Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label pengunaan. Show all posts
Showing posts with label pengunaan. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Berhati-hati semasa memandu, Ingatlah orang yang tersayang..


Salam ramadhan yang ke 11 sahabatku semua….
Sekejap sahaja masa berlalu,siang malam..siang malam, hampir hari ke 10 ku berniaga lauk pauk di tepi jalan besar laluan ke kulai-bandar tenggara…
Ku perhatikan dalam tempoh 9 hari ini, ada 2 kemalangan yang berlaku…
Minggu lepas lori dengan motor, minggu ini motor bertembung dengan motor…memang mengerikan bila menyaksikan kejadian yang berlaku depan mata
*****************
Kalau di fikir-fikirkan, di mana-mana terjadinya kemalangan, tadi malam.. sementara nak solat tarawih.. masih sempat tonton  berita tv9 , semestinya ada berita semasa.. tak silap aku ada kemalangan pelajar  menunggang motosikal bertembung dengan lori.. 1 lagi,warga emas menunggang motor tertimpa pokok, kedua2 kes itu pemandunya meninggal dunia..
Al fatihah kepada mereka yang terlibat….
Moralnya, berhati-hatilah semasa memandu.. malang tak berbau.. dimana-mana berlakunya kes kemalangan jalanraya… pandulah dengan selamat….
PS: walau dimana berada, ingatlah tersayang.. lagilah dimusim perayaan…..
SELINGAN~~Terbayang lagi kisah raya pertama di hospital kota tinggi 3 tahun yang lepas, adik perempuan kemalangan jalanraya.. seminggu koma.. kami adik beradik berulang alik menemankan adik tersayang. Syukur adik masih panjang usianya..saat ini sedang berbahagia bersama suami tersayang, dan sedang mengandung anak sulongnya sudah masuk 8 bulan.

Saturday, July 30, 2011

Aku dapat !!!, Ford Fiesta XTR sapphire-Edisi Terhad

Kalau korang nak tahu kereta nie paling spot, sesuai untuk yang suka pada gaya lasak, perlumbaan… lengkap dengan bodykit XTR dan pelekat Sport




 Aku dah dapat dah!!! Dah dapat duduk dalam fiesta XTR, dapat ambil gambar… untuk miliki aku tak mampu ooooo……. Mampu ambil gambar jer, nie sepupu aku punya aku tiak Abang Zizi… 


PS: Dapat ambil bau kereta jerlah.. mana tau.. esok2 dapat durian runtuh.. Yahoo..!! Viva pun okey kan?

Monday, June 27, 2011

Cuba tilik dekat-dekat (tips kecantikan si wanita)


Selamat pagi isnin sahabatku semua
Tara.. pagi ini ku temankan en zalie ke HIS, apoiment beliau dengan pakar ENT dan pakar fisioteraphy… jadi, pagi ini kena bersiap cepat sedikit.. nak dapatkan nombor yang sedikit.. hehehe
Sebelum ku melangkah kaki ke luar rumah.. jom..Ku kongsi tip kecantikan untuk si wanita..
**********************
Korang cuba tilik kulit wajah kalian dekat-dekat di cermin..
Perasan tak ada pori-pori yang terbuka?, sebenarnya,masalah ini sering sinonim dengan kehidupanku.. gelisahnya kalau pori-pori terbuka..bikin stress oooo…
**********************
Aku petik dari majalah INTREND..
Sebenarnya. Pori-pori terbuka disebabkan kulit mati dan minyak yang terkumpul didalamnya.
Masalah ini berpunca akibat masalah dalaman seperti hormon, stress, keletihan dan faktor luaran seperti pencemaran dan asap rokok
Langkah-langkah merawat pori agar tidak membesar adalah
1.       Dispilinkan rutin membersih kulit dengan teratur , (cuci kulit wajah 2 hari sehari)
2.       Solekan hendaklah ditanggalkan sebelum tidur (guna apa-apa alat pembersih make up)
3.       Berikan kulit wajah ruang untuk bernafas (jadi, molek kurangkan bersolek jika kalian di rumah)
4.       Jaga pemakanan (elak makanan berminyak dan bergas)
5.       Elakkan tekanan. ( saranan aku, molek kita jangan fikirkan masalah yang ada pada diri kita)
6.       Gunakan produk untuk pori (aku guna produk murah jer. Paling penting kita tahu jenis kulit muka kita)

PS: paling penting, kurangkan make up.. salah satu faktor kanser kulit adalah dari bahan make up yang kita gunakan.. Semoga kita selalu amalkan sifat kecantikan pada diri, selain kecantikan di luar.. kecantikan di dalam perlu dijaga ya!! Selamat berkongsi

Tuesday, June 21, 2011

Lebihkan senyuman

Baru balik dari belanjer mentah untuk citarasa rinduan..
Oleh kerana barang banyak nak ku cari..
Ada sesuatu yang ingin ku kongsi dengan kalian..
AKU:Berapa harga ayam? ( stok ayam untuk sarapan pagi, sudah kehabisan.. selalu ku peruntukkan 3 ekor ayam untuk ayam goreng berempah KFC)
PERNIAGA: RM **.**, kak nak berapa ekor?
AKU: 3 ekor jer.. dik, mahalnya harga sekilo gram.. kak perniaga.. takkan tak boleh bagi murah… nanti kak datang lagi kalau adik beri diskaun.(kiranya first time aku beli ayam kat pasar)
PERNIAGA: Oooo.. boleh-boleh, tak ada masalah.. lagipun kak cantik.. no hal lah!!
Moralnya, korang kenalah bermuka manis, kena guna bahasa yang baik-baik… sebenarnya aku tak cantik.. tapi lebihkan senyuman.. heheheh

PS: badan agak penat.. dan nampaknya kena tidur awal.. selamat malam kawan-kawan.. ku cuti BW ke blog kalian….salam sayang dari Ayu Citarasa Rinduan untuk teman-teman

Wednesday, June 8, 2011

Panasonic vs penasonic, baru ku tahu!!


Sebenarnya entry nie, bukan nak bezakan antara ke dua-dua jenama tersebut... mahupun aku nak beritahu yang aku telah dilantik  jadi duta jenama barangan elektrik..tak layak beb!! Layak tukang beli bolehlah.... (kopak saku seluarku!!)

Hanya nak kongsi pengalaman yang telah aku lalui kat korang..

Korang masih ingat kes aku dengan mesin basuh ku?? Ala... mesin basuh baju auto 6 kilo untuk  MIL yang ku belikan, untuk memudahkan perkerjaannya kat rumah...(menantu mithali katakan..hehehe)

*******************

Serius nak habaq. Kami tak lah ramai, hanya 4 orang. Namun, pakaian kami cepat kotor maklumlah kerja dengan dapur , so kami belasah basuh baju hari-hari..kira gunakan sebaiknya mesin auto 6 kilo tu...

Jangka hayat mesin 6 kilo tu tak lama... hanya bertahan 6 bulan..(ganas kan!!!)

Asyik meragam, ala-ala bau hangit time mesin tengah SPIN “keringkan pakaian”

********************
Bengang punya pasal.. aku telefon kawan baik aku, suaminya bekerja dengan kedai barangan elektrik..
Aku request mesin basuh auto 11 kilo, call pagi, petang barang dah depan mata..

Memang besar, rasanya 3 hari tak basuh baju pun tak apa, puas hati sungguh bila mesin pakaian baru didepan mata... tujuan aku pilih muatan yang besar agar senang aku nak basuh cadar atau selimut dan apa-apa pakaian yang banyak time cuaca hujan...

Tapi, yang buat ku rasa agak terkilan... mesin basuh lama yang 6 kilo tu rupanya jenama penasonic!!! Itupun bila aku perasan mesin pakaian baru jenama panasonic, selama ini patutlah mesin lama suka buat hal.. sebab made in mana pun aku tak tau...

********************************
Go to Panasonic Global Home
Panasonic (パナソニック Panasonikku?) ialah satu jenama antarabangsa untuk pengeluar barangan elektrik Jepun, Panasonic Corporation (dahulunya Matsushita Electric Industrial Co., Ltd.) Di bawah jenama inilah Matsushita menjual panel paparanplasma dan LCD, perakam dan pemain DVD, pemain Cakera Blu-ray, kamera video,telefon, ketuhar gelombang mikro, pencukur, projektor, kamera digital, bateri, komputer riba (di bawah subjenama Toughbook), CD mudah alih, kelengkapan stereo rumah, komponen elektronik dan semikonduktor, semuanya dipasarkan bawah cogan kata"Ideas for Life."

*******************************

PS:  baru ku tau panasonic made in JEPUN...harap-harap kekal lama bertahun-tahun dengan kami macam mesin kat kampung.. dah 11 tahun berjasa pada Ibu..pengering molek, bahagian mesin pun baik, tapi badan dah abis kedut (reput) dik sabun.. hehehehe

~selingan, jakunnya aku..... hanya tau pakai, tapi tak tau jenama yang terbaik!!~

Korang, ada pengalaman macam aku tak?? Jom kongsi..

Tuesday, March 29, 2011

Pengalaman memilih jenis kaca Mata, terbaik Essilor Transitions..

Ku terpanggil berkongsi pengalaman dengan kalian tentang pengunaan cermin mata dalam kehidupanku…tidak dinafikan aku mempunyai masalah penglihatan sejak berusia 15 tahun, (rabun jauh)

Oleh kerana kebetulan adikku bekerja di kedai cermin mata, beliau telah mencadangkan cermin mata jenis lens Essilor Transitions… (adik bekerja di cermin mata Tesco, Pasir Gudang)


Home

Memang harganya agak mahal ditambah dengan harga bingkai cermin mata..namun amat berpuas hati kerana jika anda mempunyai masalah rabun sinar lens ini amat bagus, jika inginkan maklumat lanjut klik sini http://www.essilor.com.my

Kebaikan pengunaan lens essilor transitions antaranya adalah
·        Lens ini sangat sensitive terhadap cahaya gelap mahupun terang
·        Anda tidak nampak perubahan warna lens walau memakai di dalam bangunan atau luar
·        Sangat sesuai bagi pesakit rabun silau (dimana kesan jangka panjang rabun sinar boleh menyebabkan katarak mata)
·        Keselesaan amat diyakini.

Semasa di luar Setelah berada di dalam bangunan Tidak lama kemudian...





PS: dapat cendermata baju t-shirt semasa pembelian lens essilor…lihat perubahan di dalam bangunan dan luar bangunan………… Namun, pilihan adalah ditangan anda, jenis cermin mata apa pun yang di beli,bagi pesakit rabun penjagaan mata adalah amat penting bagi mengelakkan penyakit semakin teruk 

Monday, March 14, 2011

Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012


PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.
Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.
"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".
Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.
Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,
Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.
Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.
"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.
Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.
Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.
Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.

Kredit to mstar online

Pengalaman belian barangan secara online

Hari ini terpanggil aku syer tentang pengalamanku dengan kalian tentang pembelian online produk kesihatan, sebenarnya MIL yang minta aku belikan produk untuk masalah sendinya…

Maka,menjadi sejarah pertama kali aku beli online dengan sebuah syarikat gergasi yang mengeluarkan berjuta-juta produk baik dari segi kesihatan dalaman atau luaran..

************************
9 march 2011, aku beli secara online..klik dihujung jari ku yang gebu (eik, dalam serius2 aku masih lagi nak buat lawak gileku….hahahah)

Manakala, Pada 11 march jam 10 pagi, aku buat pembayaran online…, sebab aku tak pernah mohon maybank2u, kiranya kat sini aku dah silap..sebab bayar tanpa tunggu apa2 email dari pihak syarikat dan bayar online terus ke nombor akaun syarikat…

**************************
Bila aku tunggu punya tunggu hingga hari ini, status aku masih bertulis, wait….adoi,…sah…aku dah melakukan  2 kesilapan..

Jadi, selepas memasak dalam jam 9.30 pagi tadi..terus aku call pihak syarikat untuk menyampaikan masalah aku…sebab aku tau…aku tak faks kan butiran penjelasan bayaran (slip bayaran) dan pihak syarikat belum ada respon tentang email pesanan aku tu..aku bayar ikut suka….maklumlah..pertama dalam hidup aku beli online…

*******************
Maka, sekarang nie..pihak syarikat dah memahami masalah aku…jalan penyelesaiannya aku kena fakskan bukti pembayaran dan sehelai surat ala-ala masalah aku nie…

Adoi…..itulah kan, aku kongsikan pengalaman ku untuk kalian..moga jadi panduan untuk sahabat ku semua..


PS: atau, ada ker sahabat yang pernah mengalami nasib seperti aku nie? Maklumlah tak ada maybank2u, tak ada faks…tapi ada hati nak beli oline………jom kongsi pengalaman….

Monday, January 31, 2011

Minyak Petrol naik lagi???

RON97 Naik 10 Sen Kepada RM2.50 Tengah Malam Ini

PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin, menurut seorang sumber kerajaan.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya, lapor Malaysiakini.
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Kredit to mstar online

PS: adeh…..

Saturday, January 15, 2011

Yes, aku sokong sangat.............

Selangor Benar MPSJ Larang Pusat Hiburan Ambil Umat Islam Bekerja

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menguatkuasakan peraturan melarang umat Islam bekerja di pusat-pusat hiburan di kawasan pentadbirannya

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sehubungan itu pihaknya akan berbincang dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk bersama-sama menubuhkan satu tabung khas demi membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaaan di premis-premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.

""Kami menghormati Enakmen Jenayah Syariah yang bertujuan memelihara umat Islam untuk mencari rezeki yang halal; pada masa yang sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat.

"Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan LZS bagi membincangkan isu ini," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Beliau mengulas kontroversi peraturan baru MPSJ itu yang akan dikuatkuasakan sebagai syarat baru kepada pusat-pusat hiburan yang menyajikan arak supaya tidak menggaji pekerja Islam.

Peraturan baru itu diluluskan oleh Mesyuarat Majlis MPSJ pada Jun 2009 selaras dengan Seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Di bawah peraturan berkenaan, pusat hiburan yang ingkar akan didenda sehingga RM5,000.

Penguatkuasaan peraturan itu mengakibatkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu melenting dan mengarahkan MPSJ menangguhkan arahan itu semalam.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, Kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis-premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.

"Kerajaan Negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan tersebut atas sebab ekonomi. Oleh itu, tabung ini akan memainkan peranan agar mereka tidak akan terbeban dengan penguatkuasaan undang-undang ini," ujarnya.

Sehubungan itu beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan Isnin depan untuk mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan Enakmen tersebut dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Kredit to mstar online

PS: tindakan ini, amat ku sokong……harap-harap negeri lain mencontohi………

Sunday, September 5, 2010

INFO BLOGGING DARI BEN ASHAARI....

Selamat malam….hari nie walaupun sibuk dengan penjualan terakhir di CITARASA RINDUAN, aku sempat online pada waktu malam sahaja, insyallah…kalau ada masa akan aku update selalu

Khas untuk para blogger baru atau yang dah lama…aku ada sedikit info kat korang..

Korang pun sudah semestinya kenal dengan blogger yang kuanggap sifu ini…BEN ASHAARI walaupun hampir setahun beliau blogging namun untuk FOLLOWER sahaja hampir ke 3,000.

Tahniah ku ucapkan…..untuk info yang berguna dari beliau…akan kuabadikan diblogku untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama.

  1. http://www.benashaari.com/2010/09/kesilapan-blogger-muda-follower.html (aku dah ubah kedudukan widget follower)
  2. http://www.benashaari.com/2010/09/blogger-muda-trafik-pembaca_05.html (untuk FB, aku selalu update entry yang selalu ku buat, tujuan supaya pembaca dapat mengetahui entry terbaru)
  3. http://www.benashaari.com/2010/09/kerap-update-atau-sekali-update-sehari.html (sesungguhnya kebanyakkan entry yang aku tulis banyak berkisar pada kisah hidupku, CITARASA RINDUAN dan info-info yang kuanggap amat bermakna..)
TERIMA KASIH, semoga info yang dikongsi dimanfaatkan bersama-sama....alhamdullilah. dapat kenal ben...yang tak lokek dengan ilmu blogging...

Thursday, September 2, 2010

PANDUAN PEMOTONGAN KUKU, PEMAKAIAN CINCIN- ikut sunnah Rasullulah-


Assalamualaikum, salam malam jumaat...hari nie kepenatan sikit, dengan cuaca agak panas,,,namun alhamdullilah rezeki khamis..makanan habis dijual...lepas solat, pergilah melawat ke blog-blog sahabat...lama tak tak ziarah mereka


Sempat gak update FB, perasan ada seorang sahabat minta war-warkan entry ini, so atas jasa kemanusian dan sesama islam, aku sebarkan. Sebenarnya untuk perhatian semua...aku memang amalkan pemotongan kuku ikut sunnah rasullulah, seperti cara pemotongan kuku, hari-hari yang sunat atau dilarang memotong.

Untuk korang aku sebarkan...

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.


PS: Semasa usiaku 15 tahun, aku cuba bela kuku .....kuku kelingkingku, seorang sahabat lelaki, menegur caraku seperti membela sekandang babi....alhamdullilah, sejak aku dinasihatkan..aku tak pernah membela kuku....

SEDERHANA SELAGI BOLEH.........


Assalamualaikum, salam hari khamis….cepatnya masa berlalu, seminggu lagi kita dah nak menyambut lebaran….bagi si isterilah yang paling sibuk menguruskan persiapan….si bapa?....dok sibuk keluarkan duit simpanan, sampai pening kepala…anak-anak?….happy sebab dapat main bunga api, dapat baju raya, duit raya, makan kuih raya….

Bila sebut raya, yang paling seronok menyambutnya sudah tentu si anak….kita yang dah pernah rasa zaman kanak-kanak sudah tentu merasai kegembiraan mereka….

Kadangkala terpikir yang bila masa perayaan kita semakin meleburkan akaun simpanan, siap tabung ayam yang tak pernah dikorek pun kita rembat buat belanja itu ini…

Sampai kita lupa yang kita terlebih belanjer, mana taknya…kuih raya jer berjenis-jenis..yang rajin dan terro buat kuih raya sure leh berjimat…mana taknya?...bila buat sejenis kuih..selebihnya tepung dan bahan-bahan boleh di pelbagaikan, yang buat kuih tunjuk tu yang kadangkala terover sikit…

Tunjuk kiri….tunjuk kanan..bila rasa yang kanan macam sedap…jari tu pi tunjuk lagi yang lain…sampai tak sedar sebenarnya kuih muih tu sama jer rasanya, warna dan bentuk yang berbeza..…bila buat bayaran pula alahai!!!!!…….ratus-ratus ko….masa tulah dok kalut tepuk dahi…..

Belum lagi bercerita tentang baju raya, selalulah kan…si perempuan nie tak boleh sepasang baju…tak cukup ko..…kalau boleh wajib ada 2,3,4,5 helai baru ngam…sampai tak sedar dalam almari dah penuh ngan baju berwarna warni…dah macam pelangi..semua ada..

Kasut, beg…………..?...sama jer, nak ganti yang baru..yang lama?..simpan..buat menyemak kat almari..padahal, masih elok lagi…moleh dipakai..

Tu belum lagi yang jenis suka tukar sofa batu, langsir baru, tv baru, karpet baru….semualah nak baru….kalau boleh hutang, selagi tu nak berhutang…tersengihlah si bai karpet,si court maut….atau tauker-tauker kedai elektrik dan kedai perabot yang boleh ambil ansuran tu………..

Cukup-cukuplah berbelanjar…ingatlah masih ramai yang hidup dalam kesusahan…kalau rasa duit tu tak mencukupi nak beli barang-barang, beli setakat yang wajib sahaja, kalau terlebih duit…simpanlah buat keperluan kecemasan mendatang..atau yang rasa masih banyak lagi duit, sampai taktahu nak buat apa…molek korang pi derma dan sedekah kat anak yatim…itu lebih afdal..

PS: baju raya?...belum beli lagi….pakai baju yang masih elok kat almari..bersederhana selagi boleh……..

Tuesday, August 24, 2010

AKU NAK CUBA - HANYA RM 1,560.00 AJE-

Aku nak cuba yang nie satu malam ajer, kalau En zalie terlebih bajet...aku nak dia booking 3 hari 3 malam.....syok oooooo dapat tidur lelama....lagilah bulan posa.....(terus batal puasa aku...heheheheh)




kalau susah gak nak tempah, aku minta yang macam nie pulak, ala....murah jer RM 1,560.00 pakai duit nuffnang yang aku dapat tu......tak cukup?....ala....pinjam kat blogger pemes nun, Ben Ashaari..hahahahah


tapi, semuanya adalah angan-anganku, Insyallah mana tau kan.....akan bertukar ke reality......korang doakan lah yer, sampai gak satu ari kat hotel klass nun....lokasi.?...dekat jer kat Meilenwerk, Stuttgart, JERMAN.....hehehe

untuk info selanjutnya layan sini

Saturday, June 5, 2010

TIPS SEBELUM MEMBELI KENDERAAN


Tips untuk anda yang perlu diambil kira sebelum anda membuat keputusan membeli kereta.

ANTARANYA:-

  1. KENAL PASTI TUJAAN ASALNYA

-Ada sebab anda ingin membeli kereta, samaada untuk kegunaan keluarga, untuk mudahkan anda berkerja atau sekadar tunjuk menunjuk-tepuk dada tanya selera anda

-Anggarkan berapa jarak perjalanan anda ke tempat kerja dalam sehari, oleh itu mudah untuk anda senaraikan kereta yang sesuai anda miliki dan mampu anda beli

  1. TENTUKAN BELAJAWAN YANG ADA KAITAN

-Bila sudah pilih, senaraikan belanjawan yang ada kaitan untuk kereta tersebut.

Antaranya:-

  • petrol
  • bayaran bulanan
  • services
  • alat ganti
  • insurans

tips untuk bayaran bulanan, tidak melebihi 1/3 pendapatan bulanan anda- jika tidak…anda pasti menyesal

  1. PERBELANJAAN PETROL

-Agar anda tidak salah mengambil keputusan,. Belanjawan petrol amat penting, anda kena pastikan bagaimana kadar pengunaan petrol, tahap pengunaanya samaada menjimatkan atau sebaliknya,

  1. KEMUDAHAN ALAT GANTI

-Amat penting, agar anda tak susah mencari alat ganti kereta, kereta tempatan amat mudah diperolehi alat gantinya, terpulang kepada anda samaada untuk mencari alat ganti yang tiruan atau asli, agar anda tidak tertipu

  1. JAMINAN DAN KHIDMAT SELEPAS JUALAN

-Perlu diingat setiap syarikat ada menyediakan jaminan kepada anda bagi temph yang lama, anda perlu memilih syarikat menjual kereta yang menawarkan perlindungan menyeluruh seprti pakej service dan ganti rugi (sekurangnya anda tidak perlu pening kepala untuk kos pembaiakn atau services berjadual)

  1. CUKAI JALAN DAN KADAR BUNGA PINJAMAN

-Perlu dititik beratkan kerana, setiap tahun anda pasti membayar cukai..ianya penting untuk budget anda

  1. CARI INFO TAMBAHAN

-Jika, anda masih ragu-ragu..tanyalah kepada sahabat yang sudah atau sedang memakai model pilihan anda.

-Minta pandangan mereka, samaada kebaikan atau keburukan

-Cari maklumat dari surat khabar, internet,majalah, atau ahli kelab kereta tersebut

SEMOGA ANDA TIDAK TERBURU-BURU DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN