Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label keagamaan. Show all posts
Showing posts with label keagamaan. Show all posts

Sunday, June 9, 2013

Selamat kembali ke Sekolah

( Desaru 30 April 2013)

Bermulalah rutin seperti biasa pada esok hari. Para ibubapa pastinya akan mengatur jadual seperti 2 minggu nan lepas, menguruskan persekolahan anak2, manakala cikgu2 akan kembali bekerja seperti biasa mendidik anak2/pelajar. Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak.

Esok juga merupakan bulan syaaban yang pertama. Mudahan amalan solat sunat dan puasa sunat dipertingkatkan, pada sesiapa yang masih berhutang puasa, Habiskanlah segera. Jangan lengahkan amalan wajib dariNya buat kita.

"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci-membenci)"
(riwayat Ibn Hibban, al Bazzar dan lain-lain)

Sunday, April 21, 2013

Doa ketika Hujan

Allahumma Syoyyiban naafia,an
"Ya Allah jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat" (hadith Riwayat Bukhari)

Keadaan dikampungku yang beberapa hari ini agak panas terik, tiba-tiba angin kencang jam 12 tengahari, sungguh tidak ku duga, beberapa biji kerusi terbang ditiup angin, manakala khemah bagi majlis pada malam semalam bergerak ke bank berdekatan, Ya Allah.. petama kali ku melihat keadaan sedemikian..

 Syukur semasa ku sedang menaip entry ini, hujan berhenti dan tiada kemalangan yang berlaku...
Terima kasih Allah..


(Alhamdullilah semua yang berlaku atas kehendakmu, dan terdapat nikmat yang tersendiri, Amin)

*****************************
Kawan-kawan ku meminta bantuan kalian untuk LIKE di link ini (klik CITARASA RINDUAN)
https://www.facebook.com/advertlets/app_190322544333196

TERIMA KASIH

Thursday, November 22, 2012

Betul ker orang sakit 'kosong' jiwanya?


Bacakan al fatihah atas rohnya, kemudian sedekahkan surah yasin atas roh simpulan boleh menenangkan pesakit sembuh dari 'gangguan' sewaktu pesakit baru sedar dari 'tidur a.k.a. kesan ubat bius yang sudah habis'?


Jawapannya?
Ku cuba sebaiknya buat ibuku.. alhamdullilah selepas sedekahkan surah al fatihah dan surah yasin atas roh ibu. Syukur ibu kembali seperti dahulu  Hanya bisa luka akibat rahim disedut keluar di pintu rahim masih terasa.

Ibu gamat? Kolagen atau pati ikan haruan.. Yang mana lebih mujarab untuk sembuhkan luka?


PS:
adik beradikku dalam perjalanan ke hospital dari Kuala Lumpur. Moga mereka selamat sampai pergi dan balik.. Amin

Thursday, June 14, 2012

Tazkirah sebelum masuk tidur






Copy Paste dari FB sahabat....
PS: tidur awal sedikit, esok banyak urusan.. nak ke ASB Johor Baharu Jalan Segget, agak2 kalau tak ada urusan penting, tak jejak bandar JB lah daku...Selamat malam semua

Friday, March 30, 2012

Dosa sesama makhluk....


Update blog sambil telingaku mendengar khutbah solat jumaat dari masjid berdekatan… tentang dosa besar…. Ku ambil sedikit kata2 dari khutbah itu..

Barangsiapa pernah mengambil walau sedikit harta,tanah atau apa2 hak milik orang, pulangkanlah.. sesungguhnya dosa sesama makhluk hanya boleh diampunkan dengan cara bersemuka…
Malahan dosa terhadap Allah, boleh dilakukan dengan cara bertaubat..
(sampaikan-sampaikalah walau satu ayat)

Menu tengahari, masih panas.. belum diusik kerana menunggu suami tersayang balik rumah…



Tulang ayam, tanpa isi ayam (mak saudara penjual sate, sering sedekahkan tulang2 ayam ke CR) ku masak sop, campak carrots dan juga kentang.. masak ala2 kampung tanpa apa2 perasa…


Penyedapnya.. ku potong ulaman… rasanya sesuai buat sahabat yang sedang berpantang dan sahabat yang mahu kearah sihat..

Mangkuk kecil, ikan masin tenggiri basah.. dah bertahun tak jumpa.. tadi ke pasar aku beli…


PS: kerja tengahari tadi, lepas update blog tentang aktiviti cuti.. aku terus ambil daun pisang.. menu kenduri esok.. Nasi Ambeng..(satu dulang 4 orang)

Sunday, February 5, 2012

Drama: Suami Terpuji tv 9.. Drama komedi buat aku gelak sampai sakit perut!!


Sempena maulidul Rasul, tv 9 banyak mempersembahkan drama terbaik yang lebih menuju kearah keagamaan.

Malam tadi, aku dapat layan drama ini sambil menunggu pakaian kering dimesin basuh… maklumlah MAID 4 hari bercuti

Drama ini dibintangi Wahid senario sebagai fariz, Rozita che wan sebagai Fara, lakonan sebagai suami isteri dengan berjiran dengan Bell sebagai En Muda dan Azza Elite (yang belum dikurniakan zuriat).. 

Pelbagai kisah lucu yang berlaku akibat En Muda , sanggup berbuat apa untuk menarik perhatian ustazah.. berjogging dihadapan rumah, paling lucu baling angry bird bentuk hati.. hahahaha semata-mata mahu menarik perhatian Ustazah Nini guru ngaji Ain anak kepada fariz dan Fara


Manakala, Fariz sanggup bertukar menjadi suami terpuji seperti belajar solat. Belajar mengaji, berbuat amalan kebaikkan, pakai celak,kononnya nak ikut sunah nabi,. kerana kawan dipejabatnya yang mengamalkan sifat rasullulah dinaikkan pangkat.. 


Tertinggal solat subuh… kelaut,…hahhahaa..


Sedekahkan RM, beratus2 ko pada peminta sedekah….. hingga keperluan utama pun beliau sanggup tak jadi beli..  kalau sekelping tu patut, ini dia sedekahkan berkeping..... hahahah

Setelah beberapa kali diduga, barulah Fariz mendapati segala kelakuannya sia-sia kerana amalanya telah melebihi pada yang sepatutnya, dia membantu En Muda untuk berkawin dengan Ustazah Nini dengan mengajar pelbagai cara seperti belajar doa bernikah



Bila rahsia terbongkar, barulah mereka dapat mengetahui selama ini ustazah yang mengajar keagamaan adalah Nenek baru Ain.. bermaksud isteri baru Pak MUD yang selama ini dinikahi secara senyap selama setengah tahun.. kiranya suami yang paling terpuji adalah Pak Mud


Kikikiki… suami terpuji memang molek ditonton buat seissi keluarga… mengajar tentang gaya kehidupan masyarakat kita yang sering terpesong dengan belajar agama kerana ikut-ikutan, bukan kerana keikhlasan

Salam Maulidul Rasul..~ Tuan rumah ke Serting, N9)


Selamat berhujung minggu sahabat… salam maulidur Rasul..

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”


Marilah kita bersama-sama hadiahkan Al-Fatihah kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita beroleh syafaat daripada baginda kelak di akhirat sana. Amin.

Thursday, January 19, 2012

Menjadi isteri diredhai Allah


Rutin seorang ibu setiap pagi, selain kejutkan anak.. pastinya si ayah anak perlu dikejutkan…

Bila anak dikejut.. perlu di tiak namanya… Umai, bangun sayang.. hari ini ke sekolah…
Bila ayah anak di kejut.. perlu digoyangkan ibu jari kaki kanannya, Abang, bangun sayang.. nanti terlambat solat subuh

Ya… kita perlu kejutkan mereka dengan kata2 yang indah2.. kata2 yang buatkan mood mereka 1 hari berjalan dengan baik,

Moga mereka yang tersayang sentiasa ingat bahawa kita sebagai seorang ibu, isteri, wanita memang seorang yang sentiasa cukup bertenaga menjaga mereka.. walaupun kadangakala kita ada sakit peningnya…



Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’ ayat 34)

Friday, October 14, 2011

KENAPA TAK ROGOL SAYA???



Kisah benar ini berlaku di US. 

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. 

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan  tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. 

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasatakut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan. 

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia bacaayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu. 

Masa dia melepasi tempat lelaki itu  bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke 
rumahnya. 

******************
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol
itu. 

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. 

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol 
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). 

Dia pun tanya perogol itu.. 

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?” 
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa 
tu?) 

Perogol tu jawab: 

“No, you are not alone. That night I saw 
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.” 
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan 
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..) 

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat 
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu. 

p/s : MORAL CERITA INI??? 

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi  pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan 
diriNya. 

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." 
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] 




PS: Selamat pagi penghulu hari sahabatku semua…. Moga setiap pekerjaan yang kita lakukan di redhai olehNya..amin

Friday, September 23, 2011

Doa dan amalan untuk mendapakan Zuriat


Salam pagi jumaat sahabatku semua…sekejapnya masa berlalu.. hari ini citarasa rinduan tidak beroperasi, jadual ku akan dipenuhi dengan temujanji en zalie dengan doctor… sudah tiba masanya jadual kami padat dik temujanji demi temujanji yang telah dibuat sebelum ramadhan lagi..

Saat ini, ku bermohon agar 1 hari nanti akan ada zuriat buat kami… selain usaha, selain petua yang kami amalkan.. ada jua amalan berkaitan dengan doa yang kami amalkan…
Ku kongsikan dengan kalian doa amalan kami untuk mendapatkan zuriat …. Kami usaha, Insyallah..


Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


PS: Doa ini kupelajari dari Ustazah Siti Nur Bahiyah..semoga usaha yang kita lakukan sekurangnya membuahkan hasil.. Insyallah

Wednesday, August 24, 2011

Carilah......


Malam ini malam ke 25 ramadhan.. rasanya bulan yang mulia ini hampir ke penghujungnya.. semakin akhir, semakin ligatlah kita mengejar amalan semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang beriman….
Ku kongsikan dengan kalian doa yang ku ambil dari FB teman baikku KELLA
Telah diriwayatkan dari Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, 
“Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. Bersabda :

“Ucapkanlah;
" Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yg meminta ampunan maka ampunilah aku.” 
Semoga ALlah mengampunkan dosa dosa ku.. Amin..
PS: pelbanyakkan doa apa yang ingin kita inginkan.. Insyallah.. ada rezeki kita, pasti DIA makbulkan.. Amin

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday (Part 9) Nuzul Al Quran



Salam ramadhan ke 17, bersamaan hari Nuzul Al Quran.. Ibu Negara bercuti,. Tidak di Johor.. sama2 kita memperbanyakkan bacaan ayat2 suci Al Quran Nur Karim.. Semoga amalan ini dipupuk buat bacaan harian  kita...

Tuesday, August 16, 2011

Untuk renungan perempuan.... Berhati-hatilah berpakaian

Salam ramadhan ke 16 sahabatku..
Sesekala bila ku kering idea.. ku akan singgah ke blog sahabat untuk bertanya khabar… bila singgah ke blogger itu… hatiku terdetik, betapa lalainya kita dalam menunaikan fardhu yang diwajibkan atas kita.
Ku kongsikan dengan kalian apa yang berlaku pada mata kasarku semenjak berniaga di gerai yang sentiasa dipenuhi manusia.. lagilah berhadapan bank..  berhadapan dengan perangai manusia yang pelbagai ragam dan cara..

Kempen Legging
2 kali ku bertembung dengan makcik2 yang sopan pakaiannya namun memakai lengging (seluar yang nipis, ketat).. subhanallah.. malu diri ini bila berhadapan dengan mereka… sekiranya tubuh badan kecil, mungkin molek.. namun sebaliknya???
*************
Ada sekali dalam jam 3.20 petang, sedang aku menyusun makanan dari kenderaanku.. ku terpandang seorang perempuan yang berambut panjang, berseluar pendek yang menampakkan peha paling atas (bagiku seluar itu sama tinggi dengan seluar kecil@fahamkan maksudku?), berbaju tanpa lenggan, kulitnya berwarna gelap.. tanpa segan pilu menyusun langkah ke bank dengan terdapat 6 anak tangga…
Pada wanita sepertiku.. ianya amat mengaibkan..  Sepanjang geraiku ada pelbagai gerai.. semestinya mata2 para lelaki tidak berkelip memandang perempuan itu… setiap langkah naik anak tangga itu pasti menjadi saat paling berahi untuk para lelaki..
***************
Untuk renungan bersama-sama para perempuan.. hentikan tabiat buruk tersebut, sekiranya itu pakaian yang menjadi pelengkap anda dibulan2 biasa..Sila hentikan di bulan yang mulia ini,.. hentikan dan janganlah mengurangkan pahala ibadat orang2 yang berhampiran anda..

PS: hilangkah iman/maruah kalian??

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday (Part 7)



Zakat untuk Mak En zalie, siapa yang bayarkan?
Mak ada pendapatan sendiri?

Sunday, July 31, 2011

Solat Terawih dan Solat Witr

Assalamualaikum, salam hujung minggu..
Malam ini, penentuan samada umat islambermula  berpuasa pada esok hari atau tidak, dengan melihat anak bulan yang dimana tarikh melihat anak bulan adalah pada hari ini, jom.. ramai-ramai kita tunggu pengumuman di radio atau kaca tv….
Jika esok (isnin) adalah penentuannya, marilah kita bersama-sama bertarawih…
Ku kongsikan dengan kalian tentang solat tarawih.
( Petikan dari Risalah Siri (11) : Sembahyang Tarawih, Terbitan Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri (1981) - Cetakan Ketiga)


SEMBAHYANG TARAWIH
1. Hukum Sembahyang Tarawih:
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.


2. Waktu Sembahyang Tarawih:
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya'.


3. Rakaat Sembahyang Tarawih:
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.


4. Lafaz Niat Sembahyang Tarawih: 




Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma'mum kerana Allah Taala (Pulang ke Laman Hadapan)


5. Rukun Sembahyang Tarawih
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.


SEMBAHYANG WITR

1. Sembahyang Sunat Witr
a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.
b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr


i- bagi dua rakaat yang pertama: 



Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.


ii- bagi rakaat yang akhir: 



Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.

d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut sembahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi
 
  

FADILAT SOLAT TERAWIH
 
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunar terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

PS: baru pulang dari halaman kampung tercinta… seronoknya bersama ibu dan adik lelakiku walau sekejap bersua…
SALAM RAMADHAN untuk kesemua sahabatku yang beragama Islam..

Friday, July 29, 2011

Jadualku Padat...

Assalamualaikum, salam penghulu hari sahabatku semua,
Hari ini, jumaat terakhir sebelum kita yang beragama islam menunaikan rukun islam yang ke tiga.. bersama-sama kita melakukan perbuatan yang baik-baik disisiNya..Insyallah…
Jadual ku hari ini amat penuh…maklumlah hari ini citarasa Rinduan bercuti....
1.       sekejap lagi ku akan bersama-sama pekerjaku mengziarahi pusara arwah FIL (hamis bin Haji Abu), al fatihah atas roh allahyarham
2.       ku akan menemankan MIL membeli barang-barang dapur (rumah) untuk bulan ogos/ramadhan
3.       Ku akan membeli barang-barang kering untuk jualan sempena bulan ramadhan nanti.
4.       Mungkin aku akan mengambil kesempatan untuk membeli pakaian raya untuk anakku umai..
Oleh itu.. untuk sahabatku di alam maya..
Ku tidak sempat untuk singgah ke rumah kalian… Mohon kalian memahami, terlanjur ku buat entry ini,,
Khas untuk sahabat yang kerap update blog pada waktu bekerja, ku mengucapkan Selamat menjalani Ibadat Puasa…. Semoga ibadat puasa kita diterima olehNya, dan disamping itu kita melakukan amalan-amalan yang mulia di bulan yang penuh barakah ini.. bersedekahlah sekiranya kalian mampu.

PS: Ku mohon, agar apa jua pertuturan/perkataan yang mungkin ada membuatkan kalian terasa/kasar di hati kalian, ku mohon ampun dan maaf..salam sayang dariku Ayu-citarasa rinduan

Saturday, July 16, 2011

Ku berkongsi dengan anda...

Selamat petang sahabatku………. Ku ingin berkongsi sesuatu dengan kalian yang khususnya beragam aislam……
Malam ini malam nisfu syaaban…
Seeloknya, bacalah surah yassin 3 kali, setiap kali diikuti doa seperti dibawah dengan niat:-
1.       Bacaan pertama – Mohon panjang umur dalam kebajikan
2.       Bacaan kedua – mohon dimurahkan rezeki yang halal
3.       Bacaan ketiga – mohon iman yang sempurna semasa mati kelak
Manakala, berpuasalah sekiranya kalian berkemampuan pada esok hari…
*****************
Alhamdullilah.. hari ini, aktiviti yang ku lakukan bersama-sama family tersayang termasuk ibubapaku berjalan dengan baik..
Sekejap lagi ku ingin melawat mak saudara en zalie di hospital Kota Tinggi….ingat lagi entry ku? sila klik sini.. beliau masih ditahan di ward..
Apapun… hati ini bertambah gembira kerana ibubapaku sentiasa menyokong dalam setiap tingkahlakuku….
PS: untuk renungan sendiri dan sahabat di luar…… sesungguhnya, selagi ada ibubapa kita didunia.. berbaktilah pada mereka.. Insyallah

Tuesday, May 31, 2011

Doa ringkas selepas solat

Assalamuaalaikum. Salam pagi selasa......

Kalau ikutkan hati nak bermalasan dirumah, atau pi bercuti kemana-mana ker. Wah! Bestnya...
Namun, ku seperti kalian.. bekerja untuk mencari sesuap nasi.

Pagi ini ingin kukongsi dengan kalian doa ringkas selepas solat, sekurangnya ku berpesan walau 1 ayat, semoga kita berada dalam lingkungan orang-orang yang beriman.. amin





Maksudnya:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

kredit to doa harian

Friday, May 27, 2011

Asmaul Husna, 99 Nama Allah

Assamualaikum.. salam pagi jumaat sahabatku semua.. semoga kalian sentiasa diberkati, semoga kalian sentiasa dirahmati, amalkan sedekah al fatihah atas roh kita (sebut nama penuh sewaktu membacanya), insyallah..

***************
Hari ini, hari cutiku..pelbagai aktiviti perlu ku lakukan, mujur ku wanita, tak perlu solat jumaat walau sesekali ku suka curi-curi dengar khutbah jumaat...

Sambil layan umai, sementara menunggu en zalie pulang.. pasti arena waktu itu adalah mendalami ilmu yang perlu ku bawa kesana...

Dah lama rasanya ku tidak amalkan Asmaul Husna, hanya terikut waktu kuliah solat subuh setiap pagi dimasjid kampungku (corong speaker) itupun waktu itu ku sibuk dengan memasak sarapan pagi di citarasa rinduan..

Dikesempatan pagi yang penuh berkat ini, molek ku kongsi dengan kalian.. sekurangnya elok kita berpesan-pesan walau 1 ayat

*****************
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih Bukhari.
1.  Allah
2.  Ar-Rahman - Maha Pemurah
3.  Ar-Rahim - Maha Penyayang
4.  Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5.  Al-Quddus - Maha Suci
6.  As-Salam - Maha Penyelamat
7.  Al-Mu'min - Maha Pengaman
8.  Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9.  Al-‘Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-‘Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi’ - Maha Tinggi
25. Al-Mu’iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami’ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-‘Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-‘Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-‘Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi’ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba’ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu’id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta’ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-‘Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan   Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami’ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani’ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi’ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi’ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar 
************************                                







                
FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

 2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

 3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga  manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

 4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

 5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

 6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan  menjadi segar sihat & sejahtera.

 7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

 8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

 9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

 10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

 11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

 12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

 13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

 14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x 
sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

 16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

 17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

 18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

 19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

 20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

 21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

 22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

 23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

 24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau  di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

 25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

 26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

 27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

 28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

 29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

 30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

 31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

 33. "Ya Haliim!"  Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar  atau diungkit-ungkit atau tergugat.

 34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

 35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

 36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

 37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

 38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

 39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

 40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

 41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

 42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita  akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan -  perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

 43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak  masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

 44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....

45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

 46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

 48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
 49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

 51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

 52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

 53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

 54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

 55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar 
sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

 56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

 57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

 58. "Ya  Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

 59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....

60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

 61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

 63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap  manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

 65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

 66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

 67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

 68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

 69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

 70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
 71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".
 72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
 73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

 74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

 75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

 76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

 77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

 78. "Ya  Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka  yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

 79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

 80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

 81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita  memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

 82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

 83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

 84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

 85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

 86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan,  InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

 87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

 88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

 89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

 90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

 91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

 92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

 93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

 94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya  Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

 95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

 96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

 97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin,  nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.