CITARASA RINDUAN

Tuesday, January 11, 2011

Perbezaan Pendapat Punca Misbun Letak Jawatan, Kata Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR: Keputusan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih pemain perseorangan badminton negara adalah bersifat teknikal mengenai aspek kejurulatihan dan bukannya bersifat peribadi, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Berdasarkan luahan hati Misbun, keputusannya meletak jawatan daripada BAM (Persatuan Badminton Malaysia), sehari sebelum tahun baru ialah berdasarkan perdekatan berbeza dalam aspek kejurulatihan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Sukan Malaysia, di sini Isnin.

Ahmad Shabery berkata rumusan tersebut berdasarkan pertemuannya dengan Misbun, presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh dan ketua pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Zolkples Embong, malam tadi.

Beliau berkata pada pertemuan antara mereka berempat, "Datuk Nadzmi memberi pandangannya mengenai isu yang sama dan (beliau juga) akan membawa luahan hati Misbun kepada mesyuarat exco BAM pada Rabu ini."

"Terpulang kepada exco badan induk badminton negara untuk memutuskannya dan mahukan mesyuarat exco BAM untuk membuat keputusan menang-menang agar tidak memberi kesan kepada sukan tersebut memandangkan jasa Misbuk kepada kejayaan pemain badminton negara tidak boleh dinafikan," katanya.

Ahmad Shabery berkata pada pertemuan tersebut Misbun turut menafikan khabar angin bahawa dirinya dan anak didiknya, pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mempunyai agenda peribadi.

"Ada khabar angin mengatakan kedua-dua mereka mahu menubuhkan sebuah badan atau kem profesional selepas keluar dari BAM. Misbun menafikan wujudnya perancangan tersebut," katanya.

Chong Wei sebelum ini menyatakan hasratnya untuk keluar dari BAM dan menyertai `sifunya' selepas Misbun, yang melatihnya selama enam tahun, meletak jawatan.

Ahmad Shabery berkata jasa Misbun kepada kejayaan pemain badminton negara tidak boleh dinafikan. - BERNAMA

Kredit to mstar online



PS: zaman remaja aku sentiasa di bayangi komik anak-anak sidek,dibesarkan dengan telatah dan cerita kisah mereka……..hingga terbawa-bawa..setiap petang bawa reket badminton kehulu kehilir..cari geng buat lepaskan bakat yang terbuku dihati (tak reti smastt bola, tapi reti pukul bola)…hehehehhe

5 ulasan:

azieazah said...

Rasanya ada lagi tak komik Anak-Anak Sidek tu? Terbitan syarikat Raja Azmi tuuu...

hysman said...

masih ade lg ker komik tu erk?
tak penah nmpk pon lg skrg...
saye pon dulu mmg antu komik tu dgn dragon ball..
hahaha..

eelobor said...

bagi aku la kan, kita patut belajar untuk menghormati keputusan orang lain.

wahida said...

sayang pada pengalaman misbun ni...

ibuintan said...

tidak puas hati dan tidak sependapat..

ada baik juga sebab Misbun nak latih anaknya sndiri