Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, August 16, 2011

Syukur, ada sahaja yang menghulurkan bantuan,.


Selamat malam sahabatku…tak selalu kita di beri kesejahteraan yang baik2 sahaja, tak selalu kita akan diberi rezeki yang melimpah ruah.. adat sekiranya di duga.. itu tandanya, kita adalah tergolong dari orang2 yang terpilih dari yang ada dimuka bumi ini…
Hari ini, ku agak risau sekali.. jam menunjukkan ke angka 4 petang, namun tanda2 en zalie sihat semakin tipis.. ku sarankan en zalie ke klinik berdekatan, bila sakitnya melanda.. tentu sahaja en zalie perlu diberi antibiotik atau suntikan buat pereda kesakitan..
****************
Bayangkan, siapalah yang perlu memandu kereta ke klinik, jika aku berjualan (sakit en zalie semakin parah pada jam 3 petang) makanan yang ku masak sudah siap tersedia di kedai..akhirnya, kata sepakat di putuskan ku berniaga seperti biasa manakala en zalie ke klinik dengan ditemani sahabatnya..
Terima kasih kepada sahabat beliau yang sudi memandu kereta en zalie ke klinik.. saat ini, teman memang diperlukan.. semoga jasanya dibalas dengan perkara yang baik2 terhadap beliau..
*****************
Berbalik pada masalahku pula.. jam hampir ke 5.30 petang, namun ku belum menunaikan kewajiban..(kebiasanya ku bergilir dengan suamiku pulang ke rumah )
Syukur, saat risau yang melanda.. ku terfikir kedai runcit berdekatan.. akhirnya, ku memohon jasa baik tuan kedai untuk ku menunaikan fardu yang wajib padaku… Besarnya jasa tuan kedai itu kerana sudi membantuku….
Tak ku hiraukan keadaan kedai yang memang dipenuhi barang2, hanya ku perlu bilik yang bersih bagi menjalani fardhu itu…….
PS: Syukur, saat ku buntu, ada sahaja yang menghulurkan bantuan.. terima kasih jiran dan sahabat yang sentiasa memberi kami peluang untuk menjalani ibadat dengan sempurna..

15 ulasan:

Hudalatip said...

betul ayu..mujur ada teman yang memahami..bagaimana kesihatan en zalie? harap dia cepat sembuh ya..

Aini Azman said...

beruntung akak,.org2 disekeliling akak sume baik2,.=))

Unknown said...

miss--
selepas doktor suntik.. en zalie semakin pulih.. tapi tadi solat kak sarankan dia solat duduk...
syukur.. sebab dia semakin pulih

ain--
alhamdullilah, hikmah berjiran dengan orang2 yang sentiasa berhati mulia

faizalnizam said...

itulah pentingnya jiran dan sahabat handai.

tun_telani said...

alhamdulillah.. kalau tawakkal padaNya, pasti Dia berikan jalan keluar utk masalah..

azieazah said...

Salam AYU,

pernah tak dengar: bila kita berbuat baik pada seseorang, jangan terfikir akan balasannya. Kerana suatu hari nanti, tanpa kita sedar ada orang lain berbuat baik pula kepada kita.

AYU, faham kan?

Ramadhan: Nuzul Quran “bacalah...”

cik cek said...

Salam Ayu....

Mcmana kesihatan en.Zalie...kak cek doakan agar sakitnya beransur2 sembuh...Insyaallah...

insan marhaen said...

muga sihat hendaknya

ISZA said...

alhamdulillah..
semoga sakit suami ansur beransur sembuh..
amin~

Along Maklong said...

semuga suami ayu cepat sembuh..

dieya said...

moga en. zalie cepat sembuh
moga Allah membalas jasa baik kawan en. zalie
moga Allah merahmati kak ayu kerana tetap berusaha utk bersolat walau di mana berada

Unknown said...

alhamdulilah..masyrkt sekeliling ygsentiasa fham akan diri ini

Daddylicious said...

kadang2 takut utk membaca entry cik ayu ...tak sanggup merasainya...tabah ok!

Mama Kembar Tiga said...

InsyaAllah, disaat memerlukan Allah akan buka jalan penyelesaian. Moga hubby ayu cepat sembuh. TErus kan tabah yer ayu.

SITI NOARIZAH ARIS said...

Ayu bila kita suka menolong saat2 sukar macam nilah ALLAH hantar org lain utk menolong kita pulak walaupun bukan orang yg kita tolong dulu... Semoga ayu sentiasa tabah dan kuat.