Dalam kehidupan berumahtangga pastinya pelbagai dugaan yang ditempuhi, bagi yang baru melayari rumahtangga pastinya ada tika cepat terasa dan ada kala menyampah dengan pasangan anda… perasaan itu normal…
Seawal usia 1-2 tahun sering kita dengar bahtera yang dibina hancur tiba-tiba samada melibatkan orang ke 3, rasa ego antara satu sama lain atau apa2 sahaja halangan hingga mengakibatkan jalan terakhirnya adalah menjurus kepada penceraian…
Namun dari sudut rohaninya, kadangakala perasaan tidak puas hati adalah aspek utama yang melibatkan pasangan ini.. tidak pandai berkomunikasi secara baik punca utama hingga berpecah belah..
***************
Semalam, ku menonton satu drama THE TARIK KURANG MANIS, lakonan zul huzaimy, erin malik, fasha sandha dan lain2…
Percintaan yang hanya berlaku 2 bulan, antara seorang lelaki yang bekerjaya dengan wanita kampung (guru) hingga berakhir ke jinjang pelamin..
Namun, akibat si isteri yang tiba2 merelakan dirinya diberhentikan kerja, sanggup belajar memasak apa jua yang digemari suaminya mungkin kerap menelefon sehari hingga 20 kali panggilan kepada suami tersayang, hanya kerana bosan dengan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dirumah.
Mengakibatkan si suami sanggup berkawin lain dengan rakan sekerjanya…
Di sini, wujudnya punca akibat si suami yang tiba2 jatuh cinta pada wanita yang berkerjaya, punya wawasan, pandai berdikari dan banyak lagi ciri2 wanita yang tabah hingga si lelaki mudah terpesona dengan wanita lain..
********************
Kesimpulannya,
Ayuh si isteri.. sesekali sombonglah pada suami anda, jika setiap hari anda menelefon 3 kali panggilan pada tersayang, cuba telefon hanya sekali sahaja, berbuat baik apabila dirumah, wujudkan suasana persahabatan antara kalian berdua walau marah masih ada…
Mungkin, yang sudah mempunyai cahaya mata. Ianya satu tiket untuk anda sesekali mencuri peluang yang ada….. guna anak anda untuk mengambil hati si suami
Semoga kalian dengan pasangan anda dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berbahagia selamanya hingga akhir hayat
PS: namun, sekiranya benar tertulis jodoh tiada, walau pelbagai cara telah anda lakukan, ianya adalah ketentuan yang kalian perlu hadapi, namun,yang pasti setiap penyelesaian itu ada jalan penghujungnya..