CITARASA RINDUAN

Thursday, January 27, 2011

Sharifah Shahira Sahkan Jadi Deejay Suria FM

Sharifah Shahira akan bergandingan dengan Zizi dan Halim dalam slot Breakfast@Suria pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi.
PETALING JAYA: Bagi memantapkan lagi stesen penyiaran mereka, Suria FM berjaya memancing pengacara popular Sharifah Sahira menjadi deejay stesen itu berkuat kuasa Isnin depan.
Sharifah Sahira atau lebih mesra dengan panggilan Shira akan digandingkan dengan Zizi dan Halim Othman untuk slot pagi, Suria Breakfast selama empat jam bermula pukul 6 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat.
“Ya, saya akan menjadi salah seorang penyampai radio Suria FM. Walaupun pertama kali bergelar penyampai radio, saya akan cuba melakukan yang terbaik mengikut cara tersendiri.
“Saya menerima tawaran ini kerana tertarik dengan Suria FM dan mahu mencuba nasib sebagai penyampai radio. Lagipun, Suria FM menghargai bakat saya. Jadi, saya rasa terharu dengan tawaran ini,” kata Shahira.
Penyertaan Shahira dilihat untuk meningkatkan rating stesen itu sama seperti kejayaan Sinar FM yang turut mempertaruhkan tiga juruhebah mereka iaitu Khairil Rashid, Salih Yaacob dan Raja Azura bagi mengendalikan slot pagi.
Pengumuman tentang pelantikan Shahira sebagai penyampai baru radio tersebut akan diberitahu dalam satu sidang media khas: Breakfast@Suria Terbaharu di Studio V, One Utama, pukul 3 petang, Jumaat.
Menjawab dakwaan bahawa dia akan menjadi pesaing terdekat Raja Azura atau Kak Engku, Shira bagaimanapun menyerah segalanya kepada penerimaan pendengar.
“Saya bekerja untuk keluarga dan tidak menganggap kerja yang saya lakukan ini sebagai suatu persaingan kerana saya dan Kak Engku berkawan baik dan kami mempunyai stail masing-masing.
“Saya menganggap Kak Engku seorang penyampai yang terbaik,” ujarnya yang menerima tawaran tersebut melalui panggilan telefon pada awal Januari lalu.
Tambahnya: “Saya tak berfikir panjang, selepas mereka memberikan tawaran untuk menjadi penyampai radio Suria FM, terus saya bersetuju. Saya ditawarkan menjadi penyampai radio secara kontrak selama setahun.”
Dalam masa yang sama, Shahira berseloroh tidak dapat membayangkan bagaimana dia akan bangun seawal pukul 5 pagi untuk mengendalikan slot di awal pagi itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penyiaran, Suria FM, Yusry Abu Samah enggan mengulas tentang perkara tersebut sebaliknya mengesahkan stesen itu akan menerima penyampai radio baru yang juga seorang artis wanita popular dalam industri hiburan tanah air.

Kredit to mstar online

PS: tahniah shahira….berkat kegigihanmu di pesara hiburan dan pengacara…inilah hasilnya..rezeki semakin bertambah-tambah..

10 ulasan:

IMANSHAH said...

terbaik ar..saya peminat syira..wahaha

sissyira said...

salam


tak sabar nak tunggu dan dengar celoteh beliau ni...memang layan suria je lah syira lepas ni =)

eelobor said...

kat CR ada disc jokey tak? kalau ada kekosongan, aku nak cuba apply ler... hihihihi

Mas said...

suka sharifah shahira.....

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..sy jarang dgr radio nie..mungkin pas dia join, sy akan dgr kot huhuhhh

Amy Syaquena said...

yeahhhh i like...

azian said...

kak ayu...
sy pun penah berangan nak jadik DJ...tapi tak kesampaian...hahahahah!!!!

ibuintan said...

memang minat ngan syira... mesti ikuti syira lepas ni

alinac lover said...

tahniah utk beliau

azzey said...

wah, pasti boleh bikin kecoh ni...:)