Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, January 24, 2011

Kereta Langgar Pokok, Anak Julie Dahlan Cedera Ringan

(auto post)
 
Pasangan Hani dan Hamzah baru sahaja melangsungkan pertunangan pada 1 Januari lalu - Foto UTUSAN

PETALING JAYA: Hani Nur Zara Harmi,29, ataupun lebih dikenali sebagai Hanny cedera ringan selepas kereta yang dipandunya terlanggar pokok dalam kejadian di Bukit Antarabangsa, Ampang di sini kira-kira pukul 4.30 pagi Isnin.
Ibunya pelakon Julie Dahlan berkata, semasa kejadian Hanny baru selesai menjalani penggambaran drama Roda-Roda KL dan mahu pulang ke rumah seorang abangnya di Bukit Antarabangsa.
Katanya, semasa tiba di taman perumahan itu, Hanny telah terlelap kerana terlalu penat menyebabkan kereta jenis Kia yang dipandunya terbabas lalu melanggar pokok.
“Kerana agak letih, dia sudah tertidur lalu kereta dia melanggar pokok. Nasib baik dia tidak cedera parah,” katanya.
Kejadian itu menyebabkan Hanny terpaksa menerima beberapa jahitan di bahagian muka dan bibir selepas di hantar mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Ampang Puteri dekat sini.
Julie memberitahu, Hanny dijangka keluar dari hospital kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Isnin.
Pelakon veteran itu juga turut menolak desas desus kalangan artis yang mendakwa anaknya itu cedera parah dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
Ia termasuk entri menerusi Facebook Abby Abadi yang memetik maklumat daripada sumber tidak sahih mengatakan Hanny cedera parah dan berada di ICU.
Kata Julie, berita itu tidak benar sebaliknya anaknya sudah dibenarkan keluar hospital pada hari yang sama (Isnin).
Pada 1 Januari lalu, Hanny telah mengikat tali pertunangan dengan jurukamera bebas, Hamzah Talib,35, yang diadakan di Holiday Villa, Kuala Lumpur.
Dalam majlis itu pihak lelaki bersetuju untuk memberikan wang hantaran sebanyak RM23,000 serta mas kahwin RM1,000 pada majlis pernikahan yang akan ditetapkan pada Julai atau Disember depan.
Kredit to mstar online

PS: macam-macam penambah nak sedapkan cerita, ada sos, ada aji, ada garam……..Inilah masalah yang aku gemar suka dengan jenis-jenis sesetengah orang, nak lebih tau agar hati tak rungsing dan risau…cubalah telefon tanya tuan badan…kan?? semoga cucu jiran sekampungku ini cepat sembuh,......(cucu felda sini jer si Hanny nie)

5 ulasan:

hamzah ian said...

hamzah? gua la hamzah

azieazah said...

Moga segalanya selamat.

Begitulah, kalu dah penat dan mengantuk, elok berehat dulu.

kella said...

uhh.. dugaan.. semoga semuanya selamat hendaknya..

eelobor said...

oooo...orang kampung ghupernyer

Cetusan said...

Oo..sekapal,