Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

SELAMAT BERCUTI


  • Kepada pembaca yang kebanyakkannya bekerja sebagai guru
  • Kepada pembaca blog CR yang kebanyakkannya suri rumah 
  • Kepada pembaca blog CR yang terdiri daripada pelajar
Dengan ucapan, kalau bercuti tu ingatlah daku yang bekerja ya.. Huhuhuhu
Ucapan lain, semoga selamat tiba ke destinasi yang ingin dituju
( kaitan dengan gambar? tu gambar umai di Melaka, kami bercuti pada 23 Disember 2012, entah bila dapat bercuti lagikannnnn)

Monday, May 13, 2013

Aku rinduu!!

 Lama tak memuding

 Lama tak uli epok-epok a.k.a Karipap Kentang

 Nasi Ambeng!! sluppp . Daku teringin nak makan macam nie, makan sedulang, last dapat makan dengan keluarga dikampung semasa kenduri selamat ibu lepas operation

 Gebu, lembut.. Ya! kira-kira 3 bulan daku tak meroti

 Sesekali kalau malas, inilah yang ku buat untuk kami makan-makan. 

 Pau oh!! Pau, sejak 2minggu tanpa pembantu.Kini daku gagal untuk mengdonut doh

 Kalau dapat sluupp musim panas nie, hilang rinduku.. Hahhaha

Bahan-bahan didapur dah cukup jika daku nak meng'baking'kan diri. Masalahnya.. daku semakin 'buzy' di dapur CR

PS: tak dapat BW, tak dapat berlamaan di depan lappy. Maaf berlori sahabat blogger dan pembaca setia CR, doakan kesejahteraanku baik2 ya.
Selamat berbuka puasa pada yang berpuasa.....

Tuesday, April 23, 2013

Bukan minta simpati


Bulan MEI mendatang, bulan yang mungkin akan menyesakkan hati dan poketku, apasal aku seperti orang mengeluh? ya!! aku hanya ada satu akaun FB dan satu akaun Blog untuk meluahkan perasaan, di FB jarang aku syer perkara negatif tentang kehidupanku, hanya blog CITARASA RINDUAN satu-satunya tempat untuk aku berkongsi pendapat


  1. Cuti lompat-lompat, 1 mei 2013 cuti Am, 2 mei berniaga, 3 Mei cuti (jumaat), 4 mei berniaga, 5 mei (undi pilihanraya), 6 mei berniaga, 7 mei cuti (hantar En Zalie check up di hosiptal) amat remeh untuk aku berniaga seperti itu. Pastinya keluhan dari pelanggan tetap CR. Harap mereka memahami 
  2. 3 orang pekerja berhenti serentak tarikh "last"bekerja pada 30 april 2013, sudah sebulan mereka memberitahu kepadaku, namun hingga sekarang tiada seorang calon pekerja datang memohon bekerja walaupun pelbagai altenatif sudah ku buat.

Ya, Allah.. Kau permudahkan segala urusanku. Moga ada penyelesaiannya, sahabat alam maya semua.. Ku mohon doa kalian mudahan masalah yang kuhadapi dapat diatasi segera..

PS: bukan minta simpati, namun hanya berkongsi sedikit kerisauan dihati ini agar lapang dan melegakan.

Thursday, January 31, 2013

Keyakinan diri

Alangkah bagusnya jika aku seberani haiwan diatas.
Mengauummm tika dijentik.. Mengaumm tika bau musuh berhampiran.

Namun ku manusia yang asalnya kejadian tanah. Lembut bila bisikan kata2 dari Malaikat dikiri kananku. Menangis sepuasnya amat melegakan perasaanku

Syukur dilahirkan dikalangan umat islam... Terima kasih Allah... Terima kasih buat sahabat yang buatkan kehidupanku indah-indah.

Sunday, January 27, 2013

Dia Maha Kuasa


Bismillah...
Semakin hari kehidupanku penuh dengan yang indah dan baik-baik sahaja. Walau sesekali ditimpa hiba. Di fitnah adat yang namanya manusia.
Terima kasih buat sahabat yang sentiasa menyokong saat jatuh bangunnya diriku.

Sejak beberapa minggu ini ku didatangi sahabat blogger dan teman lama yang membuat kehidupanku ceria sentiasa.

Kedatangan blogger Sunah, kakakecil dan Muslimah optimis.. Terharunya saat berdakapan sesama insan, tanda diri ini sentiasa dilindungi.

Terima kasih Allah

Hari ini menghadirkan diri ke 2 majlis perkahwinan di kampung tercinta, tuhan maha kaya dia temukan dengan tetamu terhormat. Buat Dato terima kasih kerana sentiasa mengenali insan yang bernama Ayu.

Ps: sepatutnya ada sessi pertemuan dengan blogger JS. Blogger kakcik jua yang kebetulan hendak singgah ke CR kerana menghantar angah ke pasir Gudang dan pertemuan dengan sahabat poli di bandar Kulaijaya. Sayangnya DIA MAHA KAYA kami tidak bertemu jodoh beramah mesra. Maafkan saya..... Moga ada ketentuan dariNya kita bertemu dilain hari.. Amin

Wednesday, January 9, 2013

Wordless Wednesday: Pekerja CUTI!


Menerima whatsApp dari Familyku, ada ketikanya kami berkongsi kedukaan, kegembiraan dan apa sahaja.

Dan kebetulan pula, menerima kad ucapan dipagi hari.Walau kami berjauhan tapi firasat adik beradikku tentang diriku saat ini memang benar..
Thankssss


ps;
entry toching!. Sorry..

Thursday, January 3, 2013

Umai ke sekolah PASTI lagi

Alhamdullilah.. hari ini hari ke dua Umai kesekolah yang sama, mudahan anak daraku menjadi insan yang terpilih dari segi rohani dan jasmaninya. Mudahan akhlaknya terpelihara. Amin..

Biarlah orang kata hijau itu. totttttt.. yang pasti aku bukan bijak pandai untuk menentukan politik.. cukuplah pelajaran yang telah setahun sebelum ini yang ku perhatikan tiada unsur2 politik dicampur adukkan..

Syukurilah.... ilmiah yang diterapkan mencukupi untuk budak seusianya... mudah-mudahan kekal hingga anak-anak menutup mata..

ps;
jelik dengar orang menuduh bukan2....

Sunday, December 30, 2012

Kuatkanlah imanku dimalam hari

Pandang gambar cengkodok.. aku terliur

Pernah snap gambar nasi goreng udang kepunyaan anak daraku minggu lepas, bila belek gambar ditengah malam.. nafsu ku memuncak,lapooo.. tergugat!

Gambar masakkan cley pot, tak silap lepas balik hospital jumaat lalu,aku suami isteri layan di tesco tebrau. Peberat aku tuu.... sarapan sempat ambil biskut oat, tu yang makan tak angkat kepala.

Yang ini pula gambar paling tak tahan... memang tergugat sungguh imanku... Tolong!!! daku tak ambil apa2 makanan dan minuman bergula 8pm keatas...
Kuatkanlah imanku ya Allah...Amin

Saturday, December 22, 2012

Kami bercuti...


Alhamdullilah.. percutian dari 20122012 hingga 21122012..
Hanya percutian 2 hari 1 malam di negeri bandaraya bersejarah..
Pelbagai kisah kami bawa dihati..
Syukur percutian yang sangat meninggalkan kenangan disanubari.

Terima kasih blogger RINA AVAIL kerana memudahkan percutian singkat kami

Monday, December 10, 2012

Maiii.... sekodeng!



(Jommmm.. sekodeng blog kawan-kawan ibu guna rayban mainan, tiak Umai kesukaan)

Malam isnin yang sunyi.. pelanggan CR tak berapa ramai malam ini. Mungkin sebab petang tadi  hujan lebat, masa itulah CR tak henti2 menerima tempahan.. Syukur, masih terus beroperasi CR, jua masih dihati pelanggan, moga rezeki CR kekal selamanya.

PS: BW ke blog sahabat.. guna masa yang ada sebaiknya. Bertukar ilmu moga bermanfaat. In Shaa Allah..

Thursday, November 8, 2012

Mana satu nak ku tuju?


Surat saman dah keluar, kesemuanya dari kampung berdekatan..
Adat.. berniaga orang kenal.. Eh, macam pemes pulak daku.. Huhuhu..

Hari yang sama jemputan perkahwinan blogger popular.. Terharu bila dapat undangan.. Tapi tulah.. ku berniaga, pekerja 2 orang berhenti..

Perlukan ku tutup sementara kedai makanku? Penangan no cantik 11.11 agaknya.
Kalau macam tu aku rasa macam nak cipta rekod berdiri memasak tanpa duduklah... Huhuhu

Saturday, November 3, 2012

Aksi buah hatiku


 Senyuman menggoda!"

Dia ramah, cepat mesra dan sentiasa riang, walau pertama kali bertemu

"Ibu!.. adik gembira sebab banyak bola" mungkin itu kata hati buah hatiku.

Setiap perbuatannya, buatkan hatiku sentiasa terhibur..Moga menjadi anak yang solehah Nur Umairah.. Sayang buah hati Ibu...

Monday, August 27, 2012

Lama dah berhajat..


Blog Berabuk? penat dah nak mengemas.. lebih-lebih lagi time lepas raya, mood lari.. badan lemah... serba serbi tak menjadi..

Ikutkan lama dah hajat hati nak tutup blog nie. Tapi tulah.. kalau ada `sesuatu` yang ingin diluahkan.. sudah tentulah blog ini kembali bernyawa.. Kalu orang lain berblog dengan happy, ku taip entry apabila perasaan yang tak best tu muncul.... Hahahahha...

Tapi, buat pembaca setia blog CR, ada berita yang kurang best ingin ku kongsi.. buat masa ini.. Blog ini tidak akan seaktif dahulul. Maaf sangat-sangat ya.

Mudahan yang baik2 buat daku dan kita semua, sahabat yang sentiasa mengikuti blog CR.

Jom.. layan gambar marhaban semalam...


(Adakah lebaran mendatang kita akan bertemu?)

Friday, July 13, 2012

Persiapan......


Semakin hampir bulan nan mulia.... Ikutkan waktu start malam nie, minggu hadapan kita dah start bertarawih.....

30 Hari berikutnya dah raya....... Cepatnya masa berlalu.... Rasa macam tak percaya pulak.

Gambar diatas adalah persediaan kudapan bersahur mahupun berbukaku. Mana tau... Kot2 tak lalu nk makan yang berat2 kannnnn.

Rancang nak bertarawih dan bersahur dikampung.. Tapi, terpaksalah berjauhan dari en ZAlie..... Eik!!!!

Tuesday, June 5, 2012

Dugaan.


Assalamualaikum dan selamat pagi sahabatku....

Sudah seminggu CR tidak mempunyai pekerja yang cukup, hanya 3 orang pekerja untuk menguruskan kedai makan itu...
Kalau sebelum ini CR mempunyai 6 orang kakitangan yang bersama-sama menguruskan dari bahagian makanan- minuman -melayan pelanggan, kini hanya 3 orang sahaja yang terpaksa bertungkus lumus menyiapkan pelbagai pekerjaan..

Puas aku bertanya kawan-kawan terdekat, untuk menambah pekerja.. kali ini biarlah pekerja CR orang melayu, mudah sebenarnya untuk menguruskan CR bila sama-sama warga yang sama, namun dari dahulu hingga kini tidak seorang pun orang Melayu dapat bertahan lama... kalau 1 tahun berkhidmat pasti pelbagai alasan untuk berhenti kerja

Untuk mencari pekerja yang betul-betul komitmen terhadap perkerjaan bukan mudah... lagilah musim perayaan, musim cuti sekolah CR akan dipenuhi pelanggan dari pelbagai negeri... (syukur, rezeki.. hanya keletihan fizikal dan mental perlu kuat untuk mengatasi masalah ini)

Buat sahabatku, jujur.. aku sukar nak berkongsi emosi tentang masalah CR dengan kalian, hanya kali ini ku buntu, ku ingin meminta kalian mendoakan kali ini biarlah CR mempunyai pekerja yang benar-benar ingin mencari rezeki, moga dengan izinNya CR dapat diserikan dengan kehadiran insan yang setia terhadap sumber rezekinya


PS: lama daku tidak update blog, BW ke blog sahabat yang lain.. Maafkanku... dan terima kasih kepada Follower baru yang sudi keluar masuk ke blog CR jua buat follower lama yang sentiasa memberi semangat buat ku meneruskan kehidupan.

Thursday, April 5, 2012

Saya perlu diganti? Atau perlu di baiki?

Saya akan/perlu bercuti…

Memandangkan saya yang keuzuran.. maklumlah beli tahun 2008 sehingga kini tuan saya tak mahu menukar yang baru, masih setia tuan saya pada saya.. Nampak sangat tuan saya lokekk..kikikikiki




Oleh yang demikian, saya mohon pada tuan saya iaitu puan Citarasa Rinduan, untuk menerima permohonan cuti saya..  samada saya perlu diservies, atau saya perlu diganti baru? Terpulang pada tuan saya…..


Sekian…
Lappy yang sentiasa berkhidmat.

(gambar kredit to google..)

PS: jawapan puan Citarasa Rinduan, selagi boleh diguna.. aku akan gunakan kamu.. cuma aku bagi kamu cuti 2 hari..  (permohonan diluluskan) 

~~selingan,. bila lappy bercuti, secara automatik,. blog citarasa rinduan jua bercuti~~

Monday, April 2, 2012

Bersyukurnya aku menjadi anak PENEROKA


Syukur, aku dilahirkan dalam komuniti kumpulan yang besar, kelilingku adalah penduduk setempat, maklumlah aku anak peneroka, bila ku melangkah dewasa dan DIA tentukan pasanganku, ku mendapat pelindung jua anak peneroka..

Kerana ini, sesungguhnya ku bersyukur atas ketentuan yang DIA berikan buat kehidupanku… jiranku hanya bumiputera yang berBIN dan BerBINTI..


Rasanya mungkin akan berlaku sedikit kecelaruan jika aku tinggal dibandaraya… mungkin aku tak tahu nak tanam menanam dimana, nak sapa dengan siapa? Mungkin aku tak tahu nak rewang... walhal, time rewang penuh makanan dan minuman yang disediakan oleh tuan rumah




Kalau aku duduk dibandar, mungkin aku dah tak reti nak makan sedulang dengan kawan2.. walhal kalau dikampung/felda aku pastinya makan sepiring dengan pekerjaku, sepiring dengan suamiku jua anak daraku…
(gambar kenduri kahwin jiran sekampung, aku suka hadir kemajlis orang lain, sebab aku suka akan masyarakat felda yang sentiasa berkasih sayang sesama jiran, dan mungkin entry aku tiada kena mengena dengan gambar.. heheheh)


Tapi, yang ini adalah betik dari pelanggan CR, seronoknya tak perlu keluar RM untuk membeli sebiji betik yang masak menguning… ku edarkan kepada pekerjaku.. kerana hari ini kami berpuasa sunat isnin



PS: kalaulah aku dilahirkan bukan menjadi anak peneroka, pastinya aku lupa dari mana asalnya sabun, minyak masak.. syukur, kelapa sawit menjadi rezeki halal kami berjaya hingga kini… (aku tiada niat untuk melukakan mana pihak, kerana aku tahu kawan2 semua dari golongan luar bandar, kini kita semua berjaya hingga ke tahap ini)

Monday, March 19, 2012

Rezeki.. Tak dapat yang itu, DIA beri yang ini


Salam malam isnin sahabat…
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”

Sesungguhnya apa pun yang ku perolehi merupakan rezeki buatku dan seluruh keluarga…
Rezeki yang sekian lama ku nantikan belum jua ku perolehi.. walau hati bersimpul seribu kesedihan.. namun ku tahu masih ramai lagi yang sedia menunggu kehadiran rezeki tersebut..
Jika ada.. maka adalah…
Rezeki itu belum kunjung tiba, namun saban hari ku menerima rezeki dari orang-orang yang sentiasa menyayangiku.. terima kasih semua.. sesungguhnya DIA maha berkuasa..


Cendermata dari adikku.. wahhhhh… dari bali, belum pernah sampai kesana, tapi seakan ku sudah menjejakkan kaki kesana apabila sabun bali berbau Vanilla harum mencecah kulitku.... hehehhe



Makanan, rezeki minggu lepas… tak putus2 sahabat kirimkan makanan buatku, 1 rumah menjamu selera, malahan pekerjaku menerima tempias yang sama, terima kasih buat sahabatku Ema




Cendemata dari Thailand, Mak saudara ke sana, aku menerima beberapa koleksi FM dan kerongsang tudung, cantik… aku suka…

Dodol dari Kelantan jua Keropok losong dari negri Terenganu, … 1 hari tak makan nasi,, aku rebus sahaja tamo goreng.. sedap sangat ditambah dengan pencecah keluaran Ummi

PS: hari ini menerima kedatangan tetamu dari Bandar johor.. serius aku tersangat suka, terima kasih teman2.. kehadiran kalian jua rezeki buatku….

Friday, March 2, 2012

Semalam cerita tentang berblog, hari ini pemilik CR bercuti.


Salam pagi penghulu hari buat sahabat2ku…
Hujan lebat membasahi kampung tercinta, semasa entry ini ku taip… pelbagai perkara yang bermain difikiranku, itu tandanya ada sesuatu yang sedang bermain2 difikiranku.

Kalau kemarin, ku bercerita tentang kisahku yang dah jarang berblog mahupun BW ke blog sahabat yang lain… kini, biarlah aku mengambil sedikit masa untuk menjauhkan diri dari dunia blogging.

Satu tindakan yang membuatkan hati ini berderai2.. namun, ianya yang terbaik…



PS: kemarin DIA berikan aku pelangi, hari ini DIA berikan aku hujan… itu tanda DIA sentiasa kasih pada kita, seimbangnya hidup ini tanda kita sama2 milikNYA…


Thursday, March 1, 2012

Semakin ramai blogger yang dah tak aktif..


Jujur ku katakan.. semakin ramai blogger yang ku kenali sudah kian menjauhi diri dari dunia blogging… bukan mereka sahaja yang melakukan, malahan aku juga tidak seaktif dahulu..

Masa awal2 berblog, 5-7 entry pasti akan terlayar di blog citarasa rinduan..
Namun, sekarang sudah jauh berbeza.. upate blog lewat malam atau awal pagi.. kalau korang nampak ada entry tengahari tu.. mungkin kebetulan, aku berada dirumah…

Apapun yang berlaku, sebagai blogger.. aku sentiasa mendoakan yang baik2 buat blogger2 disana.. sekiranya aku tidak singgah ke blog kalian, bukan bermaksud aku lupakan korang, tapi… faham2 sahaja situasi ayu bergelar perniaga kedai makan…



PS: tayang kad tanda yang dibeli anakku buat diriku, katanya Ibu,, suka membaca… umai hadiahkan buat ibu, oh.. indahnya rasa… terima kasih Umai…

~~buku Bicara Hati.. novel lama… tapi kenapa aku suka membaca berulang2.. mungkin aku suka novel cinta yang berkisar pada kekeluargaa.~~