, Blogger Amy... jua mengalami masalah tentang AKU BUKAN KURANG AJAR OK.. sangat menarik entrynya..siap aku komen cara nak atasi... tapi.....
Bila kena dekat diri sendiri..... alahai.......

Jom, ikuti situasiku pagi tadi dalam jam 8.30 pagi

**********************
Pelanggan:Ambilkan nasi lemak ayam

Aku : sekejap lagi saya hantar ke meja abang
Kebetulan datang customer lain, ku layani order pelanggan ke 2, sambil tanganku lincah menyediakan nasi lemak ayam pelanggan pertama

Pelanggan: hoi.......hoi
(antara aku dengan pelanggan pertama memang jauh, dalam 6-7 langkah. Sebab pelanggan pertama sudah duduk di mejanya)

Tapi...... disinilah punca aku rasa tak puas hati, dan disini bukan aku kurang ajar okey!!

Ku balas dan ku toleh dengan senyuman, walau hati aku geram dan amat benci

Aku : abang, nama saya Ayu, bukan hoi.... ini nasi lemak abang, ada apa yang kurang? (masih ku lempar senyuman, entahlah mungkin senyuman ku itu tak ikhlas, atau senyuman sakit hati)

Pelanggan : eik, (mungkin terkejut...) cik ayu, saya tak mahu kacang dan ikan bilis yer


PS: kalaulah dia beritahu awal-awal. Mungkin kejadian ini tak berlaku... tapi yang paling bengang, sebab pelanggan pertama adalah pelanggan setia., dia tahu namaku... tapi... kenapa mesti guna ayat Hoi!!! Untuk memanggilku?????? Elok bukan jika dia tak tahu namaku.. tiak sahaja kakak, makcik atau nenek!!

Wednesday, March 23, 2011

FUH!!!Menyampahnya....

Resam dunia perniagaan…….
Bila mempunyai lebih daripada seorang pekerja
Ada manis….
Ada tawa……
Ada garam…….
Ada rasa……..

Namun, sekirannya mereka ketawa..
Aku turut tawa tanda suka
Sekiranya mereka menangis….
Ku hulurkan bahu dan telinga
tanda memahami situasi mereka
Sekiranya mereka geram….
Ku hulurkan kata-kata berbentuk nasihat

Namun, sekuat mana aku…sekuat mana semangatku..
Adakala aku seakan mahu terbang jauh….pergi meninggalkan dunia nyata
Ingin sekali menjadi seorang puteri yang dibelai manja
Ingin sekali menjadi permaisuri yang disaluti intan permata…
Ingin sekali menjadi penyanyi yang dipuja dan dicinta

Namun apakah dayaku?
Kerana seorang pekerja punya angkara,..seharian aku tidak rehat secukupnya…berlamaan di citarasa rinduan
Merajuk seorang, menyusahkan semua kawan-kawan
Malah menyusahkan aku sebagai majikan…
FUH!!!Menyampahnya!!!!

PS: aku penat……..fizikal mahupun mental…lamanya jam 11 malam….Huah!!! aku nak balik rumah…….

Tuesday, February 15, 2011

Sayang…..ko buatku geram!!!


Dah 4 bulan aku bersamanya..
Masih kekok dan canggung dibuatnya
Siang ke malam aku pening kepala memikirkannya
Apa nak jadi dengan dia?? aku stressnya…

Awal-awal hidupku jadi mudah
Senyum meleretlah hingga ketawa terdekah-dekah
Sambil blogging aku lihat dunia luar nan indah
Kerja rumah siap kawan pun sudah kujelajah

Namun, 2 bulan kemudian dia dah stat dah
Hingga oksigenku kurasakan sifar dup.. dah.. dup.. dah…
Memang menyukarkan daku Ah!!…sudah
Dia buat hal…aku tak dapat nak riadahlah!!…..

Bila ku temukan pakar, ko boleh pulang
Alhamdullilah sattle, aku senyum bukan kepalang
Dapat gunakan semula ibarat aku tonton kuda kepang
Namun,2 hari ini masalah lain mendatang

Oh…..mesin basuh auto ku sayang
Kau buatkan aku geram tak terbilang
Mujur hari ini masalah itu dah melayang
Hanya kerana batang paip aura blogging ku meghilang…..


PS: hari ini basuh baju 2 bakul…ada sesiapa nak tolong sidaikan?? Upah macam biasa 20sen……hahahhahah

Tetap senyum walau dalam stress…………….peace!!!

Saturday, December 18, 2010

Kata cintakan arwah, mengapa kubur masih merah, dah mula sms isteri orang??

Inilah dikatakan mulut manusia…ringan berbicara dan mengeluarkan kata-kata simpati….

Mulut? tiada tulang…bila terlajak, nak undur ikut haluan arah yang mana?? Tetap tempat yang sama. Nak tak nak terjelir-jelir jugak..

Aku bukan nak tujukan pada sesiapa…tapi ini ikut cara ku….adat manusia ada rasa dan perasaan…bila ditinggalkan pergi hati dah start rasa kosong….

Bila hati dah kosong??? Kata setia dah merayau-rayau…lelaki, mana boleh tahan?

Kalau sebulan okeylah lagi..kalau 2 bulan??? Sure cari pengganti..

Kan? Kan?

PS: Benci dengan lelaki hipokrit

.

Wednesday, December 15, 2010

Top upkan hp abah sekarang, abah dibalai polis

Astafirullah,….apa perasan korang kalau dapat sms seperti ini

Tlong top up crdit 30rm k nmbr baru abah 0128640261, abah lgi ada mslah kat balai polis, don`t call abah. Lepas crdit masuk bru abah call

Perasaan aku? Tersangat gabra, risau,,,rasa sedih bila orang yang tersayang dilanda masalah..

Tapi..aku tarik nafas dalam-dalam., memang abah dan ibu dalam perjalanan ke kuala Lumpur, bertemu adik beradikku yang tiga orang disana, yang buat aku boleh cool..bila aku tersedar abah tak reti sms, apatah lagi nak gunakan perkataan bahasa english, nombor handphone pun agak pelik +6285215126848

Macam-macam hal dan cara penipu zaman era kini…

Kalaulah aku selemah dan tidak dapat berfikir panjang,..agak-agak korang??



PS: syukur, syukur..aku terlepas dari bahana penipuan..

Monday, December 13, 2010

Banyak Jerawat ker aku nie??

Kakak Nor: “adik nie, anak abang Hamis ker?”

Aku: “bukan, saya menantu”

Kakak Nor: tolong kumpulkan kawan-kawan, kak nak buat demo untuk facial muka. Harga lebih kurang dengan spa diluar, kalau diluar RM---, dengan kak RM---

(Punyalah laju kakak Nor tu terangkan…dah lah tak beri salam, tak ada nak minta izin pun, terus terjah niatnya….sabor jerlah aku?

Korang nak tahu apa jawapanku?

Aku: “maaf kak, saya tak ada kawan disini, saya kan menantu bukan orang sini..”lagipun suami saya tak bagi kawan dengan orang sini….

Hahahhahahah…poyo tak jawapanku itu

***********************************************

Sebenarnya, aku dah malas nak layan orang yang merayu tentang skim kesihatan atau apa-apa yang ada kaitan dengan produk-produk kecantikan….korang pun tau aku nie perempuan jenis macamana?...bukan simple tapi terlebih simple….nak baca entry macamana aku? sila klik sini

Janji jerawat dan bau masam tak ada dalam hidupku, kalau bau bawang adalah, bawang-bawang semuanya hasil pendapatanku..……huhuhuhuhuh




PS: sudahnya, kakak Nor berlalu tanpa apa-apa kata, sah dia bengang dengan jawapanku itu….

*****: kakak nor bukan nama sebenar pemiliknya

Saturday, December 4, 2010

Apa salahnya nak mohon Maaf???

Rentetan dari kisah motorku dilanggar oleh pelanggan yang tak pandai bawa kereta..tapi berangan nak bawa juga..Nak baca entry tu..sila klik SINI

Puas, aku ke kedai motor area Kulaijaya dan Kota Tinggi, signal kanan motorku tiada dijual, kecuali order dari Modenas...


Hingga ke saat ini dari kes kemalangan itu....aku belum dapat permohonan maaf dari keluarga ataupun pihak tuan badan sendiri..sedihnya

Aku bukannya nak sangat di hormati atau di lambung tinggi-tinggi..sekurangnya keluarga budak tu, bincang apa yang perlu dibuat atas kecerderaan pada motorku itu…..

Motorku..masih dibengkel..aku dah mula bimbang….bilalah dapat tunggang lagi motor kesayangku itu…sure banyak RM melayan.....

Sunday, November 28, 2010

Orang macam nie pun ada ker???

Korang semua mesti ada facebookkan?

Kalau budak umur 7 tahun dah ada FB (hakimi sepupu aku) apatah lagi, makcik aku,,,tahap nenek-nenek dah usia 60 tahun pun ada fB, Korang mestilah ada kan??? wajib ada gitu………..kalau tak ada, macam ketinggalan zaman lah pulak …

Tujuan /fungsi FB memang baik beb!!!

Selain dapat jumpa sahabat lama, dapat khabar terbaru ahli keluarga, saudara mara, itu belum lagi dapat jumpa pakwe lama, pakwe baru….Hehehehehe…habis aku kena warning dari en zalie malam nie…padan mukaku…

Zaman sekarang nie nak calling atau sms? dah malas beb….topup sebulan sekali jer, tak payah nak habiskan kredit..jimat-jimat….(setuju kan pendapatku ini?)

**********************************************************

Tapi, aku cukup-cukup tak kenan, bila ada yang PM di FB suruh join MLM atau, join login FB dapat RM100….aku bukan anti perniagaan..aku pun dapat hasil pendapatan dari perniagaan kedai makan…hari-hari niaga….

Tak sesuai benor kalau hanya di FB kita nak laburkan duit sampai ke arah itu?...kalau nak berniaga pun, guna saluran yang baik….face to face atau telefon aku..habis cerita…aku ada pilihan nak pilih atau tolak…hak kita??? Kan…….kan….?

Itu belum lagi, dapat PM dari kawan sekolah lama, yang dalam fb nya tak ada gambar, hanya menggunakan kereta,bunga dan binatang sebagai picture wallnya,lepas tu senang-senang nak pinjam duit..siap merayu-rayu lagi……nama pulak bubuh ala-ala pelakon Hollywood atau Bollywood………




PS: alahai…………..orang macam tu pun ada ker?...macam.macam…

Wednesday, November 10, 2010

Mati ditikam menantu- ini betul-betul `hantu`

Kenal juga dengan arwah, maklumlah..arwah berniaga pasal malam, agak peramah….selain berniaga selipar crocs….di kawasan kejiranan aku….sering ke masjid berdekatan menunaikan solat fardhu….

Pasar malam dikawasan aku hanya di belakang citarasa rinduan, ada beberapa kali singgah ke tempat arwah berniaga…membelek selipar yang berkenan…

Dan selalu nampak pembunuh beliau (menantu sendiri), agak bengis……dan selalu nampak cengeh…kurus…maklumlah penagih tegar….kalau menantu arwah yang jaga, aku takkan singgah..sebab aku tak suka orang pemarah…

Hinggalah pagi tadi, semasa memasak masakkan tengahari….pelanggan asyik menceritakan tentang kisah arwah, meninggal petang semalam di Bandar tenggara…(15 minit dari kampungku ke Bandar tenggara)

Hanya, disebabkan menantu yang asyik bertengkar inginkan wang, sampai hati anak perempuan a.k.a isteri pembunuh asyik menyalahkan arwah sendiri….

Memang lah itu suami kita, memang lah itu kesayangan kita, dan memaglah `dia` bapa kepada anak kita…tapi, kalau dah membunuh??????

Alstafirullah………zalim sungguh hantu yang bertopengkan syaitan…….yang bernama manusia…semoga pembalasan sebesar-besar ganjaran…jika tidak didunia..diakhirat pasti, jom kita baca kisah tentang kematian arwah.......

CARI...polis mencari senjata digunakan dalam pembunuhan.

CARI...polis mencari senjata digunakan dalam pembunuhan.

JOHOR BAHRU: “Jika semua orang sudah tidak sukakan kami lagi, minta ayah bagi RM500, kami akan pergi dari sini. Selepas ini, anggaplah ayah sudah tidak ada anak bernama Emelia lagi.” Begitu antara kandungan SMS dihantar seorang wanita kepada ibunya yang dipercayai menjadi punca pergaduhan hingga mengakibatkan kematian bapanya.

Wanita itu menghantar SMS berkenaan kepada ibunya, Rohani Yacob, 45, sebelum dibaca bapanya, Armen Suardi, 53, menyebabkan lelaki terbabit bertengkar dan bergaduh dengan menantu mereka berusia 23 tahun sebelum warga emas itu mati ditikam dengan sebilah pisau Rambo.

Pergaduhan anak menantu itu berlaku di rumah mangsa di Jalan Bendahara 3, Bandar Tenggara di sini, kelmarin.

Menceritakan tragedi berdarah itu, Rohani yang tiada di rumah ketika itu berkata, anak sulung daripada empat beradik itu sering bertengkar dengan bapanya, namun dia tidak menyangka pergaduhan kali terakhir kelmarin mengorbankan nyawa suaminya.


“Suami menelefon saya memaklumkan dia ditikam menantu di rumah. Suami kata dia ditikam di belakang kepala dan dada menggunakan pisau Rambo dan akan memandu sendiri van untuk membuat laporan di Balai Polis Bandar Tenggara,”

katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.

Menurutnya, dia yang ketika itu berada di bengkel membaiki kenderaan terus pulang ke rumah, tetapi suaminya sudah pergi ke balai polis.

Katanya, tidak tidak lama kemudian, arwah pulang ke rumah sebelum keluar semula dengan memandu van miliknya untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Tenggara.

“Suami cedera parah berikutan tikaman pisau yang menembusi otaknya sebelum dihantar dengan ambulans ke Hospital Kulai.

“Berikutan keadaannya yang semakin kritikal kira-kira jam 7 malam kelmarin, arwah dirujuk ke HSI sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, suami disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.20 pagi tadi (semalam),” katanya.

Jenazah mangsa dihantar kembali ke HSI untuk dibedah siasat.

Rohani berkata, lebih menyedihkan, ketika menunggu jenazah arwah dibedah siasat semalam, anak perempuannya, Emelia yang berusia 20 tahun itu masih sempat mengirimkan satu lagi SMS menafikan suaminya menikam bapanya, sebaliknya mendakwa arwah menikam diri sendiri.

“Arwah suami yang baik dan kami sekeluarga cukup sedih dengan kejadian itu, apatah lagi hari ini hari lahir arwah ke-54.

“Saya berharap pembunuh terbabit ditahan dan menerima hukuman setimpal dengan jenayah dilakukannya,” katanya.

Menurutnya, hubungan anak dan menantunya dengan arwah suami agak dingin sejak bertahun lalu.

“Menantu tidak mempunyai pekerjaan tetap, malah kami yang membantu membeli barangan keperluan cucu yang berusia 10 bulan seperti susu dan sebagainya.

“Kami tidak sangka ini balasannya terhadap kebaikan kami kepada mereka selama ini,” katanya.

Kredit to metro online

Thursday, October 28, 2010

huh.......nasi lemak 50sen........


(terima kasih mr google.......)

Korang ada tak tonton tv dalam minggu lepas?...ada satu iklan tentang filem terbaru…tak silap tajuk cuti-cuti cinta……..

Pelakon..ala si farid kamil dan si cantik lisa tu………

Kali nie, aku tak nak komen tentang filem ini,,,bukan apa…dah nak dekat 10 tahun aku tak ke panggung wayang,..so, aku tak mahu ulas perkara yang aku tak minat nak tahu….

Korang perasan tak sinosip filem nie…ala…ada part yang si farid dan lisa buli antara satu sama lain sampai ada part ……..

“Ko tu pendek”, “Ala…ko tu………..nasi lemak 50sen…….”

Hah!!!...ini lah yang aku nak kongsi dengan korang…tentang nasi lemak 50sen….korang mana yang faham istilah pasti dah senyum sorang-sorang..tapi, kalau anakku yang berusia 3 tahun dah pandai kata….

“Ibu, nasi lemak 50sen……..” eik…..dia tak faham pun..boleh ulang beberapa kali………

Eik,,,,,,malu beb..mana nak letak muka kalau dia berbual dengan customer atau orang luar, lepas tu ulang ayat nasi lemak 50 sen beberapa kali….

Ini lah pengaruh filem yang paling aku kurang minat…kalaupun nak tujukan ke arah bentuk badan janganlah macam tu..tak baik ooooo…..itu dah salah namanya….

Nak kutuk ker, nak keji ker,,,,tolonglah guna bahasa yang indah-indah….walaupun ayatnya ala-ala lawak..namun itukan daerah sensetif bagi perempuan

PS: nasi lemak50 sen tu?....biar aku kata yang terang-terang yer………..payudara…………ada faham?????

Thursday, October 21, 2010

9 anak 'buang' ibu kuat makan

9 anak 'buang' ibu kuat makan


Oleh Mary Victoria Dass


JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.

Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.

Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.


“Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.


“Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu,” katanya.

Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.

Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.

Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.

“Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.

“Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang,” katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.

Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.

“Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.

“Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan,” katanya.

Kredit to metro online

PS: susah anak-anak zaman sekarang nak bela ibu seorang…macam-macam alasan…

Monday, September 20, 2010

SEBAB AKU TAK TERIMA DIA.....


Kadang kala aku terpikir…bila kita nak sangat dengar kabar dari sahabat lama..perasaan membuak-buak, sampai apa yang kita lakukan tak kena..nak jumpa sangat..nak lebih rapat….macam-macam pekara yang aku lakukan…

Sehingga, aku mencari nama penuhnya dalam FB, tak ada harapan…..aku cuba cara lain add melalui YM messenger dan Skype…tapi tak jumpa gak…dan akhirnya aku google..mana tahu dia ada blog…

Memang tak ada jodoh…aku tak dapat bersua dapat alam maya…kalau nak harap jumpa reality?....tak masuk akal…(aku tak tahu kat mana dia tinggal?)

Hinggalah minggu lepas dia add FB aku…perasaan aku masa tu?...

1. dah hancur lebur

2. dah menyampah

3. benci pun ada

4. berbulu lagi lah….

5. …………. (panas ati tahap gaban….)

Pasal apa aku beperasaan macam tu?....mana tak bengang….600 friends FB dia tu………………………punyalah lama aku mencari dia…rupanya dia jer yang tak ingat kat aku….

PS: aku lebih redha dia panggil aku sombong……..dari approve FB dia..

Friday, August 27, 2010

KES ROGOL- semakin menjadi-jadi-

(PICTURE FROM FB)

Aku pening dan serba salah dengan keadaan ahli keluarga era zaman kini, acapkali aku terdengar, terbaca atau berkongsi cerita dengan sesiapa tentang masalah sumbang mahram……

Baru sebentar tadi di tv3 jam 7 malam, menyiarkan berita tentang 5 orang adik beradik perempuan dirogol abang kandungnya sejak berusia seawal 11 tahun sehingga 7 tahun berlalu, ditambah dengan ayah kandungnya yang menagih dadah….. nauzuilla….

Bertambah pilu apabila aku terdengar…………….

  • Abang rogol adik
  • Abah rogol anak
  • Atuk rogol cucu
  • Pak saudara rogol anak sedara

Dimana sifat pengasih dan penyayang mereka-mereka itu?...tak sedar ker merekalah sebenarnya penyelamat bagi pemangsa tersebut. Sudah hilang iman? Apatah lagi sifat segan pada pemangsa tersebut….

Teringat masa aku kecil, tak punya adik beradik lelaki, tapi penuh dengan kasih sayang dari abah dan pakcik saudara lelaki, malahan atuk turut menjaga kebajikan aku, bila aku kata nak makan aiskrim,,sanggup atok pandu Van ikannya ke kedai cik Bibah untuk penuhi kehendak aku. Bila aku demam, dikejutkan doctor Suraya di klinik Senai…begitu besarnya pengorbanan mereka..

Teringat juga, tentang sepupu lelakiku…apabila ada Budak lelaki nakal

yang cuba mengugut atau mengejek aku, sudah semestinya sepupu aku serang penyangak tu semula. Hebat jua aku, dikelilingi lelaki yang sebenarnya bernama lelaki sejati…

Ingatlah para lelaki yang bertopengkan manusia dan bertuhankan nafsu…..perempuan dijadikan dari rusuk lelaki olehNya, renungkanlah…..perempuan jua insan yang lemah yang harus dibimbing kejalan yang benar bukan kejalan penyesatan……

PS: semakin pupus lelaki zaman kini, semakin menjadi-jadi nafsu sarakah mereka…nauzubilla….

Wednesday, May 5, 2010

AKU KENA ROMPAK

Aku betul2 hairan...dah 2 kali aku kena...kali nie memang tak boleh jadi....awal pertengahan bulan april rm100 dah lesap...yang hairan tu...hilang dalam walet aku...bukan ilang sebarangan..kali nie, 5hb 5 2010....tetap ilang rm100 lagi...alahai..

Yang buat hairan sangat2..sebab tak pernah hilang kalau dalam bilik tidur aku...hilang kat ruang dapur..aku suka letak kat kabinet....orang luar mana ada kat dalam umah nie..hanya aku, en zalie, abah, mak dan umai...tu yang musykil sangat2....

Aku tak kira nak upah agen penyiasatan..siap kau wahai si perompak.....aku takkan lepaskan ko....( aku tengah marah sangat2 nie....)

Tuesday, April 20, 2010

AKU TAK SELESA BERSAMANYA

Aku dah lama rasanya tak gunakan benda nie...
sejak aku kawin 8tahun yang lepas
sampai lahir si Umai..
aku tak nak gunakan lagi..

Bukannya aku tak pentingkan keselamatan..
bukannya aku tak pentingkan bahaya,
atau apa yang ada kaitan dengan benda nie...
sapa2 pun tak kan tak sayang nyawa???...

lagipun aku tahu benda nie sangatlah penting...
sangat2 bermakna......
dan selamat dipakai
lagipun memang mudah digunakan kesana kemari..

tapi,,
aku betul2 tak sesuai..
tak serasi gitu,,,,
tak selesa pun ada
menyakitkan bila aku gunakan........


bagi aku rasanya
sempit
panas

Namun, demi keselamatan aku dan keluarga
akhirnya aku rela mengunakannya
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>





(aku kena saman sebab tak pakai benda nie time menunggang motor, so kenalah pakai selalu)