CITARASA RINDUAN

Saturday, January 29, 2011

Memey Sahkan Nikah Norman Hujung Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Pelakon Memey Suhaiza dan pasangannya Norman Hakim mengesahkan untuk bernikah hujung tahun ini.
Menurut Memey, dia dan Norman mula membuat persiapan perkahwinan termasuklah membeli barangan untuk majlis itu di Bandung, Indonesia, beberapa hari lalu.
"Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap.
"Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain.
"Sebenarnya persiapan itu dibuat sedikit demi sedikit agar tidak kelam kabut nanti, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon.
"Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman," kata Memey yang ditemui ketika penggambaran drama Bola Cinta di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, Jumaat.
Tambah Memey, dia berharap agar segala perancangan yang dibuat mereka berjalan lancar.
Malah Memey mengimpikan perkahwinannya nanti berkonsepkan ala taman.
"Kalau boleh saya nak majlis kami meriah, tetapi kami belum tetapkan tema warna yang sesuai. Syukur alhamdulillah, kami juga ditawar oleh beberapa penaja untuk menguruskan perkahwinan kami.
"Apa-apa pun, saya harap, selepas kami berkahwin, tiada lagi kontroversi atau timbul masalah lain," katanya yang sudah pun menjalani kursus perkahwinan.
Mereka bertunang pada 13 September 2010 .
Memey turut membintangi drama Bola Cinta bersama pelakon Ryzal Jaafar, Ainul Aishah dan Aidil Aziz dibawah terbitan Nafalia Corporation.
Drama yang telah pun memasuki musim kedua itu akan ditayangkan pada hujung bulan Mac di saluran TV2.
Kredit to mtar online

PS: moga bahagia hendaknya…semoga majlis mereka berjalan dengan suasana yang paling meriah, dah jemu....... dengan pasangan yang banyak kontroversi…amin

7 ulasan:

alinac lover said...

smoga baik2 aja

ibuintan said...

kenapa mesti tunggu hujung tahun... lama lagi tu, macam2 boleh berlaku lagi... buat saja secara sederhana

cikgu isza said...

tak tahu nak kata..
klo boleh taknak dengar cerita deme lagi..
huhuhu

Dearie Pearls said...

doa yg baik2 saja utk dorang..

*tak minat memey juga norman.
heeeee

Yatie said...

Salam Ayu,
Kita doakan yg terbaik jelah utk mereka berdua...mudah2an bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat..
= Ayu dtng umah akak ambil bunga ya...tq..

Ati Masrif said...

eee..tak suka couple ni..

azzey said...

moga2 sampai juga jodoh mereka spt yg dirancangkan