CITARASA RINDUAN

Thursday, April 4, 2013

Resepi Pau kacang

Lembut, gebu dan sentiasa segar adalah kenikmatan yang enak apabila mengunyah pau kukus. Pau putih yang berintikan kacang,kaya,kelapa, daging, atau apa-apa sahaja isinya memang agak sesuai dinikmati samada pada waktu pagi dan petang. Ianya sangat mengenyangkan.

Hujung minggu lepas daku mencuba membuat sendiri pau kacang. Maklumlah sebagai peniaga, masaku amat terhad. Kebetulan anak saudara singgah bermalam 2 hari dapatlah ku meluangkan masa.

Jomm semak resepi

Bahan-Bahannya:

  1. Tepung gandum 500gram
  2. Yis 1/2 peket (kembangkan dengan air suam, jangan terlalu panas atau terlalu sejuk)
  3. Majerin 2 sudu
  4. Gula pasir 3 sudu
  5. Susu pekat 3 sudu
  6. Garam 1/2 sudu kecil (larut dalam sedikit air)
  7. Air putih 1/2 cawan.
  8. Inti kacang (Boleh pelbagaikan, mengikut kegemaran anda)

Cara menyediakan:

  1. Masukkan tepung dalam mangkuk, buat lubang tengah dan masukkan majerin, gula,susu pekat. Gaul semua hingga rata.
  2. Letak yis kedalam adunan. Gaul, kemudian masukkan air garam. Uli lagi sila tambah air jika adunan mengeras, uli hingga doh tidak melekat pada jari.
  3. Untuk menjadikan sebiji pau yang cantik, anda boleh lekap tapak tangan dengan minyak masak. Kemudian pada ibu jari dan jari telunjuk tekan doh ikut besar yang anda sukai. Ulang lagi hingga adunan habis.
  4. Isi inti kacang kedalamnya. Biarkan pau mentah naik 2 kali ganda dalam anggaran 40minit.
  5. Pada masa yang sama panaskan kukusan.
  6. Kukus pau mentah dalam masa 20minit. Boleh juga buat frozen pau kacang dengan mengukus pau dalam masa 5 minit. Simpan dalam peti ais apabila pau setengah masak sudah sejuk.

Sebenarnya resepi pau adalah sama seperti pau sambal (burger Malaysia) dan donut. Hanya bezannya, untuk menghasilkan pau kacang yang putih warnannya, anda kena guna susu pekat)

Selamat mencuba

PS: 4-4-13 HAPPY BIRTHDAY UNTUK ACIK ERNA DAN SAHABAT SEJAK KECILKU SITI JAMALIAH MOHD KANDADI. BUAT KALIAN BERDUA MOGA SEJAHTERA DAN BAHAGIA SELALU. 

14 ulasan:

aDisH.sHidA said...

nak cuba la.....

Mas said...

perhh...tembammmnya
geram tengok

ainnoraini said...

gebuzzz..mesti tak cukup satu kalau makan pau ni..

Kakzakie said...

Kakak biasa beli ajelah Ayu. Tengok Ayu buat semuanya gebu-gebu..

Lelaki Ini said...

nak buat memang taklah...
beli aja..
hahaha

fizafantagirO said...

Sedapnyaaa kak! fav fiza nih, tambah tambah kalau yang goreng tu ..mmnyummii

Acik Erna said...

Ayu..4.4.13..tima kasih ayu..macam dah sampai ke tekak rasa sedap pau gebu ayu ni

norhidana miswan said...

kalu dana mmg tak jd nyer lah, so... akak la yg kene tlg buatkan pastu pos ke sini ek

Ratu Hatiku said...

sedapnya kalau mkn pns2... :)

Lydia Miza said...

Nak!! Sedapnye

Queenie said...

sedapnya pau...akak suka pau yg dulu2 punya, yg pesen moden tu tak berapa minat, bila kunyah melekat2 kat lelangit...resepi ni rasanya bukan yg moden punya, kan? hek3

Jemarisuri said...

sedapnya ..js suka pau pandan...hikhik..

datang ziarah setlh sekian lama x singgah...

Kesuma Angsana said...

tq share , done clik2 juga yer

Mrs. Abi said...

yesss nak cuba....mmg duk tercari2 resepi pau kukus frozen... pastu intinya tu beli ye kak?