CITARASA RINDUAN

Tuesday, January 11, 2011

Ana Raffali dan AJL25........Kes Paling Panas untuk pembuka tirai tahun 2011


Juri AJL25 Bertelagah? Azmeer Kurang Setuju Keputusan M.Nasir

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Raffali dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-25. - Foto AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Ketika ketua juri Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) M.Nasir mempertahankan keputusannya memilih lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafalli sebagai pemenang pertandingan itu, salah seorang panel juri melihat keputusan berkenaan sebagai kurang tepat.

Komposer Azmeer berkata, dia sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan itu dan secara tidak langsung menandakan Ana Raffali tidak layak untuk diangkat sebagai pemenang.

“Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan kemenangan itu. Siapakah artis yang saya rasa layak menjadi pemenang biarlah saya rahsiakan dulu buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini Isnin.

Dalam AJL25 malam Ahad lalu, Ana Rafali yang turut mencipta dan menulis lirik laguTolong Ingatkan Aku diumumkan sebagai juara AJL25 yang melayakkannya menerima wang tunai RM35,000.

Lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir disebut-sebut sebagai juara AJL25 namun sekadar meraih anugerah persembahan terbaik.

Kemenangan itu menimbulkan perdebatan sehingga ramai penonton di stadium meninggalkan kerusi masing-masing sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Ketika diminta mengulas kenapa lagu berkenaan tidak boleh diangkat sebagai juara, Azmeer enggan memberi sebarang komen sehinggalah apabila dia mendengar pendapat M.Nasir dalam Imbasan AJL25 pada malam Selasa (malam ini).

Sorotan mengenai pertandingan berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pukul 11 malam.

Selain M.Nasir dan Azmeer, juri kali ini terdiri daripada Habsah Hassan, Acis, Pacai, Amy (Search) dan Andy (Flop Poppy).

Penyanyi Amy Search pula berkata, dia hanya terlibat menilai dari aspek vokal dan bukannya melibatkan lagu yang dipertandingkan.

Lagu Cinta Sempurna nyanyian Yuna berjaya menyentuh jiwa penonton dengan persembahan memukau.

Bagaimanapun secara peribadi Amy turut terkejut dengan keputusan itu kerana dia lebih mengharapkan penyanyi Yuna yang membawa lagu Cinta Sempurna diangkat sebagai juara dengan alasan lagu berkenaan menusuk hati.

Bersifat jujur - M.Nasir

Sementara itu M.Nasir pula berkata lagu nyanyian Ana Raffali itu bersifat sensitif, peribadi dan jujur.

Persembahan lagu Pelita daripada kumpulan A.P.I turut berjaya menarik perhatian penonton.

“Lagu itu mempunyai rasa. Itu yang penting dan yang kita cari sebenarnya. Sama ada betul atau salah, keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran, penuh pengetahuan muzik, cita rasa dan pembaharuan.

“Lagu ini dikategorikan sebagai lagu terbaik tetapi mungkin penonton rasa lagu ini tidak ‘besar’. Saya melihat kepada kekuatan lirik dan lagunya. Ada kebanyakan lagu yang lemah pada lirik atau lagu dan kedua-duanya,” kata M. Nasir pada sidang media selepas acara itu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam Ahad lalu.

Biarpun keputusan sudah dilakukan, M. Nasir sedar pasti ada pihak yang akan membuat pertikaian.

“Saya suka pesona melodi dan kejujuran lagu ini berbanding lagu lain. Lirik lagu Tolong Ingatkan Aku lain dari yang lain dan bagus.

“Sebagai ketua juri, saya memilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular,” ujarnya lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan yang ditemui berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat kerana segala-galanya adalah terletak di tangan juri.

“Semua kena tanya M.Nasir," katanya, kedit to mstar online

Dipanggil Lagu 'Sampah', Ana Raffali Beri Pandangan

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan Ana Raffali dilabelkan sebagai lagu 'sampah' dan tidak layak memenangi AJL25. - Foto AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Selepas kontroversi tidak dibenarkan memegang gitar bagi sesi fotografi profil Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25), penyanyi Ana Raffali sekali lagi dipalit dengan kontroversi apabila kemenangannya sebagai juara AJL25 dipertikai.

Ramai pihak yang mempersoalkan kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku karya lirik dan ciptaan Ana sendiri setelah rancangan berprestij itu melabuhkan tirai di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam Ahad lalu.

Kejayaan Ana yang merangkul hadiah wang tunai sebanyak RM35,000 itu mengundang suasana yang kurang manis sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai pemenang apabila kebanyakan penonton di stadium berkenaan bangun meninggalkan kerusi masing-masing.

Ia seperti isyarat peminat dunia hiburan tidak dapat menerima keputusan juri yang diketuai M.Nasir itu mengenai pemilihan berkenaan.

Lebih dahsyat lagi, semasa sidang media diadakan ada wartawan yang melabelkan lagu berkenaan umpama sampah dan mempersoalkan kenapa ia harus diangkat sebagai pemenang.

Sebaliknya, anak didik komposer Aidit Alfian ini menerima keputusan juri yang sebulat suara membuat keputusan memilihnya sebagai pemenang.

Ana tidak kecewa dengan keceman orang ramai kerana dia tidak bersalah sebaliknya menerima keputusan itu dengan rasa syukur.

“Peluang memenangi juara lagu AJL25 tidak akan dapat di mana-mana. Saya berharap lagu Tolong Ingatkan Aku untuk menang tetapi tidak fikir dipilih terlalu tinggi seperti ini.

“Mungkin lagu itu tidak popular dan tidak selalu dimainkan di radio tetapi kita perlu melihat sejauh mana lagu itu digambarkan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kemenangan ini dan akan terus berkarya dalam industri muzik,” katanya ketika sidang media selepas acara itu berlangsung.

Bercerita lanjut tentang lagu berkenaan, Ana akui lagu itu sebagai mengingati arwah kakaknya yang meninggal pada 9 Januari 2003.

“Saya menulis lagu itu sebagai satu peringatan untuk orang yang tersayang. Benci dan marah merupakan satu lumrah dalam kehidupan.

“Saya akan berkongsi hadiah wang tunai itu dengan orang yang banyak berjasa kepada saya selain ingin mengadakan sedikit jamuan.

“Trofi yang saya menangi ini akan lebih mengingatkan saya tentang kenapa saya memilih muzik sebagai karier sekali gus sebagai lambang keseriusan dan perjuangan saya dalam bidang muzik,” ujarnya.

Ana juga berharap penganjur konsert akan lebih menghargai penyanyi dan pemuzik tempatan pada masa akan datang.

Apa kata pemenang lain?

Dalam pada itu, pemenang lain dalam AJL25 turut meluahkan perasaan syukur dan gembira mereka.

Black ketika menyanyikan lagu Drama King.

Naib juara: Drama King ciptaan Taja serta lirik oleh Tun Teja yang dinyanyikan oleh Black dan Meet Uncle Hussain sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000

Taja- "Lagu Untukmu dan Drama King merupakan lagu yang berlainan. Kami tidak menolak untuk berkolaborasi dengan Black lagi selepas ini.

"Ramai yang mengatakan lagu ini sebagai lagu sindiran tetapi kami tak nafikan. Semuanya bergantung kepada konklusi masing-masing. Seperti kata Ana Raffali, kita luahkan apa yang ingin diluahkan dalam hati melalui lagu."

Tempat ketiga: Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM12,000

Hafiz menyampaikan lagu Noktah Cinta.

Ajai - "Muzik seperti fesyen. Memang betul seperti kata M. Nasir, setiap kali AJL, mesti ada ketidakpuasan tetapi muzik sangat halus untuk orang seni bentangkan.

"Pada saya, menang atau kalah, saya lihat pada generasi baru yang boleh membuat lagu sendiri. AJL merupakan platform yang bagus dan kita juga memerlukan populariti artis."

Persembahan lagu Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir turut menjadi perhatian.

Vokal terbaik: Hafiz menerusi lagu Noktah Cinta (trofi dan wang tunai RM10,000)

Hafiz- "Syukur, ini merupakan kali pertama saya mendapat tempat ketiga dan vokal terbaik dalam AJL25. Terima kasih kepada komposer dan penulis lirik. Saya sangat bangga dengan kemenangan ini."

Persembahan terbaik: Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut (trofi & wang tunai RM10,000)

Faizal Tahir: "Ramai yang cakap tahun siapa pada setiap kali ada AJL tetapi sebenarnya peminat artis itu yang akan berkata begitu. Sebenarnya AJL adalah tahun untuk semua orang dan tidak patut dipandang rendah.

"Saya anggap, menang atau kalah, tidak menjadi masalah besar dalam hidup. Sebagai pemuzik, kita mahu muzik yang menyentuh jiwa dan sampai kepada penonton.

"Paling penting, saya puas hati dengan persembahan saya dan persembahan peserta lain. Saya puji AJL25."

Kredit to mstar online,



PS: Apa pun, aku mendoakan ..Ana Raffali sabar dan tabah…anda sudah memperolehi kejayaan dan kemenangan..buktinya 3 trofi dan RM 35,000.00 milik anda….biar apa orang nak kata…teruskan berjuang dalam dunia hiburan….

7 ulasan:

Ummi AmnaAmzar said...

hmm..kalau ummi pun ummi xpilih AR..FT n yuna better...

Citarasa Rinduan said...

ummi--
ayu baca coret-coret AJL M. Nasir melenting tau.....sbb pertikaikan kemenangan Ana...but...apapun dia dah menang...

eqbalzack said...

komen abg eq simple je ayu...rezeki masing2...hehe

thanks ayu coz vote abg eq...

alinac lover said...

mcm2 pulak..sian dia

psst..akak..nak order set yg mana ek..meh yong nk check dulu..tkut da hbis stock

azieazah said...

SUKA STATEMENT INI: >>

“Sebagai ketua juri, saya memilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular,” ujarnya lagi. (M Nasir)

Boloque said...

kesian ana kn..semoga dia tabah..duit rm35 ribu tuh nk wat pe?..he3..blanja la Blogger

TERKINI: Lionel Messi Pemenang FIFA Ballon d'Or 2010,Dah Dua Kali La.Tahniah!

HANGAT: Kami tidak bersetuju Ana Raffali menang Anugerah Juara Lagu 25

erienz said...

sokong ana rafalli...hehehe...org nogri kan...