Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, April 23, 2013

Bukan minta simpati


Bulan MEI mendatang, bulan yang mungkin akan menyesakkan hati dan poketku, apasal aku seperti orang mengeluh? ya!! aku hanya ada satu akaun FB dan satu akaun Blog untuk meluahkan perasaan, di FB jarang aku syer perkara negatif tentang kehidupanku, hanya blog CITARASA RINDUAN satu-satunya tempat untuk aku berkongsi pendapat


  1. Cuti lompat-lompat, 1 mei 2013 cuti Am, 2 mei berniaga, 3 Mei cuti (jumaat), 4 mei berniaga, 5 mei (undi pilihanraya), 6 mei berniaga, 7 mei cuti (hantar En Zalie check up di hosiptal) amat remeh untuk aku berniaga seperti itu. Pastinya keluhan dari pelanggan tetap CR. Harap mereka memahami 
  2. 3 orang pekerja berhenti serentak tarikh "last"bekerja pada 30 april 2013, sudah sebulan mereka memberitahu kepadaku, namun hingga sekarang tiada seorang calon pekerja datang memohon bekerja walaupun pelbagai altenatif sudah ku buat.

Ya, Allah.. Kau permudahkan segala urusanku. Moga ada penyelesaiannya, sahabat alam maya semua.. Ku mohon doa kalian mudahan masalah yang kuhadapi dapat diatasi segera..

PS: bukan minta simpati, namun hanya berkongsi sedikit kerisauan dihati ini agar lapang dan melegakan.

12 ulasan:

Kakzakie Purvit said...

Cuti-kerja-cuti-kerja tak dapat nak elak Ayu..

Tapi soal nak cari pekerja kakak rasa sekarang bukan mudah. Kakak pun ada masalah ini ditempat kerja kakak sekarang...

jeBateja said...

pehhhh....semoga segalanya di permudahkan....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

susahnya nak dapatkan pekerja, akak rasa kalau kedai Ayu berdekatan bndraya JB mungkin tak ada masalah, kan..

Munn Jaafar said...

kesiannya..bab cari pkerja ni mmg runsing... buat smntara minta tlg la pd kwn2 tdekat @ sedara mara...tp bkn mudah la kan..

Acik Erna said...

Amiin..semoga doa Ayu dimakbulkan dan Ayu akan dapat pengganti pekerja ayu tu

Ati Masrif said...

salam ayu,

ujian mendatang ...mematangkan diri

semoga segala urusan ayu, dipermudahkan ..amin

Murni Alfathunnisa said...

kesian ayu...sabaq ya. mudah2an Allah mempermudahkan apa jua urusan ayu nanti ya.

norhidana said...

hrp2nyer akak akn cpt dpt pengganti utk 3org pekerja yg dh berhenti tuh, rasanyer sume pelanggan ttp akak msti dh sedia maklum... apa kata sblum bln 5 akak tulis nota kt kaunter kedai bgtau tarikh2 akak akan cuti, msti mereka lbh tau awal2

JunAina said...

Cabaran orang berniaga ya Ayu, tingkatkan kesabaran ye dik. Moga Allah permudahkan.

Anonymous said...

js doakan semoga dipermudahkan urusan ayu..manalah tau kan..

ayu bila nk kasi alamat ayu kt js..nti kt fb pun blh...hihi

Bieaz said...

cabaran berniaga macam2 rintangan kalut haru biru dugaan...

apapon Bie doakan kak ayu moga dapat harungi jangan mudah mangalah mungkin ada yang terbaekkk menanti..:)

aDisH.sHidA said...

shda pun x suka kalau cuti keje cuti keje...last2 cuti berderet hahaha...

ooo msh blm ada pkerja baru ye....sabar ye ayu..moga dipermudahkan urusan mu sekeluarga