Salam ramadhan ke 24 sahabatku, semalam ku minta abah dari kampung datang ke rumah.. makanan, kuih muih, air mineral untuk ibu terpaksa ku hantar dahulu, ku benar2 sibuk menguruskan keperluan raya untuk ibu dan untuk MIL…
Belum ada kesempatan nak bersahur atau berbuka puasa dengan family dikampung, (tak pernah berlaku sepanjang usiaku ini), mungkin bukan tahun ini, mungkin akan datang, Insyallah.. tak sampai hati ini meninggalkan MIL berbuka keseorangan di rumah….
Kalau dahulu bolehlah ku cuti seminggu, memasang langsir, buat kuih raya, cuci longkang rumah dikampung.. namun tahun ini berubah…. Ku kena terima kenyataan ini.
PS: hari ini tanpa kata2.. namun ku berkata-kata untuk meluahkan jua.. (Maaf, tak dapat nak ber BW, apatah lagi nak balas komen kalian, hanya ucapan terima kasih untuk kalian)
25 ulasan:
sian kak ayu..busy sgt ye?moga ibu di kampung faham.mungkin dia juga sgt teringin utk berbuka isau yengan kak ayu mcm thn2 lalu.tp dia fhm keadaan kak ayu .pasti ibu akak fhm...jgn r
akak sgt sibuk kan..izan dpt bygkan kesibukkan akak..takpe kak,mereka mesti faham situasi akak...akak bukan sengaja kan.. =)
slmt meneruskan ibadah puasa kak!~
itu kuih raya ke kak....banyak nya....tin beso tuuuuu....sure ramai tetamu ni.....errr...mee bandung satu....ahakz
LYDIA--
ibu kak sangat faham.. tapi tulah kan, kadangakala layan mood ini,, menitis airmata..
kak akan usaha jua nak berbuka bersama mereka.. ada kurang 6 hari lagi saat yang perlu kak curi peluang itu..
terima kasih atas nasihat dik
izan--
dik, selamat jua untuk kamu...
kalau dahulu walaupun berstatus isteri orang, kak masih ada peluang berjasa untuk mereka..
namun ianya berubah.. Alhamdullilah, mereka memahami
jebat--
memang banyak dik, kak uruskan kuih muih dan rempeyek untuk mudahkan ibu tak perlu bersusah payah,
kasihan ibu pun bukan masih muda....
bab mee bandung tu.. turun johor ya..
isnyallah.. kak akan buat utk kamu
byknya kuih n brg2 kiriman ayu ke kg...akak sepanjang sebulan b'pose ni pun cuma dapat sekali balik kg b'buka n b'sahur dgn mak/ayah n mak/abah...
x mengapa lah ayu...mmg kasihan klu nak di tinggal MIL tu seorg diri....ibu ayu tentu memahami keadaan ayu skrg....insya'allah dipenghujung ramadhan nnti mungkin ayu ada peluang b'buka di kg....
Adakala kita tidak begitu selesa dgn kehidupan sekarang sehingga tidak inginkan sebarang perubahan.
Tapi bila ada perubahan yang perlu diikut, redha dan terimalah dgn hati terbuka. Kerana kehidupan hari ini dan akan datang pasti menjurus ke arah yang lebih baik bila kita bersedia.
InsyaAllah AYU, kebahagiaan itu di mana-mana asal sahaja kita ikhlas, kan?
kak lieya--
tiap2 tahun mmg ayu akan uruskan kuih raya ibu..
tapi buat.. tahun nie ayu kena beli dan buat sedikit, sbb sibuk dgn urusan di sini..
itulah kak, nak gak cari peluang utk bersama mereka, rasanya kena minta mak mertua join sama nie..
hehehheh
kak AA--
kerap tersentuh dgn komen kak..........
dahulu bila ayu luahkan, kak lah yang akan balas dan beri komen membina utk ayu..
terima kasih kak..
alhamdullilah...
ayu kena terima dengan redha,
syukur, sbb ibu memahami, kalau ikutkan MIL tak kisah..
tapi ayu pula tak sanggup nak tinggalkan dia keseorangan...
takper ayu, iallah ada masa dan kesempatannya ok..Aahlah banyak barang yang ayu pos ke kampung..
miss-
itulah kan....
alhamdullilah, semalam petang, barangan dah sampaike tangan IBu..
abah yang datang kesini tolong bawakan....
bagus....selamat menempuh hari yang bizi
kak ayu.. semoga Allah memberikan ganjaran yg setimpal dgn pengorbanan yg akak lakukan. tun doakan semoga Allah mempermudahkan segala urusan akak, iA.
eelobor--
tinggal 3 hari lagi aku nak berniaga... 3 hari lagi aku nak cari jua masa terluang bersama family..
kalau tak dapat bersahur, berbuka pun okeylah...
tun--
dik, terima kasih atas doa kamu itu.
sangat terharu dgn kamu....
Assalamu'alaikum Ayu...
teruskanlah kerja-kerja yang lebih penting untuk didahulukan. Nanti2 kita boleh 'bersembang' lagi, ya. :)
kakcik--
waalaikumusalam............
ya kak, ada 3 hari lagi berniaga..
seminggu nie layan periuk belangga tapi fikiran dah jauh menyimpang..
alhamdullilah pelanggan tak ada yang komplin ttg rasa makanannya.. hehehehhe
puasa kan?
insyaAllah....mugkin dimasa hadapan ayu berpeluang buat gitu...
yang penting, ayu sentiasa berdoa dan ingatan ayu pada keluarga ayu.....
insyaAllah...keluarga ayu faham keadaan ayu sekarang...
sibuk kemain~he~~pulun kerja jangan sampai abai kesihatan tau kak~~
salam Ramadan yang ke 24 ye kak.. salam ceria..
sabor ayu.....
Tak ada ke untuk rumah kakak Ayu. Dah lalu depan rumah kakak kan...:)
Begitulah lumrah kehidupan Ayu tidak semua yg kita mahu dapat lakukan dgn mudah.
Selamt Hari Raya dari kakak & keluarga..
wahh.bnyak ni..
untuk sy takde ke??
heee~
Bisnes sendiri ternyata sangat-sangat menuntut komitmen masa yg tinggi!
Ini bukan WW....
Takpe asal masyuuukkkkk!
Penuh sebonet kereta makanan! :)
wahh... dah lama tak ke citarasa rinduan.
semoga semuanya dilalui dgn tabah. pasti ada hikmah. klau kita ikhlas, org pasti takde komplen walau apa jua yg kita lakukan....
SELAMAT HARI RAYA!!!
busy nya akak...jaga diri leklok ya.. ^^"
Post a Comment