Salam ramadhan ke 16 sahabatku..
Sesekala bila ku kering idea.. ku akan singgah ke blog sahabat untuk bertanya khabar… bila singgah ke blogger itu… hatiku terdetik, betapa lalainya kita dalam menunaikan fardhu yang diwajibkan atas kita.
Ku kongsikan dengan kalian apa yang berlaku pada mata kasarku semenjak berniaga di gerai yang sentiasa dipenuhi manusia.. lagilah berhadapan bank.. berhadapan dengan perangai manusia yang pelbagai ragam dan cara..
2 kali ku bertembung dengan makcik2 yang sopan pakaiannya namun memakai lengging (seluar yang nipis, ketat).. subhanallah.. malu diri ini bila berhadapan dengan mereka… sekiranya tubuh badan kecil, mungkin molek.. namun sebaliknya???
*************
Ada sekali dalam jam 3.20 petang, sedang aku menyusun makanan dari kenderaanku.. ku terpandang seorang perempuan yang berambut panjang, berseluar pendek yang menampakkan peha paling atas (bagiku seluar itu sama tinggi dengan seluar kecil@fahamkan maksudku?), berbaju tanpa lenggan, kulitnya berwarna gelap.. tanpa segan pilu menyusun langkah ke bank dengan terdapat 6 anak tangga…
Pada wanita sepertiku.. ianya amat mengaibkan.. Sepanjang geraiku ada pelbagai gerai.. semestinya mata2 para lelaki tidak berkelip memandang perempuan itu… setiap langkah naik anak tangga itu pasti menjadi saat paling berahi untuk para lelaki..
***************
Untuk renungan bersama-sama para perempuan.. hentikan tabiat buruk tersebut, sekiranya itu pakaian yang menjadi pelengkap anda dibulan2 biasa..Sila hentikan di bulan yang mulia ini,.. hentikan dan janganlah mengurangkan pahala ibadat orang2 yang berhampiran anda..
PS: hilangkah iman/maruah kalian??
41 ulasan:
errr. agaknya kalau sy pakai camni,
tak keluar rumah la sebab kena ikat dengan mak kat tiang..
sbab memang tak bagi pakai la camni..
lengging tu pun tak ada..huhu
Salam Ayu...
Sis ni byk legging...tp pakai waktu tido dan bila pakai Jubah aje..belum lagi nak pakai keluar rumah dgn bertudung....
kadang2 budak remaja ni bila pandang kan..terikut fesyen bertudung bukan nya bertudung ikut sunah dn kewajiban...susah nak kata dah...
*cuma kita ni belum terbuka la nak pakai tudung labuh..at least msh jaga batasan etika bertudung...
betul x ayu?..huhuhuhu
cik pulau--
biarlah kita di anggap kuno, dari memperagakan tubuh badan yang tak sepatutnya..
beli tak salah dik.. tapi biar kena pada masa dan keadaannya..
seperti memakai lengging untuk elak kaki dari menampakkan kulit kaki sewaktu berbaju kurung, jubah atau sebagainya
sis lin--
wsalam sis...
itulah kan sis. pakai pada masanya. tak salah beli..
lagi satu kan sis.. bagi ayu, ditempat awam lagilah bulan mulia.. mencacatkan penglihatan mata kaum sebaliknya...
tak kasihankan pada mereka?
**Samalah sis, ayu pun belum bertudung labuh.. hanya memakai seluar labuh sahaja..
Yg paling tak siuman pernah kami nampak time jln2 kat supermarket, nampak sorang pompuan tu, jln dgn laki dia (of coz Malay la kan.. non malay kita tak nk ckp), pakai baju transparent sgt sampai nampak b** Pak Aji2 yg lalu sampai mengucap "Astagfirllahalazimmm".
MM--
subhanallah...itulah kan,. jika nak berhias cantik2 pun silalah minta pandangan muhrim kita..
elok ker?
terlampau tak elok ker?
sama2 kita ambil renungan dan iktibar utk kaum sejenis ya sis..
saya sesungguhnya anti orang pakai legging kak,kadang tu ringan je mulut ni nak tegur tapi tak cukup berani lagi
wah,layout dah baru!!
selamat pagi cikgu--
eik, kita bertembung kereta ker tadi? hehehehe
bab layout, blogger azrin rahim yang editkan..
**itulah cikgu, kalau ditegur ada yang kata jg kain sendiri..
walhal kita sama2 kena sentiasa menegur... dan sama2 meningati, mujur ada medium yang terbaik.. blog contohnya, sama2 warkan2 ya cikgu**
nak vogue sangat, ni la namanya balut aurat kan..macam kaki rimau je tuh, bukan kaki manusi lagi tue..kalau org jumpe kate, rimau jadian,,keh3...ops terlebih dah
hmm..susah nak cakap bab ni kan..saya takde lagi legging ni..huhu, saya tak kisahla kalau orang nak kata saya kuno ke tak mengikut fesyen semasa ke tak pe..mudah2an mereka2 akan berubah satu hari nanti, begitu jugak ngan saya sendiri..sentiasa mengharap perubahan dalam diri..
fiq--
hehehehhe.. sama2 kita munasabah diri kan..
elak dari memakai pakaian y bukan2
as-salam ayu..apa khabar?
lama x ke mari dah bertukar wajah blog ni..tmbh cantik :)
ayu, sy pon malu tgk kalau org betudung tp pakai bj singkat hingga namapk bentuk punggung (sbb pakai seluar atau kain ketat)..
betul ckp ayu kalau badan kering (mcm sy) pakai pon tak efek apa sgt psl org akan ingt papan berjalan..tp dah kalau bdn montok tu beringatlah bila berpakaian..
p/s: sy pakai legging kat rumah jer hehe
miss--
sama2 kita ingat mengingati.. biarlah apapun pdgn orang.. janji kita tak memperlekehkan agama kita
Rina--
wsalam,
sentiasa sibuk dgn perniagaan rina..tulah dapat update blog bila ada masa trluang,
terima kasih rina. blog nie blogger azrin rahim y edit..
itulah rina, kalau badan kurus,, mungkin cantik, ditambah baju labuh.. dan ikut kesesuaian tempat..
kalau di luar dgn tubuh badan mcm ayu..
sangat memalukan..
sama2 mengingati dan bertukar2 pandangan amat digalakkan
mudah2an..
ayu nak ke pasar, beli barang mentah..
semoga kita sentiasa dipermudahkan..
Amin
betoll . sangat malu T_T
pakai dalam rumah je dah lah .. huhu
p/s : ehh blog akak dah lain ye ^^ cantekkk
ramai yg berpakaian macam non muslim sekarang. kita pon jadi confuse..
blog ni makin ceria. :)
PR pun ade jugak tengok la pempuan yg pakai leggings masuk tabung haji. hu...hu...hu....
fesyen legging ni.. masa zaman aya remaja dah ada.. (zaman rock). Ingat lagi.. abah akan kutip semua seluar jenis ni (kalau saya beli) dan buang.
Memang selalu tak pernah dapat pakai pun..
hhmmpphh :(
org pempuan zmn skrg mmg x tau malu :(
ayu, maksu dah bank-in RM10 duit kemenangan contest pada hari sabtu lepas. emel tak lepas kot... takut takut ada problem jer. sekadar nak beritahu tu jer. dan maksu sedang uruskan cenderahati untuk diposkan.
Alhamdulillah sampai ke hari ni belum ada sehelai pun lengging dlm koleksi sy nampak org pki pun sy dah gerun ..ketat sangat selesa ke??
bila selisih org yg mcm ni, kebetulan plak ada lelaki.. nina jadik malu, rasa cam nk tutup muka tak kasi org tgk kte, moga kte tak jadi spt mereka...harap dia berubah kn kak..
bila selisih org yg mcm ni, kebetulan plak ada lelaki.. nina jadik malu, rasa cam nk tutup muka tak kasi org tgk kte, moga kte tak jadi spt mereka...harap dia berubah kn kak..
tapi saya lelaki kak ayu~~saya suka semua tu~keh keh~~
blog baju baru~saya baru perasan~~cantik~~~
*akak sibuk2 niaga pun sempat lagi hias rumah eh?
salam kak ayu,
Jawapan saya F. Semua di atas!
sangat setuju dengan entri ni, kita sendiri sebagai perempuan jadi malu nak tengok...
sendat, ketat, melekat menjadi pilihan...dunia akhir zaman...
berpakaian tetapi berbogel!
susah apabila bertudung+ingin berfesyen tetapi tak kena gaya...
alhamdulillah... suka n3 ni, memperingati mereka yg alpa. kdg2 nk ckp face to face x cukup keberanian kan kak.. tun kalau tgk wanita2 yg berpakaian mendedahkan aurat ni, mesti tun tenung2, tp mulut alahai, beratnyer nk tegur.. 2hari lepas tun gi jemputan berbuka puasa tau, pastu kt surau b4 berbuka tu, ada laa anak dara sorg pegawai ni dtg. bertudung cantik, baju kurung pun cantik.. masalahnyerrr.. baju kain transparent, pastu xpakai kain dalam, pakai lengging ni laa.. fuhh... dr jauh dh nmpk tiang 2 batang. kesian kt lelaki2 yg dtg berbuka puasa aritu, kurang pahala puasa seharian tgk dia.
Ayu,
Semoga entri Ayu dan kawan-kawan blogger lain yang mengutarakan isu tentang pemakaian tidak menepati syariat sebagai seorang muslimah dapat dijadikan pengajaran dan iktibar. Dan saya doakan agar pembaca yang membaca dan menatap gambar-gambar itu jauh dari dosa mengata dan mengeji......
Mereka membuat dosa. Tapi, saya juga takut dgn Allah andai mulut ini terlajak mengata mereka. Dan tdiak semena-mena, saya boleh mendapat tempias dosa itu.
Nauzubillah!
selalu nampak .. pelik sbb ramai masih x dpt bezakan huhuhuh
minta dijauhkan .. sib baikk ieda x pernah terfikir nak pakai huhuh
salam ayu..
anak2 maklong pun maklong tak bagi pakai legging ni.. apa lagi maklong.. mohon dijauhkan..
n3 yang bagus ni.. saling mengingatkan yang alpa tentang aurat wanita..
Untuk renungan perempuan, tapi pada masa yang sama, untuk tenungan lelaki. Hik hik! :-p
Terbaru dari Logokoko:
[U] Budi yang baik dihukum jua
[U] Dengki
[U] Jualan murah yang lebih mahal!
mkcik2 pon dh pkai cmni..
ade gak nad jumpe..
ish3
kita pun selalu tengok gini dan rasa macam nak penampor je! macam tak sedar diri plak!
apa jadahnya ko pakai tudung litup, pastu legging plak kat bawah!
isshhkk!
itulah... bila ada mata tapi tak nampak..
Dan perlu ditekan kan juga, menutup aurat itu ialah utk seumur hidup, bukan di bulan puasa sahaja :)
salah satu tempat adlh bazar ramadhan..tu pasal la sy x beli2 kat luar sana, cmner nk cover mata..aduhai dugaanya sunguh berat...cari 'juadah' niat asalnya..hurm !
astaqfirullah...
tpi mmg lawak gmbo ke-2 tu kan... hahahah
sya legging buat tido jek...
sama2 berfikir bagi yang ingin berfikir.....
Mcm papa mifz yg keje kat dlm shopping complex nih mmmg selalu jumpa mereka yg pakai mcm tuh,x sesuai langsung..badan x molek pun..
amy ada pakai juga hari tue tapi lepas en.hubby tegur terus x pakai sampai sekarang..kalau pakai pun jenis baju labuh ke bawah , yang singkat2 x pakai dah...
uncle suka tengok....
tapi baukan dalam bulan puasa la....
org perempuan perlu ada rasa malu...
salam akak...
pakai dress yg ketat2 n sendat2 ni serupa mcm xpakai dress jer. xkira la laki or pompuan sbb nmpk bentuk sana sini.. elok la kalo ikut jer etika berpakaian sbgmana yg islam telah gariskan utk umatnya :-)
Ramai yang memakai tudung sekadar suka-suka dan ikut-ikut saja.
Saya tak faham kenapa legging tu jadi fesyen kepada orang Malaysia, wanita Muslim???
yg pasti boleh menimbulkan fitnah..harap2 dijauhi..
Post a Comment