CITARASA RINDUAN

Monday, January 3, 2011

Lapan Sekolah Di Kelantan Tidak Dapat Memulakan Sesi Persekolahan Kerana Banjir

TUMPAT: Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan mengumumkan lapan buah sekolah di seluruh negeri ini belum dapat memulakan sesi persekolahan pada Isnin disebabkan banjir.

Pengarah JPN Kelantan, Hussain Awang berkata lima sekolah terbabit adalah di daerah Rantau Panjang, dua di Tumpat dan sebuah di Gua Musang.

Sekolah-sekolah di Rantau Panjang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang; Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang; SK Sri Rantau Panjang I; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJKC) Kay Boon dan SK Lubok Setol.

Di Tumpat, sekolah terlibat adalah SK Bendang Pak Yong dan SK Simpangan. Sebuah sekolah di Gua Musang adalah SK Bihai iaitu sekolah bagi pelajar Orang Asli.

Hussain berkata keputusan menangguhkan sesi persekolahan itu dibuat kerana bangunan sekolah terbabit digenangi air atau jalan menuju ke sekolah di tenggelami air menyebabkan terputus hubungan.

"Ini adalah hasil lawatan saya semasa meninjau kawasan sekolah yang terlibat dengan bencana banjir petang tadi," katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata SK Bihai di Gua Musang terpaksa ditutup kerana tanah runtuh dan jambatan kayu di situ rosak, manakala SK Lubok Setol kerana jalan ke sekolah itu ditenggelami air menyebabkan hubungan terputus.

Katanya sekolah-sekolah terbabit akan dapat memulakan sesi persekolahan sebaik sahaja banjir pulih dan jalan-jalan di kawasan terbabit siap dibaiki.

"Kita menyerahkan mandat dan budi bicara kepada pihak pengetua atau guru besar dalam menentukan tarikh sekolah terbabit wajar dibuka semula untuk sesi persekolahan awal tahun ini," katanya.

Beliau menasihatkan ibu bapa atau penjaga pelajar supaya sentiasa memberi perhatian terhadap sebarang pengumuman dan maklumat terkini berhubung sesi persekolahan itu sama ada melalui media massa atau pihak JPN sendiri.- BERNAMA



Kredit to mStar online

PS: syukur umai dapat meneruskan persekolah tanpa hujau mahupun banjir…

***teringat zaman sekolah dahulu…bila buka sekolah pasti hujan lebat, nak elak kasut putih bertukar merah dik jalan merah yang warnanya seperti asam boi, aku ikat kat kepala sambil jalan kaki…ku junjung beg sekolah buat ganti payung...hingga bau beg bertukar ke bau masam…!!!!*****

7 ulasan:

eelobor said...

kesian pada mangsa2 banjir yang terlibat.....

sahromnasrudin said...

semoga mereka tabah hadapi ujian ini

ab@h_Izz said...

Alhamdulillah,sib baik ganu(KT) tak banjir..
Tula..tahun ni tak banjir (belum lagi)lak. Kalau ikut tahun lepas dah selamat dah...

Harap2 tak banjirla walaupun musim tengukjuh dijangka sampai bulan Mac ni...

kella said...

itulah dugaan dari Allah..
nasib baik keluarga terselamat dari banjir..
doakan semoga mangsa2 banjir diberi kemudahan..

Muhamad Zaki Zafir said...

sian adik2 kita nk pergi sekolah tak dapat..tp bg yg takut nak pergi sekolah almaklumlah first time kan, selamat lah diorang. :D

ejaescobart said...

kesian murid tahun 1.. mesti berkobar2 nak ke sekolah.. tapi tertunda pulak hajat.. harap semangat dorang tak mati...



* kat sini pun hujan lebat sungguh2... dari pagi sampai laa time balik... budak2 asik kuar masuk kelas sebab nak ke tandas..

azzey said...

CITARASA RINDUAN: Saya plak masa sekolah dulu klu musim hujan..siap bungkus kasut ngan plastik nak pegi sekolah. x de istilah malu sbb tau mak x mampu nak belikan byk kasut masa tu....hu3...