CITARASA RINDUAN

Friday, January 7, 2011

Perjalanan tak terancang, tapi ada pengalamannya...


Salam..

Malam nie aku nak kongsi dengan korang kisah perjalananku yang tidak terancang…tapi penuh dengan info yang boleh dikongsi sesama kita…

Jom layan…..

10 pagi:

“majikan, tolong datang ke Imigrasen ….pasport saya tak boleh diambil tanpa majikan…..datang segera yer”

(sms dapat semasa aku update blog tentang resepi ubi kayu rebus)

Aku balas, “ Di mana bangunan itu”

dekat dengan city square, terus jalan abdul rahman. Tapi saya enggak tahu dimana saya berada”

poyo………macam dekat jer kulaijaya dengan bandar Johor

Adeh…..inilah punca kepada perjalananku hingga ke bandaraya johor…dengan tak tahu alamat konsulat Indonesia…(asyik ganti jerlah bangunan tu, 5 tahun lepas aku hidupkan paspot dia di Wisma Johor, 3 tahun lepas di Bangunan Pekan Rabu, Bandar Baru Uda) ….

Aku terpaksa minta tolong kawan-kawan FB….bila kurang dapat respon…kena kuatkan semangat..kena redah juga hari nie…mutamad…

11.00 pagi

Ambil umai dari sekolahnya……..tukarkan pakaiannya di dalam kereta


12.15 tengahari

Nasiblah, bangunan konsulat Indonesia tu senang di cari…hanya dibelakang best world….lagipun naiwatu aku hanya nak ambil pembantu ku tanpa masalah…5 tahun lepas memang pelbagai masalah yang timbul

12.25 tengahari

Urusan selesai….pasport dapat ambil, korang tengoklah rupa bibik Ika yang kesukaan dah dapat sambung pasportnya… semalam aku nak hantarkan dia tamo…hari nie???? Adeh…………sabor-sabor, akukan majikan yang baik..wawawawa

Tapikan, semasa aku mohon passport tu…Pekerja disana adalah warga Indonesia…dia tanya aku gaji bibik ika berapa? Aku balas RM650.00, sebenarnya aku bagi RM 950.00…kena marah ko…….dia suruh naikkan ke RM 750.00) peeeh………..kenapa tadi aku tak habaq yang sebenar..kalaulah ku tahu, ingatkan kena beritahu gaji yang ciput..akhirnya kena marah pulak...hahahah


12.35 tengahari

Lapor, masa untuk makan tengahari, tak boleh fikir nak makan apa..sebab aku tak sarapan, hanya kunyah biskut tanpa makan ubi kayu…. singgah ke burger king berhampiran petronas jalan selepas danga bay.

Serius nak habaq…inilah kepahitan untuk ku kongsi…aku rela makan ubi kayu dari makan burger king…..bukan kerana harga yang mahal RM 50 keatas untuk 3 orang makan, tapi tak sedap langsung….

Patutlah kurang pelanggan dalam kedai makanan segera nie..

1.05 tengahari

Ke angsana, tujuan utama nak cari hadiah untuk blogger yang bakal sambut hari lahirnya……..selain en zalie nak cari baju/seluar baru, yang lama longgar sudahhhh…………

Lagipun nak bertemu dengan blogger taman Indah…………

1.40 tengahari

Turun ke bestmart, nak drive ke kawasan berdekatan, sekali tu..keluar pulak lampu ingatan kat screen kereta…wah…….ada problem kat en Stormku. (cancel jumpa blogger taman indah)…wawawaw

Call Mitsubishi services…Eik, katanya jangan drive if minyak hitam kering..opssss..aku baru services 2 minggu lepas..mana boleh minyak hitam kering……….

Sakit jiwa,,,tarik nafas panjang-panjang……….ke pusat services berdekatan….nasiblah pekerja tu kata hanya sensor yang rosak…bukan minyak nitam kering atau air kering, lagipun pagi semalam aku baru isi air dalam tangki…

2.00 petang

Aku tak puas hati,,,cari 2 lagi pusat services, sebab esok ada tujuan utama…cari sampai kulaijaya…..wah……..nasib jumpa, sebab Mitsubishi services yang ada ramai pula pelanggan….mana boleh aku tunggu..karang bazirkan masa

Tapikan, abang services dikedai yang terakhir tu memang baik hati….dia godeh mana-mana yang bersesuaian…tak macam pusat services sebelumnya, hanya lihat dan kata tak ada apa-apa..

Korang bayanglah..kalau ada penunjuk lampu yang sahkan kereta kita ada problem..mana lah senang kita nak drive laju-laju..nasiblah abang services tu bijak..akhirnya jumpa jawapan…sensor longgar…

Terima kasih abang services….memang kamu terbaik, walau kedai kecil…kamu tonjolkan kebolehanmu, bukan aku bodek sebab dia tak caj, (maklumlah dia kata ini bukan kerosakan)..aku tabik spring dengan kamu

3.30petang

Ke giants pelentong, sebab tujuan nak cari baju/seluar en zalie tak terlaksana, kami jalan sampai kesana…

Alhamdullilah…jumpa yang berkenan…(en zalie nie kalau shopping mengalahkan wanita…) aku pun kalah bab shopping..mana taknya aku tamo beli apa-apa…

Umai, pulak dapat pelbagai barang dari bibik ika dan aku…semuanya si cenderella punya jenama…ada jam, baju, selipor, beg…huhuhuhu..macam abahnya.kuat shopping

Aku, hanya nak cari nasi..lapor…lapor..tak puas makan di burger king……tak kenyang beb….

Singgah ke butik minyak wangi…ada surprise untuk en zalie..aku nak belikan dia sebotol minyak wangi dan haruman mandian,,,kerana aku suka dengan bau kistna (body shop) lembut..tak garang sangat baunya…

Sebelum pulang, terserempak dengan cosinku…Ira..yang bekerja di bubble blander…, rindu dengan dia, dia duduk dengan adikku Siti Hamizah… (mieza, ko rindu kak ayu tak..baliklah umah…heheheheh)



6.30 petang

Balik rumah, walau jalan jem..aku pecut 90-100km…keter aku kan dah elok..hehehehhehe…sebenarnya nak kejor waktu maghrib………

PS: aku rasa hari inilah yang paling indah..walau perjalananku yang agak panjang pada hari ini….ianya membuatkan perasaan sayangku pada en zalie dan umai bercambah-cambah…..

****selamat hari lahir untuk adikku IsmaHasyim, sayang kamu……insyallah, kamu pasti berjaya, semoga memperolehi ijazah kamu dengan cemerlang)

5 ulasan:

Sis-Lin said...

ermm sian ayu..mcm2 dugaan..
so dh dpt apa yg di cari?
takde rezki nak jumpa kita..lps ni pastikan set time btul2 kita jumpa sembang sampai lebam..!

Citarasa Rinduan said...

sis lin--
dapat........kira okeylah...ayu pun tak ada tujuan nak shopping, mula rancang nak ke angsana dalam jam 4 petang ke bawah..
sebab kes pasportlah ayu kena terjah jb cepat2
saborlah ayu

kella said...

wah.. macam macam cerita ya hari kak ayu hari ni!
semoga malam2 ni dapat la kak ayu rehat lama sikit ya..
kak ayu.. sila la amik award kat blog kita..kalau sudi la.. :)

Citarasa Rinduan said...

kella--
hari nie amat meletihkan namun amat bermakna

thanks sayang..tunggu entry itu..malam nie kak tak publish..insyallah.....kak pasti up entry itu.
tunggu

dengan senang hati....i luv u

eelobor said...

pergh....dah tukar jadi diari lak