Salam ramadhan yang ke 11 sahabatku semua….
Sekejap sahaja masa berlalu,siang malam..siang malam, hampir hari ke 10 ku berniaga lauk pauk di tepi jalan besar laluan ke kulai-bandar tenggara…
Ku perhatikan dalam tempoh 9 hari ini, ada 2 kemalangan yang berlaku…
Minggu lepas lori dengan motor, minggu ini motor bertembung dengan motor…memang mengerikan bila menyaksikan kejadian yang berlaku depan mata
*****************
Kalau di fikir-fikirkan, di mana-mana terjadinya kemalangan, tadi malam.. sementara nak solat tarawih.. masih sempat tonton berita tv9 , semestinya ada berita semasa.. tak silap aku ada kemalangan pelajar menunggang motosikal bertembung dengan lori.. 1 lagi,warga emas menunggang motor tertimpa pokok, kedua2 kes itu pemandunya meninggal dunia..
Al fatihah kepada mereka yang terlibat….
Moralnya, berhati-hatilah semasa memandu.. malang tak berbau.. dimana-mana berlakunya kes kemalangan jalanraya… pandulah dengan selamat….
PS: walau dimana berada, ingatlah tersayang.. lagilah dimusim perayaan…..
SELINGAN~~Terbayang lagi kisah raya pertama di hospital kota tinggi 3 tahun yang lepas, adik perempuan kemalangan jalanraya.. seminggu koma.. kami adik beradik berulang alik menemankan adik tersayang. Syukur adik masih panjang usianya..saat ini sedang berbahagia bersama suami tersayang, dan sedang mengandung anak sulongnya sudah masuk 8 bulan.
8 ulasan:
salam 11th ramadhan buat ayu jugak~!!
betul tuh ayu..kekadang ngeri bila nengok ..banyak betul accident kan?? mg Allah pelihara kita dan keluarga kita semua...amin~!!
betol tu sis..kemlgn tidak mengira tmpt and waktu..bila2 shje boleh terjadi
nnt nak dekat raya kmlngn makin meningkat...
takutnya...
semoga Allah memelihara kita semua ketika dalam pemanduan agar lebih berhemah & selamat. tambahan lagi aku selalu travel jauh2....
betol..
pandulah berhati-hati..
yang hati2 pn boleh accident..
apatah lagi yang tak hati2..
lagi la kan..^^,
salam ramadhan yang ke 11 kak ,
Minta di jauhkan la dari perkara yang tidak di ingini , kalau naik kereta amy selalu risau kalau hubby bawa laju..sebab amy pernah terlibat dengan kemalangan satu keluarga di serendah..3 hari dok dalam wad , dahi dah macam flowerhon...kalau di ingatkan memang takut..
kejap jer dah hari yg ke 11 kan k.ayu :)
huhu...sentisa tawakal tatkala memandu...
aah dik, banyak sangat xcident kann... kekadang bukan salah kita, tp kecuaian orang kita jd mangsa.. apa2 pun kita kene berati2 la dalam segala perkara...
jom sudi2 lae folo akak plak ye...
Post a Comment