Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, September 15, 2013

Resepi kek Sarang Semut

Assalamualaikum sahabat alam mayaku, fuhhh!!!! sibuk bebenor daku sampai lama tak menyapu sawang dan segala tok nenek sampah kat blog ini.. Maaf banyak2 ku pinta.. Walau lebaran sudah berakhir Daku pemilik blog Citarasa Rinduan memohon ampun maaf andai sepanjang daku berblog ada kiranya terkasar bahasa penulisan. Sesungguhnya yang baik2 datangnya dariNya, sebaliknya pula dari diri ini sendiri..

Di laman Facebook atau Instagram daku sentiasa aktif, kalau nak add carilah ID Siti Ruhayu Ab Rahman (akaun Facebook) manakala akaun IG pula Citarasa Rinduan. Baru-baru daku syer gambar kek sarang semut atau sarang lebah.. Mak mertua aku panggil kek Selipar (hahahhahaha, agaknya sebab bergetahkann). Ramai sahabat mahukan resepi kek ini. Yang kelakornya aku tiak kek ini Kek Gula Hangus. Salah koooo....

Hah!! kan dah jadi panjang intronya, Gitulah kalau sudah lama tidak menaip. Semua nak ditaipnya, Tanpa buang masa di sini ingin daku kongsikan resepi kek Sarang semut untuk pengkongsian bersama, mudahan bermanfaat.

Bahan-bahannya:

Bahan Karamel
  • Gula pasir 2 cawan 
  • Air panas 2 cawan
  • Mentega 3 sudu makan
Bahan Kek
  1. Telur 7 biji
  2. Esen Vanilla sedikit
  3. Susu pekat 1 cawan
  4. Tepung Gandum 2 cawan
  5. Potas 1 sudu makan
Cara menyediakan
  1. Masak karamel dahulu, masukkan gula pasir ke dalam periuk dengan api perlahan. Apabila gula bertukar kewarna madu, masukkan air panas (hati-hati semasa memasukkan air kerana gula dalam suhu panas boleh mengakibatkan kecederaan). Masukkan mentega dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
  2.  Blander telur hingga putih, masukkan Esen Vanilla dan susu. Tepung gandum dan potas diayak terlebih dahulu. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam blander telur. Diakhirkan dengan satukan dengan karamel.
  3. Gris loyang dengan minyak, masukkan adunan. Tutup loyang dengan plastik wrapping. Perap 1 jam.
  4. Panaskan oven suhu 170c, selama 10 minit. Bakar adunan apabila masa perap berakhir. Bakar pada suhu oven 170c selama 1 jam 20 minit. Pada awal pembakaran iaitu pada masa 30 minit guna api bawah sahaja. Kemudian baki bakaran yang lain adalah dengan guna api atas dan bawah.
  5. Selamat mencuba.

 (cara memotong secara melintang lebih membuatkan hasil kek yang lebih cantik)

 (potas yang dijual dikedai runcit, sesuai digunakan untuk membuat apam balik, cengkodok pisang kerana hasil masakkan akan menghasilkan lubang-lubang yang banyak, ini adalah tips dari mak saudaraku Puan Noni)

PS; perbezaan kek Gula Hangus ialah, bahan-bahan resepi ditambah dengan baking powder.

17 ulasan:

aziekz said...

Mknanya jk tiada potas leh gnti ngan b.powder la kan..kukus pn hsil sma kn...tq tnjuk resepi dn kongsi..

aziekz said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

@Aziekz;
Ya..kek tu akan jadi kek gula hangus tapi tak ada versi yang lobang2 ya.

Sama2

insan marhaen said...

Nasib baik blog ni tak jadi sarang semut..he..he..

Unknown said...

..dr sblm raya lg nk try bt kek ni..tp smpai skrg x terbuat :P..

norhidana said...

rajin nyer akak.... dana tak penah pun bt, kalu balik umah mil je mintak dia btkan...sedap kak dia bt

Lydia Miza said...

Sedappp sejak kecil mmg suka kek sarang semut aka sarang lebah ni. Kenyal dan x muak

aDisH.sHidA said...

xpernah jumpa potas huhu

cantik je srang dia awak

nak jugak nanti...

ellynadyra said...

cantik lobang2 dia, semut suka ni! hehehhehehe

Bunda_nora said...

assalam, cantik...menjadi sarang semutnyer..nak juga buat tapi potas tu baru pertama kali dengar...

Gee® said...

As salam Ayu...lama k.gee tak singgah sini... sedapnya kek sarang semut tu... sesuai buat minum petang kan... nyum2x

Unknown said...

singgah :)

Sunah Sakura said...

dapnye kakkkkk~~ dulu masa housemate mengandung dia selalu jugak buat sebab mengidam..ni dia da pindah da...

Lee said...

Hi, this coming to you from Canada. Wow! This the first time I see or read the name of this cake. Looks really delicious.
Really looks like an ant's nest too.
I suka cake ini. Love the colour....
Agak2 tiga keping boleh juga. With iced coffee, ha ha.
Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Unknown said...

pernah cuba tp x jadilah sarangnya tu.huhuhu
blogwalking...jemput ke blog saya dan kita tukar link ye..
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Unknown said...

Potas tu apa erk...huhu...kalu sebut kat kedai dorang tau erk...

Unknown said...

Potas tu apa erk...huhu...kalu sebut kat kedai dorang tau erk...