CITARASA RINDUAN

Monday, January 31, 2011

Minyak Petrol naik lagi???

RON97 Naik 10 Sen Kepada RM2.50 Tengah Malam Ini

PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin, menurut seorang sumber kerajaan.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya, lapor Malaysiakini.
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Kredit to mstar online

PS: adeh…..

5 ulasan:

chentaMAYA said...

jln2 snie n folow

eelobor said...

apa nak di kisahkan. biar jer lah nak naik berapa pun. pilihan ramai gak tuh....

kaksu said...

salam ayu...nak buat camner, semua benda naik, naik dan terus naik...
camner keadaan banjir kat kulai... kat mersing tak banjir, tapi jalan ke kota tinggi n ke kluang ada yg terlibat banjir... harap2 hujan cepat berhenti...

azieazah said...

Naik la sesuka hati.

Nanti masa mengundi kita tahu ler nak pangkah sapa plak. hahaha

alinac lover said...

apo la nak jdi