Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, October 6, 2013

Resepi Kuih Lompang, rahsia macamana nak lesung pipitnya terletak cantik

Assalamualaikum, moga yang baik2 buat diri ini dan pembaca setia blog CITARASA RINDUAN. Terima kasih buat sahabat blogger baru yang sudi follow blog ini. Jua, buat blogger lama sentiasa ada saat jatuh bangunnya diri ini. Terima kasih korang!!

Kuih lompang, kuih kegemaranku... dan semestinya bukan kegemaran suamiku. Jadi, kuih ini hanya keluar setahun sekali di dapurku. Huhuhuhu..

Alhamdullilah, bila kejadiannya cantik. Maka ramai sahabat FB mahupun sahabat Instagram inginkan resepi kuih lompang, untuk kalian daku kongsikan resepi kuih ini.


Bahan-Bahannya


  1. 2 cawan air**
  2. 1 cawan gula pasir**
  3. sehelai daun pandan (ikat)**
  4. 2 cawan tepung beras
  5. 1 sudu teh kapur makan
  6. 2 cawan air 
  7. 100gram kelapa parut (campurkan sedikit garam)

Cara Menyediakan

  1. Masak dahulu bahan bertanda ** biarkan sejuk. Sementara itu masak air kukusan.
  2. Masukkan tepung, kapur dan air dalam mangkuk. Kacau kesemuanya.
  3. Satukan terus bahan nombor 1 (pastikan sudah sejuk) Kacau hingga sebati.
  4. Tapis dan asingkan kepada warna kesukaan kalian. Daku masukkan paste jagung, sirap ros, adunan asli dan pewarna hijau.
  5. Sedia untuk masukkan dalam mangkuk kuih lompang. Isi penuh hingga bibir mangkuk kuih. Kukus selama 15-20minit
  6. Sedia untuk dihidang dan diletakkan kelapa parut.


ps: rahsia untuk menghasilkan kuih lompang yang cantik. Air kapur hendaklah ditapis. Semasa mengisi adunan kedalam mangkuk sila isi penuh hingga paras bibir mangkuk kuih lompang.
Sekian.. selamat mencuba

23 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Itu rahsia lesung pipit kuih lompang tu Ayu.. kena isi penuh ye.. nanti akak Cuba, Tq share resepi. dap tips tu ;)

sentebale-hk said...

First time nak buat ni..
Kak Ayu , nak tanya..acuan kena sapu minyak x?

Unknown said...

Sentebale-hk
Thanks dik, lupa taip.. Yer kn sapu sikit minyak dalam mangkuk kuih lompang

Unknown said...

Nur Hayati
Sama2 kembali kak..masa kukus jgn buka tutup periuk. Nanti kuih yang belum masak masuk air

azieazah said...

MyBonda dulu selalu buat utk kami sarapan sebelum pi sekulah. Sayang, Kak Azie ni jenis tak reti reti nak belajar. Lalu tak pernah buat.

Tabik Ayu! Cantik lompangnya!

JunAina said...

Akak lebih suka lompang tradisi yng guna gula merah tu... Teringat arwah nenek yg memang mahir buat kuih lompang.

Zul fattah said...

dah lama x makan.. dlu, slalu makan, sbb mak slalu buat... tp skrang, susah r nk dpat..

aDisH.sHidA said...

thanks ayu share rahsia lompang yg de lesung pipit

Ratu Hatiku said...

Suka kuih lompang nie... Tq share resepi ya.. :D

Acik Erna said...

assalam ayu..kuih lompang juga kegemaran acik..suka sangat..

Gee® said...

Cantiknya lesung pipit.... dan pasti sedap!!

Kamsiah yusoff said...

sedapnya...pernah sekali buat tp terlembik...tambah tepung,keras kejung pulak jadinya hehe

syuziafrina said...

Kak ayuuuu..alhamdulillah.sy tgh cari resepi ni tbe2 tgk blog akk ada..minta ye kak..huhu..

Unknown said...

salam kenal dari saya..
ermm dalamnya lesung pipit kuih lompang ni..
saya first time buat tu hari..sikit je lesung pipit dia..ni dah dapat petua..apa lagi trylah! hehe
TQ..

Farhana said...

Tmkasih resepi ini ya..

Tadika ku sayang said...

macam mana nak buat kuih lompang supaya dasarnya juga lembut seperti diatasnya.ramai orang komen sedap tapi agak keras di bawahnya...apa jalan penyelesaiannya.

wana said...

Tq kak ayu..Nak try la

wana said...

Tq kak ayu..Nak try la

Unknown said...



tadika ku sayang

kukus jgn terlalu lama

miyra said...

Wah bestnye kuih ni..nak cuba la buat, tq bg resepi ..jemput jenguk blok baru sy dan kl sudi follow ye
http://laromeserumkurus.blogspot.com

Lompangfov said...

Masalah saya kenapa bawahnya keras dan tak kenyal...

Unknown said...

Masalah saya pulak kenapa xberlubang cantik..cuma ada lekuk sedikit saje

Unknown said...

Masalah saya pulak kenapa xberlubang cantik..cuma ada lekuk sedikit saje