Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label coretanku. Show all posts
Showing posts with label coretanku. Show all posts

Sunday, June 9, 2013

Selamat kembali ke Sekolah

( Desaru 30 April 2013)

Bermulalah rutin seperti biasa pada esok hari. Para ibubapa pastinya akan mengatur jadual seperti 2 minggu nan lepas, menguruskan persekolahan anak2, manakala cikgu2 akan kembali bekerja seperti biasa mendidik anak2/pelajar. Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak.

Esok juga merupakan bulan syaaban yang pertama. Mudahan amalan solat sunat dan puasa sunat dipertingkatkan, pada sesiapa yang masih berhutang puasa, Habiskanlah segera. Jangan lengahkan amalan wajib dariNya buat kita.

"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci-membenci)"
(riwayat Ibn Hibban, al Bazzar dan lain-lain)

Thursday, May 30, 2013

Selagi belum tutup mata.. Belajar

Belajar makan pelbagai sayuran, dipanggil belajar jugak kan?

Gigih makan sayuran hijau untuk kesihatan, lagi molek kalau ianya dari air tangan sendiri. Boh benih dalam tanah, boh baja, jirus air dan jaga sebaiknya dari serangga.
Hasilnya? pasti dalam sebulan dua dapat dimakan tanpa was-was. Horey!!

ps: Tengah belajar menuntut keagamaan dan berhijab.. Moga Allah permudahkan.. Amin

Monday, April 22, 2013

Aku rela.. pergilah!.

Berat hati?
Sebak....?
Siapalah yang inginkan perpisahan sementara atau kekal?

In Shaa Allah, moga ada pengantinya..

PS: agak sibuk sedikit untuk minggu ini, ewah.. ala2 calon pilihanraya pulak.. Bahhahaah, tapikan daku minta jasa baik sahabat alam maya untuk LIKE daku di:

https://www.facebook.com/advertlets/app_190322544333196

Sunday, April 21, 2013

Doa ketika Hujan

Allahumma Syoyyiban naafia,an
"Ya Allah jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat" (hadith Riwayat Bukhari)

Keadaan dikampungku yang beberapa hari ini agak panas terik, tiba-tiba angin kencang jam 12 tengahari, sungguh tidak ku duga, beberapa biji kerusi terbang ditiup angin, manakala khemah bagi majlis pada malam semalam bergerak ke bank berdekatan, Ya Allah.. petama kali ku melihat keadaan sedemikian..

 Syukur semasa ku sedang menaip entry ini, hujan berhenti dan tiada kemalangan yang berlaku...
Terima kasih Allah..


(Alhamdullilah semua yang berlaku atas kehendakmu, dan terdapat nikmat yang tersendiri, Amin)

*****************************
Kawan-kawan ku meminta bantuan kalian untuk LIKE di link ini (klik CITARASA RINDUAN)
https://www.facebook.com/advertlets/app_190322544333196

TERIMA KASIH

Monday, April 15, 2013

Majlis Akikah di Kampung Jaya Sepakat Senai

Kumpulan Yasin wanita Kampung Jaya Sepakat, Senai diundang untuk melengkapkan majlis akikah anak saudara sepupuku.
Majlis bermula jam 3 petang hingga 9 malam.
Ibu kepada bayi lelaki iaitu sepupuku Nur Shila Dolmat, seingatku majlis perkahwinannya pada hujung tahun 2011 kebanyakkan blogger ku undang, ramai yang hadir termasuk blogger sari yusa, oh oeya dan family blogger kasawari. Syukur awal tahun ini dah bergelar ibu.. Tahniah Shila dan Helmy
Mohd Amar Hadif Bin Aniss Helmy, kemerahan kulitnya, pasti cerah seperti ibunya apabila dewasa. Kacak seperti ayahnya yang bertugas menjaga keamanan negara.
Gelagat 3-4 sepupuku termasuk adik perempuanku dan anaknya. Banyak cerita dikongsi.. Daku? layan karenah Umai dan layan bacaan berzanzi.

Alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancar dengan izinNya..Moga Mohd Amar menjadi anak yang soleh dan diberi kesihatan yang baik-baik olehNya.

Thursday, April 11, 2013

Bersiap sedia....

Sebelum nak bebel panjang mari kita minum dulu. Roti coco Rasin pilihanku dan milo tanpa susu mahupun gula. Ya!! ku pengemar coklat,milo dan koko... korang suka perasa apa? (soalan Umai bila dia tengok aku update blog, ibu suka warna apa?, binatang apa?, perasa apa?..dan bla? bla?... ) jenuhlah aku selalu terbantut nak BW ke blog korang. Hahahhaha

Mai nak cerita, tak lama lagi 4 pekerjaku (yang baru dapat result SPM) akan ke menara gading, ada yang mohon cikgu, polis, pengurusan perniagaan dan ada yang mahu masuk mahad Agama Johor.

Alhamdullilah, rata-rata rezeki mereka memang murah, bijak.. satu kejayaan buat masa hadapan mereka. In Shaa Allah.

Pendek kata, kini aku kena bersiap sedia dari awal untuk melepaskan mereka..
Huhuhu.. nak nangis rasanya...

Tak apalah... pasti suatu hari akan ada penganti yang lebih terbaik untuk membantuku menguruskan CR. Amin...


Saturday, April 6, 2013

Aku terima KEJUTAN..

Dapat kunjungan dari sahabat baik, kami membesar bersama-sama.. Minggu lepas kempunan sahabatku nak rasa mee bandung, hari ini dia nekad terjah juga dengan menghantar whatsApp ketika aku menerima tempahan makan tengahari dari Qariah Azrah,(korang baca entry sebelum ini). Soalan kawan aku, "CR niaga sampai jam berapa?"

Rupanya kawanku dah 15minit  berada di CR. Penangan kesibukkan hingga aku tak perasan pelanggan kat hadapan. Haaahhahahhh.. poyo sungguh diriku..

Mujurlah dia tegur melalui whatsApp, katanya "sedapnya mee bandung", yang aku memang tak faham, terus balas.. "bila nak sampai..!!"
Sekali jer dia reply gambar ini.



PITAMMM sah aku terkona serupa macam program kat TV tu...



Ps: malunya!!!

(alhamdullilah, hari ini terima tempahan mee goreng 50 orang makan dan nasi ayam 100 orang, walau kepenatan ku bersyukur kerana DIA selalu memberi rezeki Halal buat kami sekeluarga) thank ALLAH

Wednesday, March 20, 2013

Good luck students SPM 2012


Ku mengajikan 4 pelajar lepasan SPM, sejak habis sekolah, ada yang dapat PLKN, habis kursus 3 bulan, masih setia bekerja full time di CR. Ada yang dah ada lesen kereta, lesen motor. Pandai mereka mempelbagaikan gaji.

Ku sebagai majikan, mendokan kejayaan milik mereka. Amin.

Buat sahabat, adik-adik yang mengambil result SPM. Apa jua keputusan SPM, jangan jadikan alasan untuk cita-cita anda tersekat.

Universiti, matrikulasi, bukan penentu... Pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan terdapat ditempat kalian. Rajin-rajin bersua ketua kampung, AJK taman dan sewaktunya untuk bertanya...


ps: SELAMAT MAJU JAYA

Friday, March 15, 2013

Bismillah......

Salam penghulu pagi sahabat alam mayaku, ku memohon 10 jari kerana sudah lama menyepikan diri
Agak kekok bila lama tak update blog. In shaa Allah... ku akan kembali aktif berblog seperti dahulu.
Izinkan aku mencuri masa untuk mengziarahi blog sahabat yang lain.




Alhamdullilah.. akhir-akhir ini rezekiku tidak pernah putus dariNya. Syukur Ya Allah...
Sarapan pagi ini, sarapan korang apa pula? Sekejap lagi hendak ke tanah perkuburan, al fatihah buat arwah mertua. Seminggu lagi genap 2 tahun Allahyarham Hamis B Abu ke rahmatullah. Moga rohnya dicucuri rahmat

Sunday, October 7, 2012

Layannnnn..


(update blog, sambil kunyah jambu air)

Cuaca beberapa hari nie panas terik di tengahari, jam 3-4 hujan tiba2... apa-apapun nikmatilah kehidupan selagi kita bernyawa...

Selamat berhujung minggu sahabat alam mayaku..... moga yang baik2 buat kalian termasuk diriku.

Dan selamat ulang tahun perkahwinan dan selamat ulang tahun kelahiran kepada sesiapa yang meraikannya.

Thursday, October 4, 2012

Resepi hari ini



Dapat pisang muda, memang sedap dimasak lemak cili, tambah selera ada ikan masin, telur masin dan sambal belacan, kalau nak tambah kredit pastinya ada ulaman, daun bebuas ker, ulam raja ker, daun selom ker dan kalau semua tu tak ada ulam timun muda pun syokkkk....


Kalau dapat pucuk yang masih bergulung, memang sedaplah daun pucuk paku tu digoreng begitu sahaja, kalau nak tambah sedap, tumbuh manja cili padi barang 7-9 biji.. Wah!! terangkat ko,..


Kredit gambar: Diri sendiri, sendiri snap, sendiri masak  dan sendiri buat entry hehheheh (sebenarnya, aku punya mood berblog dah 2-3 hari menghilang, wah!! nak balik kampung, nak hilangkan winduuu kat ibuabah)



Wednesday, October 3, 2012

Exam...


8-12oktober 2012, adalah hari peperiksaan Umai, kurang 5 hari lagi anak daraku bakal menjalani peperiksaan sekolahnya..

Anakku, moga kamu berjaya..... moga dibuka seluasnya pintu hatimu, diterangkan dadamu olehNya....Yang baik-baik sahaja ibu doakan untukmu.


(makan malam tadi, di kedai Nasi lemak terkemuka di kulaijaya, Umai sentiasa dengan aksi yang sentiasa buat ibuabah kerap tarik nafas dalam-dalam)


PS: entry ditaip saat ibu terjaga dari lena. Terima kasih tuhan, kau titipkan cahaya mata untuk kami bergelar ibuabah... Jika kau beri seorang, kau jadikanlah dia dalam golongan terpelihara zahir dan batin. Amin

Monday, August 27, 2012

Lama dah berhajat..


Blog Berabuk? penat dah nak mengemas.. lebih-lebih lagi time lepas raya, mood lari.. badan lemah... serba serbi tak menjadi..

Ikutkan lama dah hajat hati nak tutup blog nie. Tapi tulah.. kalau ada `sesuatu` yang ingin diluahkan.. sudah tentulah blog ini kembali bernyawa.. Kalu orang lain berblog dengan happy, ku taip entry apabila perasaan yang tak best tu muncul.... Hahahahha...

Tapi, buat pembaca setia blog CR, ada berita yang kurang best ingin ku kongsi.. buat masa ini.. Blog ini tidak akan seaktif dahulul. Maaf sangat-sangat ya.

Mudahan yang baik2 buat daku dan kita semua, sahabat yang sentiasa mengikuti blog CR.

Jom.. layan gambar marhaban semalam...


(Adakah lebaran mendatang kita akan bertemu?)

Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan ke 25: guna langsir 4tahun lepas?

Fuhhh.... Awal pagi tadi tanggalkan langsir.. Kemudian terus rendam... Hasilnya jam 9.15pagi dah siap dibasuh. langsir yang 4tahun berkhidmat di tingkap dan pintu rumah, memandangkan warnanya masih cantik dan tak koyak lagi ku gunakan lagi tahun nie...... 

Kebetulan cuaca elok dan kebetulan semalam adalah hari terakhir berniaga dibulan Ramadhan.. Hari ini mulakan operasi  yang sepatutnya.. Kalau rajin petang nie adalah sejenis biskut. Kalau malas.. Beli jer? Hahaahaa...

Kalau terlebih rajin petang nie nak hantar kek buahan. Tempahan dari mak saudaraku. 2buku jer... Jangan pitam depan oven sudahlahhh...

PS: Kawan2 masih berkerja ya?.. Kuih raya dah buat ker?. Daku terlambat lahhhh

Monday, July 16, 2012

Lirik lagu ini, ingatkan aku tentang?


Setiap hari ku harapkan
Setengah mati ku korbankan
Apa yang ku lakukan demi kamu...


Selamat petang sahabatku... Lirik lagu diatas yang aku lupa nama penyanyinya...  pendatang dari Indonesia kot.

Yang ku tahu lirik lagu ini tentang pengorbanan seseorang terhadap seseorang... Wah!!! Bila sesekali layan lagu...seakan-akan penulis lirik tujukan lagu ini khas untukku.. Kikikiki

Apapun... Kita sebagai manusia kadangkala ada rasa dan ada jiwa yang menyatukan antara  diri kita dengan sesebuah lagu yang tengah berkumandang di corong2 radio.. Kannnnn

Apapun.. Tabah dan banyakkan bertawakal atas yang DIA telah tetapkan... Peringatan untuk diri sendiri... Sentiasa redha dan berusaha.. Insyallah pasti berjaya

DIA takkan uji kita melebihi kudrat yang ada

Thursday, June 28, 2012

Kisah 8 Syabaan, Ya rezeki saya sentiasa ada, Syukur!


REZEKI TEMPAHAN PIZZA

Dari jiran tertangga, Ya.. Saya sebenarnya dari zaman dahulu kala, suka memasak, bila saya melangkah ke alam persekolah, saya suka lihat iklan PIZZA HUt, walau TV dirumah saya kecik, aerial Tv bukan ASTRO,tapi  saya rasa nak merasa akan keenakkan tepung pizza hut yang pastinya lembut tapi ranggup..

Syukur, apabila saya kenal OVEN magic saya, saya terus pandai membuat pizza,,, hinggalah sekarang saya tak cukup tangan menyediakan pizza walahemah dahulu tak terlintas dihati saya, saya pandai buat pizza.

 FRIDGE MAGNET

Rezeki, teman blogger saya yang ini, memberi cenderhati  FM dari MELAKA, sungguh.. saya sangat terharu.. awal pagi lagi beliau dah singgah ke CR, tapi sayang beliau tak sempat nak menjamah apa2 makanan sebab ada kursus di bandar Kulaijaya... Buat beliau, terima kasih banyak-banyak, Ya, saya peminat tegar FM.. Jadi saya sungguh gembira dengan pemberian itu..

Buat kawan-kawan yang rasa nak belikan FM untuk saya, dari mana-mana negara atau FM dari mana-mana negeri, saya alu-alukan.. saya boleh bank in kan RM ke akaun kalian, JANJI, jualan belian harus jujur, jika ada insan yang beri cencerhati kenangan untuk saya, WOWWWWW.. saya sangat suka.. (hahhaah)


REZEKI KUNJUNGAN AYAH SAUDARA DAN KELUARGANYA

Selepas menyiapkan tempahan pizza dan menghantar tempahan kek Marbel coco (kek tu saya dah buat semalam), saya baring keletihan.. Maklumlah, saya berpuasa sunat... Bila En Zalie call, katanya pakcik saya datang ke CR, saya terus buka mata saya besar-besar.

Saya suka!!! saya ajar sepupu saya yang baru berusia 13 tahun cara-cara yang menyediakan pizza.. dan diorang suka hasil tangan saya...


Selain saya, pastinya anak kesayangan saya Nur Umairah gembira apabila menerima teman, walahemah temannya itu pangkat mak saudara.. hehhehehe
(gambar hadapan tu askrim, lebihan kek karamel yang saya hias dengan topping coco, aneka warna dan rasa...)



PS: selain itu saya terima tempahan nasi ayam 40 bungkus.. Syukur.. selagi kudrat saya kuat saya buat, esok-esok saya tak tahu tahap kesihatan saya macamana....

Friday, June 22, 2012

Salam Penghulu hari sahabatku..


Semakin hampir bulan ramadhan.. semakin dekatnya kita dengan bulan yang mulia, seeloknya lakukanlah solat sunat dimalam hari, dan perbanyakkan sedekah disiang harinya selain melakukan sunat puasa.. Moga bekalan kesana seimbang dengan bekalan didunia.. Amin


Kerja-kerja mengambil tempahan dibulan syaaban yang sentiasa dipenuhi majlis kenduri doa selamat dikampung terdekat menyebabkan diri ini semakin jauh dengan dunia blogging.. Maaf selori buat sahabatku yang lain....
Akan ku usahakan menyapa kalian di rumah masing-masing, Insyallah.. Jika tidak berkesempatan, ampun maaf ku pinta.....


PS: pagi ini, selepas ke kubur, ku akan ke sekolah Umai, ada HARI TERBUKA untuk peperiksaan pertengahan tahun.. selepas itu terus ke Hospital di Johor Bahru, untuk rawatan susulan suamiku tercinta... Insyallah.. bertemu kita di muka buku (FB) kerana daku akan sentiasa update statusku diFB sahaja

Tuesday, June 19, 2012

Kesibukkan??


Assalamualaikum sahabat alam mayaku, buat follower yang baru dan paling utama follower setia Citarasa Rinduan, 3 hari yang sibuk, dengan tempahan dan sentiasa memperolehi rezekiNya, buatkan keterbatasan daku untuk online di lappy lama-lama.. Jujur aku rindu kalian semua!!!



Menerima Parcel dari Miri, Sarawak.. terus hati ini melonjak keriangan.. Penatku di Citarasa Rinduan, melenyapkan segalanya,. Pembelian online dengan bakal ibu muda dan usahawan online berjaya minggu lepas buat hari selasaku indah-indah belaka, Buat beliau terima kasih DINI, kak suka sangat2...

Permberian cenderhati berupa gelang (gambar diatas) rupanya bukan hanya tanda ingatan biasa, namun istimewannya gelang itu 100% sama dengan kepunyaan DINI.. (kembar a.k.a sepasang). Terharu dan gembiranya daku

Buat sahabat yang suka membeli barangan secara online jom.. KLIK SINI, macam-macam barangan ada dijual....

***********

Teman-teman FB, seperti Shida a.k.a kakakecik, Sunah Muhamad, Kak ES (pasir Gudang), Puan Awin a.k.a puteri Katek,Blogger Lydia Mirza... senda gurauan kalian di FB juga penyebab hati ini meronta-ronta mahu update blog... terharunya daku

Akhir kata.. buat semua teman-teman yang membaca entry ini, tahniah kerana sudi menjadi sahabat alam maya daku.... Terima kasih semua

♥ Qครєђ ๔คℓเค ค๔єℓเค ♥
PS: selamat hari lahir buat Blogger Qaseh Dalia Sufura, Moga kamu dirahmati, moga kamu bahagia selamanya..... Ehemmmm.. agak-agak blogger MK Syahir baca tak entry ini?

Tuesday, June 5, 2012

Dugaan.


Assalamualaikum dan selamat pagi sahabatku....

Sudah seminggu CR tidak mempunyai pekerja yang cukup, hanya 3 orang pekerja untuk menguruskan kedai makan itu...
Kalau sebelum ini CR mempunyai 6 orang kakitangan yang bersama-sama menguruskan dari bahagian makanan- minuman -melayan pelanggan, kini hanya 3 orang sahaja yang terpaksa bertungkus lumus menyiapkan pelbagai pekerjaan..

Puas aku bertanya kawan-kawan terdekat, untuk menambah pekerja.. kali ini biarlah pekerja CR orang melayu, mudah sebenarnya untuk menguruskan CR bila sama-sama warga yang sama, namun dari dahulu hingga kini tidak seorang pun orang Melayu dapat bertahan lama... kalau 1 tahun berkhidmat pasti pelbagai alasan untuk berhenti kerja

Untuk mencari pekerja yang betul-betul komitmen terhadap perkerjaan bukan mudah... lagilah musim perayaan, musim cuti sekolah CR akan dipenuhi pelanggan dari pelbagai negeri... (syukur, rezeki.. hanya keletihan fizikal dan mental perlu kuat untuk mengatasi masalah ini)

Buat sahabatku, jujur.. aku sukar nak berkongsi emosi tentang masalah CR dengan kalian, hanya kali ini ku buntu, ku ingin meminta kalian mendoakan kali ini biarlah CR mempunyai pekerja yang benar-benar ingin mencari rezeki, moga dengan izinNya CR dapat diserikan dengan kehadiran insan yang setia terhadap sumber rezekinya


PS: lama daku tidak update blog, BW ke blog sahabat yang lain.. Maafkanku... dan terima kasih kepada Follower baru yang sudi keluar masuk ke blog CR jua buat follower lama yang sentiasa memberi semangat buat ku meneruskan kehidupan.

Monday, May 28, 2012

Kita layan jer...


Semakin hari semakin menjauhnya diri ini dari dunia blogger.. Terima kasih berlori ku ucapakan buat sahabat blogger yang gagah menaikkan semangatku dalam keadaan diriku JATUH melayang-layang... Mungkin kepenatan aku semakin kurang update blog mahupun BW ke blog korang

Buat sahabat yang sudi follow blog Citarasa Rinduan...terima kasih daun keladi,. insyallah.. ada masa ku singgah menyapa ke blog kalian..


Lewat petang tadi, terajin sedikit... keluarkan doh frozen yang ada di peti sejukku, lembutkan.. dan letak topping pelbagai, Pizza ketam puteri Ayu dan frozen Donut ku hiaskan dengan topping ..

Hanya buat sendiri dan edarkan pada jiran sebelah...

PS: alhamdullilah., hidup ini sentiasa mendapat sahabat yang baik hati, jika sahabat saya tidak Baik HATI.. insyallah... saya tak pernah marah, hanya sentiasa mengucapkan maaf dan memaafkan diatas segala kesilapan yang terlanjur.. Siapalah saya?