CITARASA RINDUAN

Monday, October 7, 2013

Resepi Jemput-Jemput pisang, rahsia lagi?

Mai daku nak syer satu rahsia kat korang, petang semalam daku syer gambar jemput-jemput pisang dalam FB mahupun IG daku. Maka ada kengakawan nak tahu macamana hasil cengkodok pisangku bulat dan gebu? Ranggup diluar lembut didalam?

Sebenarnya ianya hanya terletak dijari-jari kalian. Tak perlu pakai sudu untuk membentukannya. Daku pelajari dari makcik yang jual pisang goreng kat tepi jalan. Dalam ramai-ramai peniaga yang jual pisang goreng, walau guna tepung yang sama. Hanya makcik tu seorang boleh hasilkan pisang goreng yang lain dari pada yang lain.

Bila ku amati kerjanya dengan jari-jarinyalah makanan jualanya sedap-sedap belaka. Fuh!!!!  Jadi jangan rasa tak selesa bila menyediakan sesuatu makanan dengan jari kalian. Yang penting korang amalkan kebersihan dan amalan zikir tak lekang dibibir. In shaa Allah.. suami, mak mertua dan anak-anak pasti sayang ketat2 dengan korang.

Kalau ikutkan daku tak perlu syer resepi. Namun pernahlah daku menyembang dengan pembaca setia blog CR dia minta daku taip resepi dengan jelas. Moga senang dia nak masak buat keluarganya..Okey!, tak ada masalah.. Janji daku buat dengan ikhlas.. Ameen

Bahan-bahannya

  1. 6 biji pisang (tak kisahlah pisang apapun, kalau pisang 44hari 10-12biji ya)
  2. 600gram tepung gandum
  3. 1 sudu teh bikarbonat
  4. 1/2 sudu teh garam
  5. 2 sudu gula
  6. 4 sudu gula perang/melaka/merah
  7. Minyak masak untuk menggoreng
Cara menyediakan

  1. Lenyekkan pisang, garam, gula dan gula merah hingga hancur.
  2. Masukkan tepung dan bikarbonat. Tuang air sedikit demi sedikit. Kacau hingga adunan mesra.
  3. Biarkan adunan sekejap dalam 1/2 jam(30minit) tutup adunan. Panaskan minyak gorengan dan bolehlah basuh pekakas pinggan yang kotor ya
  4. Bila minyak betul-betul panas. Perlahan api, gunakan jari (pastikan korang bersihkan dengan baik) ambilah sedikit demi sedikit dan bentuk bulat adunan jemput-jemput ke dalam minyak.
  5. Apabila warna jemput-jemput bertukar ke warna kegelapan. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
  6. Selamat mencuba.



10 ulasan:

JunAina said...

Petang2 cam gini buat akak lapar je Ayu...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

terima kasih atas perkongsiannya Ayu... :)

rinduan citarasa said...

Kak Jun:
Kikikiki... jommm meng'cengkodok pisang kak...

rinduan citarasa said...

Miss Mirror a.k.a Sam:
Sama2 kembali dear. Maaf Ayu kesibukkan sampai lama tak BW ke blog kak dan sahabat blogger yang lain..
Namun, kalian tetap dihati

ZalinZalina said...

Salam kenal Ayu..dah lama follow blog ni tapi baru kalini nak komen...cantik template baru..satu geng kaler pink..hehe..apapun memang bulat2 cekodok pisang awak tu :)

Acik Erna said...

Betul la ayu..bolat je cekodok ayu..acik tak pandai guna cari.pernah guna terlajak dalam minyak panas fobia acik dah..guna sudu je

❤Kamsiah❤ said...

akak dulu belajar dari mak mertua,mcm mana cekodoknya jadi bulat2,comel2...
rupanya sennag ja..basahkan hujung jari..
pastu masa grg tu ada sikit teknik,guna sudip tu la..ntah nak cakap mcm mana pun tak tau hehe

Lydia Miza said...

Sedap. Fav aqilah ni. Mesti nk be bekal cekodok pisang plg tak smgu dua kali

Rai Ourkizuna said...

haah..saya jeles tgk pisang goreng bulat2 gini.. saya buat penyek je..

radin siti aisyah said...

namapak sedap je..nak cuba lah~

http://ummiammararif.blogspot.com/